13.5.16

Shell N, Bukit Jambul Penang

Hello u olls,

Boleh dak kalau aku kata,  sejak aku buat artikel Shell Out di Rumah,  sejurus itu kedai-kedai makan tema shell out tumbuh bak cendawan goreng tepung di Pulau Pinang.  Mungkin aku perasan feeling famous,  ataupun mungkin kebetulan.  Great mind thinks a like.  Tema shell out adalah satu revolusi makanan yang bagi aku adalah menarik.  Aku berhajat nak try semua restoran shell out kat Penang ni and insya allah nak review kat ampa semua.  Nanti aku akan share dengan ampa kat blog.

So baru-baru ini aku telah menerai SHELL N di Bukit Jambul Penang.  Terletak di sebelah car park / car wash tepi BJ Complex.  I olls dan kawan sampai awal,  exactly after maghrib.  So bila sampai saja kat sini,  semua meja di susun siap dengan balutan kertas putih (tema shell out).  Owner Shell N sambut kami dengan mesra,  dia kata "Nak duduk meja mana pun takpa!!"

Tapi bila kami dah start makan nenjiaaa............punya ramai duk mai serang!!  Sampai kena tambah meja and ada yang kena tunggu sat.  Tapi nampak gaya,  pengusaha Shell N memang kerja keras la dia layan semua orang and pastikan semua pelanggan dapat layanan yang terbaik.

So kepada u olls yang nak mai sini,  aku harap ampa buat tempahan awai!!  Satgi mai sini duk nganga berdiri tengok orang.



click read more



Review 
Harga murah berbanding shell out di tempat lain.  One thing about sauce yang dimasa bersama seafood,  pedaih!!!!  Tapi overall memang sedap.  Depa bubuh udang,  ketam dan siput lala.  Steamed sayur & jagung jugak disajikan atas seafood.  Untuk harga yang ditawarkan,  bagi i olls memang berbaloi untuk duit.  Some more tempat di adalah open space,  so sangat relaxing and santai bila lepak dengan kawan-kawan.  Penghantaran juga suprising agak cepat walaupun kami just walk - in.  Layanan tip top by owner!  Will be coming again.


Duduk depan kipaih...sampai tudung pun terkelepet.  HAHAH takpa janji maintain vouge.









Menu dan Harga
SUPER DUPER FAMILY COMBO 
5 set normal + 3 set balitong
Sesuai untuk 20 orang
Harga RM350


NORMAL SET 
Nasi + ketam,  siput lala,  udang
Sesuai untuk 2-3 orang
Harga RM60


** untuk group besar atau kecil,  you olls jugak boleh request dengan pihak SHELL N untuk sediakan jamuan ikut bajet masing-masing.  Maybe nak udang lebih ka?  Nak ketam lebih ka? 


Ketamlicious RM35




Ketamlicious (yang dimasak bersama balitong...ikut request daripada customer) RM35


Siput Sedut(balitong) - RM15


Udang Lipan FOC!!
Haaa yang ni memang sempoi.  Udang lipan bukan senang nak dapat,  so kalau dapat selalunya depa akan masak and bagi FREE kat customer!! Untung untung untung.



Lokasi  :  Lorong Relau 1,  Bukit Jambul (Carwash tepi BJ Complex)
Contact  :  013-286 0288 (Aida)
Facebook  :  Facebook.com/SHELL-N

1 comment:

  1. Uit belitong tu slalu mkn kt pdg kota..dapnyaaa...
    Udang lipan tu pun oiii sedapnya jemahhh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com