Ini bukan artikel nak hentam peminat-peminat vape dan sewaktu dengannya. Ini aku nak cakap pasai orang-orang Malaysia yang takdak identiti and asyik nak ikut sahaja apa yang orang lain buat sampai last sekali jadi tahi.
Sekarang ni, vape menjadi trendy dan sapa yang isap vape dikira cool. Sebab produk tu agak mahal. Sapa ada duit mampulah. Yang sedihnya, sapa yang dah berhenti merokok elok-elok, boleh pulak isap vape sekarang? Baru-baru ni adalah posting dalam Siakap Keli tunjuk kegilaan orang ramai dengan benda alah ni sampai last sekali, ada yang sanggup beli vape secara bidaan sampai akhirnya dia end up beli dengan harga RM17 000!! Gila bapak. Bagi duit tu kat aku, aku boleh renovate dapur rumah aku.
Ini bukan satu-satunya kegilaan yang menjadi ikutan dan keobsesan rakyat Malaysia. Tak kira lelaki ataupun perempuan.
Sebelum vape, ampa teka apa yang menjadi ikutan? Sapa terror dia boleh ingat.
Yes, basikal. Huiish. Semua duk naik basikal. Pusing sana pusing sini. Join group sana, join group sini. Beli basikal sampai beribu riban. Last lani aku tengok dalam Facebook aku, dua tiga kerat sahaja yang masih aktif berbasikal. Yang lain-lain tu, apa kot jadi dengan depa punya basikal mahal nah?
Sebelum tu, gila camera. Semua orang gila camera. DSLR. Pi mana-mana bawak DSLR. Especially budak-budak muda. Jalan pi mana pun usung DSLR kat lehiaq. Dah la berat nak mampus tapi takpa, janji nampak style. Kegilaan DSLR juga membuatkan cameraman 'freelance' ni tumbuh mencanak-canak. Yang bengong buang masanya, depa bukan pi belajar pun cara nak pakai DLRS macam mana. nak setting, cari cahaya, angle dan gaya. Oh yes, masa kegilaan ini juga makin ramai pulak budak-budak perempuan cun yang tiba-tiba jadi model sambilan. Selalulah dijemput ke sana sini buat photoshoot. Harammm model apa dia. Hang bukan dapat duit pun bila duk posing depan depa tu semua. Baguihlah trend ni dah habis. Sebab cameraman yang tinggal semuanya adalah truly yang betul betul minat nak jadi photographer. Mutu kerja depa bagus. Aku pun dah tak dengar lagi kes-kes camera man yang amik payment tapi gambaq tak dapat.
Ini baru contoh kegilaan hobi.
Hal orang perempuan! Mai aku nak cakap pasai paling mudah, handbag. Zaman aku muda-mudi, semua orang gila Guess. Semua duk gila Guess. Sampai last sekali kat Batu Feringghi tu penuh dengan bag Guess tipu yang popular dengan buckle-buckle besar bertatah berlian. Lepas tu, semua orang duk gila pakai Coach. Semua duk taram nak beli benda tu. Tapi zaman Coach, pompuan-pompuan Malaysia dah mampu. Batu Feringghi dah tak layan, so depa dah mampu nak beli beg Coach original straight from butik. Tapi haram jadahnya, pasai Coach sahaja???????? Padahal duk ada banyak lagi jenama branded yang bagus-bagus kualitinya. And now what? Tekalah jenama apa lani yang semua orang nak pakai? HAHAHAH. MK. Go figure.
Mai aku nak cerita pulak pasai trend bercuti orang Malaysia. Sejak tahun 2008, aku rasa orang Malaysia ni kalau nak pi bercuti mana-mana semuanya style ikut trend! Aku ingat lagi pada awal 2008, semua orang gila nak pi Phuket or Krabi. Then semua orang duk gila nak pi sana. Pastu mai pulak trend nak pi London, semua orang pun nak pi London and Europe. Lepas tu orang gila nak pi Bandung, semua orang duk pi Bandung. Lani ampa tau dak orang gila nak pi mana? Yes, pandai pun...Isketambola, TURKI!
Ini adalah contoh simple yang aku nak tunjuk kat ampa. Tak tau la mungkin aku sorang yang perasan. Takdak masalah pun nak ikut trend apa sana sini ni. Tapi kita sebagai pengguna tak boleh la jadi bodo piang ikut sahaja apa orang buat, kita pun nak buat. Kita kenalah ada identiti. Bukan pulak kena ada identiti sampai terkejar-kejar nak ada keunikan tersendiri.
Macam kat Amerika, budak-budak muda lani depa style berlumba-lumba nak jadi unik. Apa sahaja mereka buat, pakai, muzik dan filem yang mereka dengar, kalau boleh depa akan cari yang orang lain tak pernah dengar, tau atau tengok. It could be benda-benda vintage, benda-benda lama dan sebagainya. Contohnya, kalau hang tanya "What is your favorite band?" and depa akan balaih "Ohhh its a band that u probably never listen to," and depa tak akan share apa nama band tu. Sebab kalau boleh depa tak mau orang lain pun tau pasai band tu.
Orang-orang ini American panggil sebagai hipster. Depa adalah sangat tegar dengan falsafah depa sampai last sekali, kalau contohnya band yang mereka suka tu menjadi popular (sebab ramai hipster duk follow band tu lani) depa akan stop sokong band tu. HAHAHA
Kat Malaysia, maksud Hipster adalah baju melayu ketat keluaran Zairy Zamri. Sekadar fesyen.
Kalau kita nak minat sesuatu benda, cubalah selidik kenapa dan mengapa? Mungkin ini boleh membantu untuk build karakter dan identiti kita. Orang yang mempunyai karakter dan identiti yang kuat (tidak semestinya yang terbaik atau lebih baik dari orang lain), adalah orang yang tidak mudah terpengaruh dengan benda-benda trendy yang mungkin boleh menyusahkan di masa hadapan.
Untuk membangunkan 'taste' yang baik, why not kita rajinkan diri untuk membaca majalah, akhbar dan menonton sesuatu yang bukan kebiasaan. Bila kita melancong dan berjalan-jalan, buka mata dan perhati apa yang berlaku sekeliling. Duk jadi macam katak dalam tempurung.
Aku rasa kalau kita ada amalan macam ni, secara tak langsung kita mempunyai fikiran yang lebih tajam. Bukan jenis nak ikut orang sahaja membabi buta tanpa fikir efek di masa hadapan. Pemikiran kritikal ini akan membuatkan kita jadi individu yang lebih peka kepada sekeliling, contohnya dalam meeting, bukan senang-senang kita nak kata YES kat pandangan dan idea yang dinyatakan. Kita mesti nak pikiak, pasaipa and kenapa? Baru kita boleh setuju.
Sekian sahaja!
ps/ Aku declare diri aku hipster juga sebab aku tak suka ikut trend orang. Memang dari dulu, kalau benda tu semua orang suka nak buat, aku tak akan buat!! Aku jadi rimaih secara semulajadi.
akhirnya jumpa juga orang yang sama taste....tak ikut trend.
ReplyDeleteakhirnya jumpa juga orang yang sama taste....tak ikut trend.
ReplyDelete