10.9.15

Sesi Masak Memasak bersama Chef Ismail Program Chef's Like Pensonic Raya - Merdeka @ G Hotel Penang


Hello u olls,

Last weekend,  (sebelum pi tengok P Ramlee The Musical),  sebenarnya I olls ada satu event yang diattend atas jemputan kawan I olls yang bertugas dengan Pensonic iaitu program Chef's Like,  Pensonic Raya - Merdeka Bring Chef Home bersama Dato' Chef Haji Ismail ataupun lebih famous dengan nama Chef Ismail.

Peluang ini sangat best sekali kerana I olls telah menjemput bersama Mak I olls iaitu Kak Edeh.  Actually program ini adalah program khas untuk pemenang pertandingan anjuran Pensonic dan pelanggan dan tetamu istimewa mereka.  Jumlah peserta around 20-30 people.

Dalam program ni,  Dato' Chef Haji Ismail selaku salah seorang duta Pensonic untuk koleksi peralatan elektronik dapur jenama Pensonic iaitu Chef's Like telah membuat demontrasi memasak 4 resepi iaitu Nasi Arab,  Ayam Masak Rendang,  Ikan Kukus dan Jus Buah Naga.  Semuanya menggunakan peralatan Pensonic.

Pengalaman untuk melihat sendiri macam mana Dato' Chef Haji Ismail memasak adalah sangat best sekali.  Sebab sambil bercerita,  dia banyak berkongsi tips,  rahsia dan falsafah hidupnya terhadap masakan dan makanan.  Tapi banyak kali dia duk ulang "Masaklah dengan kasih sayang...keluarga yang makan bersama...stays bersama"

Dalam selit-selit cerita tu,  Dato' Chef Haji Ismail ada mentioned jugak pasai dia mempunyai 6 buah dapur dalam hidupnya.  3 buah dapur adalah merujuk kepada restoran,  1 buah dapur di rumah kampungnya,  1 buah dapur untuk rumahnya di Kuala Lumpur dan 1 buah lagi dapur RnD.  Kerlass beliau ada dapur research and developement.  Patutlah Mee Segera Mamee Chef adalah sedap ya amat!  Walaupun agak mahal sedikit,  tapi rasanya memang meletops.  Sapa selalu beli?  Rempah ratus dan ramuan dalam Mee Segera Mamee Chef tu adalah hasil RnD Dato' Chef Haji Ismail sendiri.  
click read more


Mak aku sedang memberikan tumpuan kepada Chef Ismail semasa demontrasi.  Mak aku adalah dua dari kanan.


Semasa program ini dijalankan,  para peserta diberikan tips dan idea untuk menggunakan barangan dan produk daripada koleksi Chef's Like Pensonic.  Saya sendiri ada dua buah produk untuk koleksi ini iaitu oven dan juga water heater (yang picit-picit tu).  And masa program dijalankan,  pihak Pensonic letak la 12 barangan dalam koleksi ini untuk kami tengok dan kalau kami nak beli,  depa jual dengan harga yang sangat berpatutan. Aku duk berkenan dia punya air fryer.  Duk cucuk and hasut mak aku suruh beli.  HEHEHE.  Dia kaya banyak duit.

Tapi untung tuah bawak mak aku jalan-jalan hari ni jumpa Dato' Chef Haji Ismail,  aku menang pertandingan instgram untuk program hari itu and tau dak apa hadiah aku menang?  BREADMAKER!  Gila seronok u olls.  Takpa,  nanti aku buat artikel macam mana nak buat roti menggunakan Pensonic Chef's Like Bread Maker.

Thank you so much Pensonic.  Insya Allah lepas ni aku akan terus menyokong produk Pensonic sebab produk mereka adalah buatan Malaysia dan syarikat ini berasal daripada Pulau Pinang :)  Jom ramai-ramai kita sokong produk keluaran Malaysia.

Gambar-gambar we olls :)






Inilah mak aku,  Kak Edeh.  Bunyinya macam Adele tapi hang tukar L tu dengan H.  Jangan salah bunyi.  Mak aku cantek kan?  




Mak aku duk buat siries buat catatan.  Macam cikgu besar.



With Lenny and Yanti.  Thanks Lenny sebab nominate nama aku and mak aku mai event ni.  Lenny adalah bekas staff Pensonic.


Mak aku posing disebelah banner.



Inilah gambar yang aku muat naik dalam Instagram and kami menang!!



Gambar kat bawah ni ada cerita lawak sikit.  Masa Chef Ismail duk ronda tunjuk hasil masakannya menggunakan periuk Pensonic.  Sekali bila mai sebelah mak aku,  dia pegang periuk tu,  and dia kat akat Chef Ismail "Chef,  mai sini saya pegang periuk.  Chef sign kat sini boleh"  HAHAH kerlass.  Chef Ismail yang supporting pun terus sign and dia pun amik balik periuk dia.  Lepas tu,  Chef Ismail tak lalu kat mak aku dah.  HAHAHAHAH

Chef Ismail berkata dalam hati "Ehkk akak ni dah kenaper?"




Mak aku muka syiok!!






Gambar bersama Chef Ismail.  Beliau sangat best sekali.  Sopan and peramah.  Aku nak ucap tahniah kepada Pensonic kerana melantik Chef Ismail sebagai duta adalah satu pilihan yang amat tepat kerana bukan sahaja kerana bakatnya dalam bidang masakan tetapi hatinya yang baik dalam kerja yang dia lakukan.  Tau dak?  Jamuan makan tengahari untuk kami para peserta adalah hasil makanan dia sendiri.  Chef Ismail personally turun dapur hotel pagi itu untuk masak for us.  And selepas program,  dia memang betul-betul layan all guest,  make sure semua orang makan,  greet all peserta program kat setiap meja.  Make sure semua okay and terhibur and happy!  Tahniah Pensonic.  Tahniah Chef Ismail.




Inilah bread maker yang aku menang.  Breadmaker ni memang meletop sebab bukan sahaja boleh buat roti,  dia boleh buat jem,  yogurt dan macam-macam lagi.  Nanti aku akan buat and bubuh dalam blog.  


The Amazing Pensonic PBM-2000 Bread Maker

Making your own bakery fresh bread is as easy as 1, 2, 3. All you have to do is just add the ingredients as recommended and let the Pensonic PBM-2000 Bread Maker do the rest.

Features
• 19 Preset Programmes
• 15 Hours Programmable Delay Start Timer
• 3 Adjustable Crust Settings (Light, Medium And Dark)
• 3 Loaf Size Selection (1.0LB, 1.5 LB. 2.0 LB)
• 15 Minutes Power Interruption Backup System
• Removable Non-Stick Bowl For Easy Clean-up
• Measuring Cup, Measuring Spoon And Hook Provided
• Large Viewing Window

The Pensonic PBM-2000 Bread Maker not only makes tasty bread, it also bakes, makes jam, yogurt, dough and sticky rice. You can even do light stir frying and use it for fermenting ingredients. Check out this fantastic appliance at your nearest Pensonic dealer.

The price is RM372 (including GST) but this may vary slightly from dealer to dealer.


Ini adalah roti gandum yang I olls dah try buat.  Memang sangat mudah dan senang.  Nanti aku nak cuba resepi lain and share dengan ampa dalam blog okay!  Tunggu.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com