Hello u olls semua,
Gambar akak bersama 46 keping pinggan sushi itu bukanlah hasil akak makan sorang ya. HAHAHAHA. Hasil kejayaan ini akak raih bersama kawan-kawan akak seramai 6 orang semuanya (termasuk akak) semasa promosi Sushi King Bonanza yang berlangsung pada minggu lalu.
Hari-hari tengok semua orang duk update makan kat Sushi King, tak lengkaplah promosi ini kalau akak tidak mengepi. Promosi Sushi King Bonanza adalah apabila harga sepinggan untuk semua jenis sushi hanya RM3 sahaja.
Memang satu peluang yang berbaloi kepada peminat sushi macam akak dan you olls semua.
Okaylah, nak share gambar kami ramai-ramai.
click read more
![]() |
From left, Abdul, Aizat, Farid, Beyonce, Afi and Chad. |
![]() |
Saja pose over-over. Akak cuba nak lawan Abdul yang memakan paling banyak sekali, tetapi tak mampu. Akak hanya boleh makan 10 plates sahaja. |
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com