20.4.16

Sampai Demam Noks

Cerita pendek ini mungkin cerita panjang.  Tapi aku harap lepas ampa baca cerita aku ni ampa tak kena nasib macam aku.

Kalau ampa baca posting aku semalam menceritakan ulasan tentang cuti pendek aku dengan suami kat Flamingo hotel.  Walaupun tak seberapa,  tapi aku harap boleh jadi panduan kat ampa yang nak bercuti kat sini.  Kot kot la.

Ada satu lagi benda jadi kat aku lepas aku check in hotel.  Seperti yang aku kata dalam ulasan,  takdak bell boy service.  So lepas hang check in hang kena sendiri angkut beg-beg hang pi bilik.  So itulah yang aku dan Khafi nak buat.   Kami pun masuk kereta balik dan pi bawak kereta kami dekat dengan tangga nak masuk lift kat tingkat bawah.  Ingat nak unload dulu beg-beg ni semua senang la kan?

Tapi baru ja sampai kat tangga tu,  tiba-tiba aku nampak satu pasangan berpegangan tangan penuh romantis sedang turun tangga.




"Abang.....pi depan...pi depan.....pi cepat-cepat....."  nasib baik Khafi tak katop enjin lagi.  Maka dia pun cepat-cepat mengikut arahan bininya yang gemok ni untuk bawak kereta jauh ke depan.

Khafi pun tak tanya banyak dan membuat satu pusingan ke kawasan parking jauh ke bawah.

"Awat?"

"Tadi tu yang duk turun tangga....aku kenai depa dorang tu....,"

"Haaa....patutlah depa tunjuk kat hang...depa pun kenai hang la tu....awat?"

"Yaka????? Alamak!!"  aku macam blur.  Khafi masih membawak kereta pusing-pusing di kawasan parking.

"Depa dorang tu......yang laki tu.....dah kawen.....and yang sebelah tu perempuan tu...bukan bini dia......and pompuan tu pun aku kenai laki dia sapa,"

"Siries????????????????????????????"  Khafi pun mengeluarkan ayat jarumnya.

"Hang rasa depa mai sini buat apa?"

"Mai check in la......."  kata Khafi sambil gelak-gelak.

Setelah beberapa minit kami pusing-pusing tanpa hala tuju di tingkat bawah parking hotel itu,  akhirnya kami pun memberanikan diri untuk berhenti dan naik ke bilik kami.  Alhamdulillah,  depa pasangan romantis tadi dah hilang dari pandangan.  Mungkin depa dah beredar dari situ,  ataupun depa dah naik ke hotel,  terkejut sebab nampak aku.  I DONT KNOW.

Dua malam aku kat hotel.  Aku pun dah lupa pasai depa dorang ni.  Malaih la aku nak pi cari and amik tau pasai dua orang ni.  Aku pun mai sini nak rehat relaks-relaks.  Takkan aku nak habiskan waktu cuti rehat aku dengan sibuk whatsapp orang sana sini untuk korek cerita.

Hari Isnin,  im back to work. Pada Isnin yang fana itu,  aku ditugaskan bersama rakan-rakan sepejabat untuk menjadi sekretariat jamuan pagi kepada jemputan yang datang untuk hadiri satu program ilmiah.  Program ni adalah untuk semua penjawat awam yang bertugas di jabatan dan institusi kerajaan di seluruh Pulau Pinang.  So memang ramai la orang.....lebih kurang 2000 pack makanan yang perlu diedarkan kepada tetamu yang mulai berada di kawasan tepi dewan seawal 7.30 pagi.

Orang memang ramai,  bukan sahaja staf daripada USM.  Ada polis,  bomba,  abang askar,  nurse,  cikgu,  guru besaq......kira kata semua bentuk makcik-makcik dan abang-abang kerajaan semua ada la pagi tu!!  Tiba-tiba....mata aku nampak sesuatu.....

YAITUUUUUUUU DUA ORANG PASANGAN ROMANTIS YANG AKU NAMPAK KAT HOTEL BARU BARU NI...............................

Dan tak sempat aku nak macam sembunyi dari depa....tiba-tiba aku rasa depa mendekati aku dan si lelaki tu tegur aku dulu

"Jumie........." suara style lembut mesra punya.  Haram jadah.  Memang memang kenai laki ni.  Tapi sepanjang pengenalan aku dengan dia,  dia tak pernah tegur aku.  Aku sahaja yang pernah tegur dan senyum kat dia dulu.

Aku pun dengan berat hatinya kalih la kat depa.  Tapi aku tak tengok muka depa,  apatah lagi mata depa.  Aku malaihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........

"Haaa apa habaq?"  lebih kurang macam tu la aku sapa depa balik.  Pastu aku teruih kaleh ke depan.  Buat-buat bisi susun kotak bihun.

"Hari ni tak buat persembahan ka?"  tanya depa lagi.  Mungkin cuba melawak dengan aku.  Yala...aku kan selalu kalau terlibat dengan event mesti la aku menyanyi ka,  buat show apa ka.   Jarang sekali la aku join event jadi tukang susun bihun.

Pastu aku dengan takdak moodnya pun kaleh ke belakang,  tanpa tengok muka depa aku pun jawab "Saya lani dah masuk Islam...dah tak nyanyi nyanyi show dah ni semua,"  pastu aku teruih kaleh depan balik.

And lepas beberapa minit,  aku pun kaleh belakang balik. And aku tengok dua dua-dua orang pun dah takdak dah.

Kami semua bertugas lebih kurang 5 jam bawah matahari panas,  walaupun ada bumbung tapi efek panas tu Allah sahaja yang tahu.  Peluh menitik macam gila.  Make up dan mascara tiada maknanya.
Tapi sepanjang aku bertugas tu,  aku duk terpikiaq kat dua insan yang mai tegur aku tadi.

Celaka sungguh.  Memang confirmlah depa dua orang yang aku jumpa kat hotel last weekend.  Tapi aku tak boleh pikiaq macam mana depa dorang dengan tak malunya boleh pulak memberanikan diri selamba badak sumbu Gloria Madagascar mai tegur aku like NOTHING HAPPEN!!

Aku pun bukanlah manusia paling baik kat dunia ni,  tapi kalau lah aku dah buat jahat,  aku duduk diam diam dan tunggu ja la nanti kat neraka Allah balaih aku.  Takdak la aku nak seronok bising-bising macam eksaited nak tunjuk kat orang yang YES aku dah buat dosa.

Apa yang berlaku kat aku ni betul-betul buat aku terpikiaq.  Mungkin betul kata seorang teman,  manusia zaman lani dah tak mau hidup secara idealistik lagi.  Maksudnya,  hidup dengan cinta, rumah yang tenang, saling menyokong dan mesra penuh cinta.  Semua manusia duk dapat idealogi-idealogi hidup yang berat,  seperti mana mungkin dari bacaan dan juga tontonan show TV.  Ada suami tapi honeymoon dengan lelaki lain.

Damn.

Malam tu,  aku demam.  Demam like terketaq sejuk kaki,  selsema sangkut hidung.  Pastu Selasa aku dapat MC.  Rabu aku mai kerja,  tapi macam mayat hidup.  Khamis dan Jumaat aku dapat MC lagi.

Doktor kata aku kena demam viral.

Tapi bila kawan-kawan tanya,  "Hang demam sebab cuaca panaih kot?"

Aku just senyum sorang-sorang.  Aku rasa aku demam bukan sebab cuaca panaih tapi sebab menjadi saksi panasnya cinta suami orang dengan isteri orang.

SHIT

5 comments:

  1. "Saya lani dah masuk Islam...dah tak nyanyi nyanyi show dah ni semua," pastu aku teruih kaleh depan balik. <---- WIN! hahahahaah padan muka depa!

    ReplyDelete
  2. Hati u hati org baik...tak sebut pun pasai benda yg penting sbb jaga ayaq muka org...kalau I...I tanya isteri sihat ka? anak2 camana? hangat kan skrg..mcm takut betui mati masuk neraka....Ya Allah...ampunkanlah dosa2 kami (nada sinetron skit)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hang niiiiii! Ingatkan nampak antu di flamingo tu. Ini punya efek ... Jatuh demam ... LAGI TERUK DR NAMPAK ANTU! Ayooooooo ...

    ReplyDelete
  5. aiyoooo kak jumie very the laaaaa.... saya pun heran lagi ajaib stail dok skendel laki orang bini orang ni. pasai dok tau dah hubungan tu xdak nak p mana. ibarat orang kata dah tau jalan mati dok gagah p pasepa. saja cari penyakit

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com