Hello u olls,
The last time kami punya vacation was on 2014 masa kami pi Perhentian sampai En Khafi hampir lemas sebab dia kena asthma attack dalam ayaq laut. HAHAHAH. Sejak tu kami tak berkesempatan nak pi bercuti mana-mana. Ini pun duk plan nak pi Perlis la (tiba-tiba Zac Efron balik rumah setelah hilang 2 minggu)...nak pi Langkawi la (tak jadi sebab cuaca panaih macam prektis neraka)...semua tak jadi. Baca sini : Drunk In Love di Perhentian
Makcik Boyan bersama laki nya berjalan-jalan di tepi pantai. Kunon nak jalan sampai sunset, tapi baru jalan sekerat, semput. HAHAHHAHA....balik bilik order room service.
Pemandangan jalan-jalan tepi laut di kala petang.
Duk tengok album holiday orang ramai kat Facebook hati aku dah membuak-buak meluat especially Shuhada Zainol tu ....ada saja lokasi best dia duk pi dengan laki dia. Duk amik gambar-gambar gumbira apa semua. Aku macam nak unfriend dia ja. Tapi takmaula...hahahahaha
So last sekali dah masuk tahun 2016. Kalau tak pi bercuti lagi maka kami dorang kena pi mandi bunga. Duduk tak duduk, aku kata kat laki aku, kita check in la hotel mana-mana dalam Penang. So kalau kita kena pi kerja last minit pun kita boleh lari pi kerja sat.
Oleh itu, pada hari Jumaat 8 April 2016 secara sekonyong-konyong aku pun bukak la website booking hotel apaka, and search punya search yang mana available and sesuai dengan bajet maka kami pun dapatlah hotel Flamingo By The Beach Penang.
Kami duduk dua malam. Masuk dengan tax apa jadah semua adalah dalam RM500 dua malam.
So here is simple review yang I olls boleh nak share dengan ampa tentang hotel ni :
Untuk pengetahuan ampa, hotel ini adalah sebuah hotel yang diiktiraf oleh WikiPedia sebagai 4 stars hotel. Tapi actually apa yang kami dapat tak setaraf dengan nilai bintang tu. :(
- Reception - Bell boy takdak pun nak sambut kami amik beg. Ramai guest ka? So kami angkat la beg kami sendiri pi bilik.
- Bayaran - Depa amik deposit RM100. Tapi untuk pengetahuan ampa, selain GST 6%, service tax 10%, RM2 semalam oleh kerajaan negeri aku juga kena bayar cukai hotel 1.63% oleh pihak hotel sebab aku punya booking daripada website. Aku pun tak tau la apa benda tu, tapi ini first time aku tau ada such things.
- Hiasan Dalam Bilik - Loby nampak macam bersih dan canggih, all white gitu. Tapi once masuk area jalan menuju ke lift dan bilik hotel, nampak macam bangunan lama. Keadaan bilik jugak agak menyedihkan. Tak cantek langsung. Takdak carpet, semua tiles. Warna pun warna-warna sedih. Nampak macam hotel murah. Toilet pun takdak bath tub.
Ni la gambar toilet dia yang macam sedih. ps/ Piyah mesti syiok aku angkat Pure by SO sekali mai check in hochelll...
Inilah katil depa. Ini setelah bilik di make up pada hari kedua. Macam sedih kan. :(
- Kebersihan - Selain bilik ini kelihatan lama sebab pilihan perabotnya, at the same time, bilik ni tak berapa nak bersih sangat. Ada tiles yang ada macam hitam-hitam sikit kat lantai, aku jumpa rambut kat lantai (masa aku baru masuk bilik...so definitely bukan rambut aku), pastu ada satu sofa diletak secara pelik kat tepi katil. Bila aku ubah sofa tu, baru aku tau, sofa tu diletak kat situ sebab ada lukisan budak-budak guna pensil mungkin oleh penghuni yang sebelum ni. HEHEHE
- Lift - Lift lambat gila. Dah la weekend ada ramai orang. Daripada 3 lift, 2 lift ja berfungsi. Nasib baik laki aku style over peremah dengan staff, so ada dua kali depa bagi kami guna service lift.
- Makanan - Makanan memang siriesly tak best langsung. Breakfast buffet, kat salad bar style ada sajian salad yang sudah layu, nasi goreng yang berminyak, dan benda-benda lain pun aku rasa baik pi makan kat Market Taman Tun Sardon lagi heaven.
- Pemandangan - Pemandangan tak cantek sebab pantai kat situ tak cantek dan boleh nampak bumbung rumah orang.
- Staf - Yang ni saja yang aku rasa paling best kat sini. Staf depa semua style mesra alam dan tak sombong. And kalau minta apa-apa daripada room service depa style lajiu mai attend kat bilik hang.
So kesimpulannya, percutian pendek ini bukanlah percutian paling indah terbaik paling memorable di dalam hidup kami berdua. Tetapi, tak salah sapa-sapa selain diri kami sendiri sebab tak plan betui-betui. Tapi kalau dipendekkan cerita, adakah kami rasa rehat? YES kami rasa rehat yang diperlukan.
Good bye bilik berekon dan pemandangan ada ayaq laut.
ps/ Macam idea yang baguih juga untuk kami dorang start melancong ke semua hotel hotel di Penang.
Baguih kak jumie p melancong hotel2 kat penang.. nanti buat review..haa..kami boleh la plan percutian pendek plak nnt..
ReplyDeleteadoila.... sian kat kami hangpa nak unfriend..huhuhu...
ReplyDeletesyok wei boleh dok hotel panaih2 ni...
Kak Jumieee next time try p Holiday Inn Feringhi ja. Heaven!
ReplyDeleteKak jumie...flamingo x berapa best..masa management lama ok lagi..xguna tiles...guna carpet...
ReplyDeleteLani mcm meluat nk p hotel tu sbb ada ka patut guna tiles...dgn nk mandi pool ka laut ka naik atas mau tergolek dlm bilik tu basah2