10.5.16

Jalan-Jalan Penang with The Suraimi's

Hello u olls,

Pada hujung minggu (cuti Hari Buruh) yang lalu,  kawan baik suami akak En. Khafi telah datang ke Penang untuk berlibur.  Suraimi,  Eima dan anak depa Shafeeq.  Percutian yang mulanya 1 family,  akhirnya sangkut jadi 3 family.  Dikesempatan mereka ini,  I olls dan suami mengambil peluang untuk luangkan masa dengan depa semua tapi tak semualah sebab they olls keluarga besar and ada banyak plan.  I olls pulak,  memang terpaksa buat kerja rumah sebab last two weeks kan demam teruk.  Sampai apa pun tak bersentuh (baju,  kemas rumah).

So here are some of the information tentang lokasi yang akak sempat bawak The Suraimi's jalan-jalan kat Penang.  Mungkin berguna kepada hangpa yang planning nak mai Penang untuk bercuti.  Tapi most of the pictures yang I olls share kat sini adalah gambar-gambar we olls tengah makan jer la...posing feeling-feeling.  Ada juga gambar yang aku cilok daripada FB Suraimi & Eima and of course daripada social media :)

Muka lapaq masa lunch Banana Leaf di Anandha Bhavan,  Macalister Rd.

click read more


Stay @ The Sovereign

The Suraimi's stay kat sini untuk malam pertama (lepas tu baru stay kat area Batu Feringghi sebab nak bawak Shafeeq mandi-mandi laut).  The Sovereign adalah hotel yang terletak di tengah-tengah Georgetown.  So ampa nak jalan-jalan pi mana pun senang sangat!!  Diubahsuai daripada bangunan deretan kedai lama yang mempunyai senibina heritage yang cantek.  Harga bilik bermula daripada RM90 semalam dan bilik-bilik kat sini semuanya lengkap dengan basic needs macam toilet dalam bilik,  katil, aircond.  Parking pun senang!! Depan bangunan ja.  Depa bagi breakfast jugak tapi breakfast yang simple sahaja.  Hotel ni sangat selesa,  mesra keluarga and yes before aku lupa!! Depa ada pakej untuk group booking.  So sapa nak mai ramai-ramai dengan family sangatlah sesuai.

Alamat  :  22, Lorong Kinta, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Contact  :  04-226 6022
Facebook  :  https://www.facebook.com/The-Sovereign

 








Suprise Yang Tersayang @ Quinsmate
Eima birthday jatuh pada 30 April yang lalu.  So Suraimi suami yang sweet dan baik hati ni bagitau la kat aku yang dia nak suprise something untuk isteri kesayangannya ni.  So aku pun meng-kontek Intan and Nadya,  pemilik Quinsmate,  the original suprise planner in Penang.  So kepada u olls-u olls yang nak mai Penang with family or friends ataupun bersama orang tersayang,  ampa nak suprise depa?  Why not ampa cooporate dengan Quinsmate,  harga bermula serendah RM120.  Depa akan arrange flower bouquet,  candy and chocoloate bouquet,  balloons,  cakes atau apa sahaja yang sesuai dengan bajet hangpa.  Eima sangatlah terkejut and yes,  SURPRISED!! masa kena sergah ketika depa duk dinner di Lagenda Cafe.  Sebab memang tak nampak apa-apa hint langsung (like suami lari lari pi singgah kat kedai kek ke apa....hehehe).

Contact : Whatsapp Intan : +6012-4576672 Nadya : +6016-4442686
Facebook : Facebook.com/QuinsMate14
Instagram : @quinsmate










The Best Banana Leaf @ Anandha Bhavan
Eima ni badan ja kecik tapi dia pandai makan!!!! Aku suka bawak orang macam ni.  Yang bukan semata-mata bercita-cita dan cakap kosong "Wehsss...aku mai Penang sebab nak makan okay!"  tapi lepaih hirup cendol 2 camca terus kenyang.  SIBAT!  Eima bukan macam tu.  masa first depa sampai aku dan Khafi bawak depa pekena Banana Leaf kat Anandha Bhavan, aku impressed tengok skill makan Eima.  HAHAHA  So sapa-sapa peminat banana leaf ampa haruslah try Anandha Bhavan.  Ada 8 cawangan so far kat Penang,  tapi yang kami bawak ni kat Macalister Road (sebelah Penang Sport Club).  Harus order bersama set Banana Leaf adalah fried bitter gourd (peria goreng) & Chicken Tikka Masala.

Location  :  
Butterworth (Main Branch)
2981,2982 & 2983, Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth.
Tel : 04-323 6228
OFF : 04-331 0781 / 012-439 5981

Bagan Ajam
G-16, Ground Floor, Jln Terbilang, Taman Terbilang Bagan Ajam,, 13000 Butterworth, Pulau Pinang.
Tel : 04-323 5228.

Bukit Mertajam
19 & 20 Lorong Usahaniaga 1 (Tmn. Usahaniaga), 14000 Bukit Mertajam,Penang
Tel : 04-538 2708

Prai
2919 Jalan Perai (Taman Inderawasih), 13600 Perai, Penang
Tel : 04-399 6802

Penang 55
53&55, Penang Street, 10200, Georgetown, Pulau Pinang, 10000, Malaysia
Tel : 04-264 4204

Penang (Pure Vegetarian)
25, Penang Street, 10200, Georgetown, Pulau Pinang, 10000, Malaysia
Tel : 04-263 3841

Tanjung Bungah, Penang
No. 14, Jalan Tanjung Bungah, 11200, Tanjung Bungah,
Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-890 9771

Macalister Road >>>> kami bawak mai kat sini!!
No.225 Macalister Road, 10450 Penang
Tel : 04-684 9411

Website  :  http://site.srianandabahwan.com.my/









Feel Nasi Kenduri Penang Style @ A Ghaffoor Martabak Original

Haruslah aku bawak depa mai makan kat kedai anak ayam aku! Nak cerita apa lagi? Aku pun selalu share pasai A Ghaffoor kat blog aku kan?

Lokasi : 56 Jalan Jelutong 11600 PenangNo telefon : 012-496 8937 (Chef Nizal Ashriff)
Facebook : Facebook.com/A-Ghaffoor-Martabak-Original
Instagram : @a.ghaffoormartabak/
Read more : Jom Makan di A Ghaffoor Martabak Original




Seafood Tanpa Pinggan @ Shell N
Untuk last night depa kat sini,  aku bawak depa mai pekena 'shell out' Penang style.  Lani kat Penang ada banyak outlet tema shell out dah.  And haruslah yang kat Penang punya lebih sedap daripada kat KL nun.  Orang Penang pandai bab-bab makan!  I will tell more about my experience kat Shell N!  But here are the simple info tentang outlet depa  :
Lokasi  :  Lorong Relau 1,  Bukit Jambul (Carwash tepi BJ Complex)
Contact  :  013-286 0288 (Aida)
Facebook  :  Facebook.com/SHELL-N





Melawat Kakak Kawasan @ Universiti Sains Malaysia
Terharu sangat depa mai melawat aku di pejabat.  For the first time depa masuk USM.  Bangga bila depa puji yang USM cantek banyak pokok-pokok.  Aku doakan agar Shafeeq nanti dah besar belajar pandai-pandai masuk USM jadi student APEX!



Sekian sahaja!  Seronok and puas juga bawak depa jalan-jalan walaupun secara part-time.  HEHEHE.. lepaih ni....depa kena tunggu laa kami serang Melaka pulak!

4 comments:

  1. Menarik la hotel dia kak. Pasni boleh masuk dlm list hehehehe

    ReplyDelete
  2. thank u Jumie n Khafi dok layan weols kt Penang tu... Aku dendam xdpt char kuey teow jek ni. lain semua aku dapat. hahahaha,,,tp aku rindu bananaleaf tu,seriussss.hehehe...

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com