Hello people,
Last weekend, aku berkesempatan untuk menyaksikan P Ramlee the Musical Tour di Pulau Pinang. Bukan main seronok aku tengok ke-majik-an yang berlaku depan mata aku. P Ramlee dan watak-watak sezaman dengannya seolah-olah hidup semula di depan mata kami sendiri. Tahniah kepada Infiniti Production atas kejayaan produksi yang amat meletops. Aku ada review kisah pengalaman aku ini dalam post yang lain.
Lepas tengok P Ramlee the Musical tu tanpa aku sedari aku macam kena demam cinta P Ramlee. Memang betul pun pesan Sultan Perak kepada bekas Permaisurinya, "Jangan tengok P Ramlee pada matanya, sebab ada magnet,"
Hanya melihat cerita kisah dan mendengar lagu sahaja aku dah demam. Macam manalah kisah orang-orang yang pernah hidup dan berdepan dengan P Ramlee.
Korek punya korek, aku stumbled across documentary movie ini dalam Youtube. Aku nak share dengan ampa. Documentary ni panjang. Diarahkan oleh Shuhaimi Baba untuk History Channel. Terima kasih kepada mereka yang upload video ni. Aku harap ampa kalau free-free mai la tengok dukomentari ni sebab sangat details, lengkap dengan perincian cerita dari dia kecik sampai dia meninggal dunia.
Masa tengok P Ramlee the Musical, ada satu watak bernama Sukardi yang dikatakan teman baik kepada P Ramlee tapi aku tak pernah dengar pun nama itu dalam penceritaan yang lain. So aku duk wondering la jugak, sapa Sukardi ni. Dalam dokumentari ni, depa sempat menemuramah Sukardi. Which is sangat sangat terharu aku rasa. Childhood friend tak akan menipu dan cerita depa pastinya ikhlas dan menusuk kalbu.
Aku nak sangat ampa tengok dokumentari ini kerana ada banyak benda yang kita boleh pelajari. Especially dalam zaman sekarang ni yang tengah tak tentu arah dan lagi 5 tahun nak Wawasan 2020, kita sebagai rakyat Malaysia ni, aku nak tanya apakah 'trait' paling jelas yang kita boleh banggakan sebagai rakyat Malaysia sendiri?
Rajin? Menepati masa? Cekal? Suka membantu?
Ataupun trait-trait yang tidak elok seperti? Mudah lupa? Tidak tahu menghargai jasa? etc etc.
Di akhir dokumentari ini diceritakan bagaimana P Ramlee dibuang oleh teman-teman dan saudara, hidup kais pagi makan pagi, dibuang, tidak dihargai. Semuanya berpunca daripada orang disekeliling kita, orang Malaysia sendiri, wartawan hina dia, peminat lupakan dia, dia menyanyi kat stadium orang Boo, syarikat yang kaya sebab karya dia hentikan kontrak begitu sahaja, dia cari duit dengan menyanyi di kenduri kahwin?
Aku menangis tengok dokumentari ini. Like siriesly!! Kejamnya!!
People make mistakes, and sebagai manusia yang bertamadun aku rasa, kita Malaysian are better than this. Anggaplah apa yang dah berlaku ini sebagai satu pengajaran besar dalam hidup kita.
Soalan aku satu sahaja, adakah kita nak buat benda yang sama untuk seorang yang dah bina Malaysia for 22 year? And just because now he is doing something untuk sedarkan rakyat...ampa nak masukkan dia dalam penjara? BULLSHIT!!
Saya masa tgk ni kat history channel dulu dan saya kagum dgn arwah sebb dia punya visi ttg pendidikan musik kat sek. And apa yg dia ckp tu end up betul. Generasi kita yg sekarang I mean generasi sy sendiri kurang gemar ngan musik tradisional. Sedih bila pada penghujung hayat dia org treat dia mcm sampah. Sampai bila Allah ambil dia semula dari kita semua baru la nak terhegeh2 bagi mcm2 anugerah. Seriously jgn kata akak menangis saya pon tgk balik ni pon menangis balik.
ReplyDeletesy pun dok tgk kt youtube psl P.Ralmee sbb tertengok citer Saloma kt astro. terus dok google psl p.ramlee. sedih sgt hidup dia.. sy terbawa2 sedih tu..
ReplyDelete