9.9.15

Ulasan Novel BeuTeeFool oleh Regina Ibrahim

Hello u olls,


Taro Press telah berjaya melahirkan sebuah buku novel yang berjudul BeuTeeFool. Ampa mai baca ulasan by Mama Regina seperti di bawah.




Click read more

BeuTeeFool – Perempuan dengan tanda harga.
Penulis: Fatimah Manaf
Terbitan: Taro Book Press 
Merupakan terbitan ke dua Taro Book dalam meningkatkan jumlah buku buku bacaan alternatif setelah antaloji Chabai yang mendapat sambutan hangat di pasaran yang juga bersifat alternatif.

“Perempuan seronok mempamerkan kelebihan mereka berbanding perempuan lain. Betapa mereka sempurna, puas bila mata tiap lelaki menelanjangi kecantikan mereka manakala Perempuan lain pula cemburu, merasa tewas dan menghukum diri secara senyap atas kekurangannya” 
Gantinama AKU berkisah tentang rentetan hidupnya sebagai anak perempuan, teman teman sewaktu membesar, hubungan emosi bersama keluarga yang menggelirukan, mencapai dewasa dan hubungan beliau dengan dunia. 
Dikisahkan dengan penggunaan terma terma bahasa anak muda yang bersahaja, sifat tidak kisah malah dalam diam beranalisa. Segalanya dirangkumkan dalam wadah kesepian anak perempuan yang tidak bernasib baik kerana tidak mendampingi pembimbing secara lama dan tercari cari pembimbng sedia ada. 
Penulis sengaja mereka cipta lokasi lokasi fiksyen sewaktu membentangkan kisah “coming of age”. Diujudkan pelbagai karektor manusia sebagai memancing naluri ingin tahu manusia. Setiap karektor itu dihuraikan secara jelas oleh penulis samada jengkel, kagum, lucu, tidak pasti dan tertanya tanya. 
Ini bukan kisah cintan cintun anak remaja atau wanita khilaf bersama jejaka tampan. Setiap sifat yang digambarkan adalah dari mata AKU pemeran watak wanita yang mewakili ramai di kalangan kita yang tertanya tanya. Bab bab awal mewakili anak anak gadis yang cuba menjadi waras dalam pengendalian hidup. 
Pembaca akan berteka teki, siapa yang tidak bermoral, siapa memanipulasi waktu juga ketika dan siapa antagonist sebenarnya. 
Setiap permulaan 15 bab novel ini di cetak dengan kata kata inspirasi dari personaliti penting yang boleh dirungkai dengan pemikiran yang tajam. Antaranya, “ What If anything can make her whole again? And what is WHOLE?”Robert Coover. 
Pemilihan bahasa dan terma terma lucu membuatkan novel ini menjadi lebih menarik. Gambaran pekan kecil yang lengkap dengan kemudahan manusiawi juga amat dikagumi, begitu juga dengan lontaran lontaran sinis dan puitis penulis Fatimah Manaf. 
Maka benarlah kata kata Cantik itu subjektif, bukan hanya sekadar kata kata penyedap. Ianya tiada jawapan yang betul dan pasti. “Beauty lies on the eyes of the beholder,” yang sudah muak kita dengar, disimpulkan oleh penulis secara fiksyen berkias selaras dengan kegilaan manusia masakini di sekeliling kita yang taksub pada kesempurnaan dalam penentuan erti CANTIK. 
Kita manusia yang tamak. Kita mahukan segala galanya, jika diizinkanNYA biarlah semua lengkap. Kita jadi murung, suram keliru dan sendu apabila merasakan diri tidak segagan dengan si cantik yang lain, yang sudah lama kita illusikan di minda sejak kecil lagi. 
VERDICT: Harus cuba dibaca oleh anak anak gadis dalam meniti kedewasaan hidup. Dibaca tanpa prejudis penuh keterbukaan.


I olls bersama penulis semasa mendapat first buku ini.  Thank you so much Taro Press sebab bagi peluang aku menulis Payung Kata untuk buku ini.  Ampa beli jangan tak beli.  Buku ini best.


Kalau sapa-sapa berminat nak beli boleh WhatsApp nombor seperti berikut :

Taro Press 0169184269
Jumie Samsudin 0124130060

Buku ini ada 226 muka surat. Harga rm20. Posting area Semenanjung RM7 Sabah / Sarawak RM11.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com