2.1.15

Ulasan Highlight Jumie Samsudin untuk Tahun 2014

Best ever picture taken with my husband on the Blue Lagoon Beach,  Pulau Perhentian.  #LoveKuatSampaiInfiniti #highlights2014


Hello u olls,


Setiap tahun kena buat review tahunan ni. Kena kira semua benda benda yang harus buat aku rasa terus bersyukur. Harap ampa sudi membaca perkongsian ini.  Petikan dari ulasan tahun lepas and i wanna requote tahun ini  "Bila buat senarai ni semua banyak-banyak, baru I sedari betapa banyaknya benda best yang jadi kat diri I olls selain benda benda tak best. Kita selalunya akan focus kat benda tak bestnya sahaja sampai kat benda best-best ni semua kita lupa. Itulah lumrah manusia."


click read more



Travel


Ampa tau kan I olls sangat suka travelling. Tak kisahla pi mana pun, janji suka jalan-jalan. And bila nak pi berjalan tu I olls bukan suka pi shopping ka apa ka, I olls suka pi tengok tempat-tempat bersejarah, tempat sempoi dan menyelami pengalaman berada di tempat tu. Walaupun tahun ini, I olls tidak pergi ke mana-mana pun ke luar negara, tapi tak mengapa, Insya Allah rezeki 2015 akan menjelma. Tak boleh cerita lani, takut tak jadi. Bila dah settle I will let u olls know.


Drunk in Love in Perhentian


Inilah kenangan percutian tahunan I olls dan suami yang amat meletops untuk tahun 2014. Memang menjadi impian pun nak sampai ke Perhentian ni. Alhamdulillah sampai juga. Walaupun ada pengalaman buruk juga iaitu suami I olls jadi tak sihat dan hampir lemas dan kena carut teruk sebab aku berani mati tayang gambar pakai sumingfu dalam Fesbuk tapi aku juga telah titipkan pengalaman dan tips untuk bercuti di Perhentian and artikel ini juga menjadi antara artikel yang paling tops dalam Google Search. Cayalah. Hope perkongsian ini banyak membantu ampa semua. Tips Kalau Nak Bercuti Di Pulau Perhentian


Lagi cerita pasai percutian di Perhentian  :  Drunk In Love di Perhentian


Road Trip to Ipoh and KL with Kak Edeh and Abang Manap


Percutian Road Trip yang meletops bersama mak dan bapak I olls. Kami ke KL sebab nak hadiri majlis perkahwinan anak menakan (Read here  :  Wedding Shafiq and Ain in Kuala Lumpur) tapi kami singgah di Ipoh untuk ziarah sepupu sepapat di sana. Cerita makan mee kicap  Mee Kicap, Jalan Dato' Onn Jaapar, Ipoh  And yes, aku ada feature pasai restoran sepupu I olls yang meletops. Ampa jangan lupa singgah na :  Kafe Rimbunan Serai, Jalan Ampang Baru, Ipoh


Jalan-jalan dengan Gusties


Who is Gusties? Depa-depa nilah anak Amerika yang menjadi anak ayam kesayangan aku dalam tempoh 4 bulan mereka di Malaysia dalam program Gustavus Academic Program "Semester in Malaysia : Living Diversity" program pertama seumpamanya dalam universiti awam Malaysia melibatkan universiti dari Amerika Syarikat. Bila dah join program depa memang macam-macamlah tempat yang I olls sempat lawati. Ampa boleh baca kat sini :


Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

Kuala Kangsar Field Trip with The Gusties

Melawat Nattukottai Chettiar Temple (Waterfall Temple), Penang


Kami :)


Berkopi di Melaka


Singgah di Melaka tak sampai 3 jam sebelum bertolak ke Penang selepas kami (team USM) menang pertandingan tarian di Universiti Nilai. Ive been in Melaka before but this is the first time aku tiba di Jonker Street. Pengalaman berkopi di Malaysia 13th States Coffee memang tidak dapat I olls lupakan.

Baca cerita jalan-jalan di Melaka  :  Santai di Melaka


True.  Journey are made with the people u travel with.


Melancong dalam Negeri Sendiri

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Sebelum ni aku merungut apabila negeri kesayangan ku Penang menjadi sesak setiap kali tiba musim percutian. Sebabnya semua orang duk mai bercuti kat sini. Tapi apa yang ada kat sini? HAHAHAH Lani aku baru tau sebenarnya kat Penang ada banyak tempat percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang harus I olls explore. I olls dah sempat buat beberapa aktiviti yang meletops seperti menaiki basikal di Georgetown sambil bergambar pada lukisan mural 3D dan berposing dengan Kak Eder di Interactive Museum Penang. Insya Allah by next year, ehk...this year, I olls nak pi melancong kat banyak lagi destinasi dalam Penang and cerita dalam blog I olls. Sekaligus mengupdate artikel tentang tempat-tempat best yang ampa semua patut buat bila melancong ke Penang. Artikel tu pun antara artikel top di blog I olls jugak.

Cerita ketika mengunjungi Interactive Museum Penang  :  Sesi Berposing bersama Kak Eder di Interactive Museum Penang


Performance

Tahun ini I olls berkesempatan untuk membuat beberapa persembahan teater. Yang bestnya tahun ini, I olls berkesempatan berlakon dengan pelawak terkenal tanah air and tahun ini jugak buat pertama kali I olls telah berjaya menulis sebuah skrip teater. Cayalah!! Tahun depan rasanya I olls nak kurangkan berlakon teater sebab nak sambung belajar. Insya Allah.


Yus Jambu in the house u olls!




Pengalaman Manis


Pengalaman manis yang I olls pilih untuk tahun 2014 adalah seperti berikut :)


Blog Jumie Samsudin


Alhamdulillah,  blog I olls sekarang makin mendapat ramai pembaca.  Siriesly I olls sangat happy.  Happy sebab peluang ini actually kalau dilihat secara positif adalah I olls boleh bantu ramai orang dengan menyampaikan mesej-mesej yang bagus dan betul.  Blog I olls bukan main copy paste yang tuan-tuan dan puan-puan.  Walaupun yes,  penulisan blog adalah tidak konsisten seperti yang dicarut oleh Mama Seth yang meletops iaitu Puan Nonie Suliaman namun kalau aku konsisten pun macam haram yang duk baca blog aku beribu sehari pun harap baca and stalk diam diam saja.  Ampa bukan reti nak komen.  Pastu,  harap aku post kat Facebook and Twitter sahaja apa yang aku publish hari ni.  If not ampa takdak mungkinnya nak bukak blog aku secara sendiri.  KEN!!!!  Takpalah,  apa pun thanks ampa semua.  Pembaca lama,  pembaca baru,  pembaca rajin komen seperti SYD dan pembaca yang haram tak pernah komen,  THANKS SANGAT SANGAT.  Apa pun,  yang penting,  Kak Senduk kata dia suka baca blog I olls.  Yebba!!!


Office yang Best

Sudah genap 1 tahun I olls di Pejabat Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM.  Secara keseluruhannya SAYA SANGAT HAPPY.  Banyak benda baru yang I olls belajar and paling best sekali kawan-kawan dan rakan pelajar yang jumpa I olls lani pun kata "Kak Jumie nampak lebih ceria kat sini.  Maybe tempat ini lebih sesuai untuk jiwa kak Jumie," Mana tak sesuainya u olls.  Asyik duk berjalan and buat macam-macam aktiviti.  Paling aku tak boleh lupa adalah menaiki rakit di Tasik Bukit Merah.  Gila horror noks tapi mak mampu lakukannya.  And of course,  apabila team USM menang no 1 di Nilai Universiti and team Tampung Bajau kami menang second place dalam persembahan kebudayaan di Hari Warga Staf. Back to back experience dalam tempoh 2 minggu.  Thank you to all my fabolous bosses and of course my kawan-kawan office baru.


Kulit Yang Cantek

Yes,  aku sangat happy sebab tahun 2014 ini I olls tidak mempunyai masalah kulit yang tidak senonoh.  I am so happy.  Bila kulit sihat,  no jerawat,  tidak berjerawat secara kilang minyak dan tidak kering,  maka senanglah nak tonyoh make up apa pun.  Muka i olls tak perlu make up banyak pun setiap hari.  So bila sekali sekala feeling make up tebai macam mana ka,  orang tiba-tiba tak kenal I.  Sebab yalah,  bila tenyeh make up lebih sikit ja orang dah ingat I models mana ka masok office.  Orang cantek pakai apa pun elok.  Sekian.  I am so happy!!


My First Barlian


Oh,  tahun ini I olls telah membeli dengan DUIT SENDIRI sepasang subang berlian yang sangatlah comels dan cantek.  Inilah berlian pertama dalam hidup I olls.  Sorry takdak gambar untuk ditayangkan sebab I olls simpan barang kemas I olls dalam safe box berdaftar ya (KERANA FOBIA DULU ORANG PECAH MASUK RUMAH AND CURI SEMUA BARANG EMAS I OLLS).  So,  I olls Google Search la gambak ni yang lebih kurang sama macam sepasang subang barlian yang I olls beli tu.  I never put in on my Facebook or blog,  sebab rasa macam poyos pulak duk tayang-tayang ni.  Lagipun,  barlian I olls bukanlah besak tera mana pun.  Tapi apa pun,  i olls sangat happy sebab akhirnya yes,  MAK ADA BARLIAN dah.



Pengalaman Pahit


Untuk balancekan hidup ni,  lepaih banyak yang manis-manis tu,  kena mai la jugak yang pahit pahit ni kan.


Himpunan Cerita Hantu USM diminta untuk dibuang dari blog JS


Kalau ampa perasan mula-mula I olls ada minta kawan-kawan share pengalaman cerita misteri dan seram di USM and terbitkan dalam blog I olls.  Tak sampai 2-3 penerbitan cerita ini,  kisahnya I olls dihubungi oleh seorang pegawai USM yang memohon jasa baik agar I olls membuang artikel berkenaan kerana cerita ini 'mencemarkan nama baik Universiti' dan I olls secara tidak langsung menyebabkan warga USM menjadi takut untuk berada di dalam kampus yang tercinta ini.  Sekiranya I olls tidak mahu bekerjasama,  depa kata depa terpaksa proceed untuk hubungi Timbalan Naib Canselor HEAA (yaitu Boss I olls) mengenai hal ini.

Tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi,  I olls mengambil keputusan untuk membuang semua artikel di blog I olls dan semua paparan mengenai kisah ini di status Facebook dan Twitter I olls jugak telah dihapuskan.  Lepas itu,  I olls telah mengambil inisiatif untuk menulis emel rasmi kepada ketua pusat tanggungjawab berkenaan memaklumkan bahawa artikel berkenaan telah dilupuskan dan memohon maaf atas perkara ini kerana seikhlasnya I olls langsung tidak ada niat untuk memburukkan nama Universiti sekadar berhibur dengan penceritaan yang I olls anggap hanya pengkisahan santai.

Alhamdulillah ketua pusat tanggungjawab berkenaan memberikan respon yang SANGAT POSITIF dan memberikan beberapa idea bernas agar I olls teruskan idea ini.  Insya Allah,  I olls akan sambung,  tapi Ive been wondering la........... "BERAPA RAMAI PROFESSORS DAN DOCTORS YANG DUK BACA BLOG I OLLS NI HARI HARI?  BANYAK NYA MASA DEPA NAK KEROBEK BLOG PICISAN AKU NI."


Dicarut MAKE UP ARTIST KL


Ini adalah cerita bangang bin bodoh lazoh.  I olls dah lama tidak terlibat dalam pergaduhan KEYBOARD yang bodoh dan bangang ini.  Tapi sekali sekala kena la pi korek-korek jubur orang kan,  sajala bagi berapi sana sini sikit.  HAHAHA.  Malaih nak cerita panjang,  ampa boleh baca cerita bodo bangang ni kat sini  :  Lyana Dee, Make Up Artist Pereng


MH17


Aku tak akan tambah banyak lagi cerita tentang pengalaman ini.  Semoga Allah rahmati jiwa jiwa yang terkorban dalam nahas ini.  Jemput baca sekali lagi,  kalau ampa sudi catatan dari saya  :  Rindu Awak Berjuta Juta Persen


What Ive Learnt?
Selepas tengok balik semua benda yang I olls dah lalui dan alami,  of course I olls telah belajar banyak benda baru dalam hidup ini UNTUK TAHUN INI.


Dunia Kamu Tidak Terhenti Kan?


Tidak ada satu jiwa pun di dunia ini selain jiwa u sendiri yang layak MENGHIDUPKAN atau MEMATIKAN perjalanan dunia u.  Pengajaran ini adalah satu noktah penting yang mengajar I olls untuk berhenti berharap pada manusia lain.  Berharap apa?  Berharap pada pengiktirafan.  Siapa yang berhak untuk bersama dengan U dalam hidup ini akan berusaha untuk kekalkan perhubungan itu dan siapa yang tidak berhak pastinya akan mensia-siakan perhubungan itu.  Dan kita?  Teruslah berniat baik dan tidak membuat haru pada siapa-siapa,  Insya Allah semuanya akan jadi okay.


Dont Let It Go Into Your System


Kita kena ada sistem hidup yang kuat.  Sistem ini dibina dari rangkaian nilai-nilai positif yang kita harus pegang berdasarkan ajaran agama dan budaya bangsa kita.  Bila kita dah bina sistem yang kuat ini,  pastinya kita maintan agar sistem ini jadi kuat.  And when ever kita rasa down dan tak betul,  sebenarnya anasir negatif sedang masuk dalam sistem hidup u.  Contohnya,  I olls tidak apa niat buruk selain perkongsian dalam kisah Rindu Awak Berjuta Juta Persen tapi akhirnya aku jugak yang dihimpit tohmahan dan komen yang menyatakan bahawa I olls hanya nak tumpang glamour atas tragedi yang berlaku kepada sahabat baik I olls sendiri.  Thanks to Asmaa Aljuned sekali lagi,  dia yang pesan kat I olls banyak kali "Jumie.  Aku tak pernah anggap hang macam tu.  Hang tau pasai pa.  And aku tau pasaipa.  So dont ever let it go into your system,"


Kau ada?


Bila kita 'tak ada', Tuhan duga kita.
Bila kita 'ada', pun Tuhan duga kita.
Oleh itu kena hargai semua nikmat 'ada' dan 'tak ada' ni.
Kalau dulu pernah rasa 'tak ada', janganlah jadi bongkak sangat bila sudah 'ada'. Nak balas dendam kat sapa sangat aih??
Kepada yang 'tak ada' lagi tu, harus rasa bersyukur sangat sebab dalam keadaan inilah kita akan betul-betul hargai hidup.
Sebab depa yang selalu 'ada' dan tak pernah rasa 'tak ada' takkan faham apa yang kita rasa.
Akhir kata, kau 'ada'?


Its Okay Allah Ada


Mama Regina kata kat I olls "Sebab kita orang Melayu,  kita orang Islam,  semuanya jadi mudah Jumie.  At the end of the day,  kita serah semua pada dia yang maha Esa and everything is going to be okay,"  Serahkan semuanya pada yang Maha Esa kerana at the end of the day kalau u serahkan semua pada Allah,  everything is going to be OKAY.  Keterbukaan hati, jiwa dan minda untuk membenarkan kita menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa,  untuk mengakui kesalahan diri,  untuk terima kelemahan diri,  untuk belajar dari kesilapan dengan hati yang terbuka,  untuk bersyukur seikhlasnya bukan satu yang mudah malah keterbukaan ini bagi I olls adalah satu tahap kematangan yang amat tinggi.


Berhenti Merungut


Ini adalah pengajaran yang I olls pelajari dari menonton cerita The Devil Wears Prada.  Walaupun filem ini bukan filem baru,  tapi baru baru ini I olls tonton filem ini berulang kali di Astro and kebetulan ada beberapa event dalam hidup I olls yang sesuai dengan kata kata ini.  Yes,  sedar atau tidak,  kita suka merungut dan komplen.  Apa sahaja kesusahan yang kita lalui dalam hidup kita tempis dengan pelbagai alasan dan paling sedih kita tunding jari pada orang sekeliling.

Padahal diri sendiri tidak mahu berusaha untuk berubah.  Pengalaman ini amat menyedihkan tapi menjadi iktibar untuk I olls dan rakan-rakan.  Sapa yang tak mau berubah?  Mampuih pi la kat hang.  Sampai bila pun hang akan duduk macam tu ja la.


Azam 2015


Kalau tengok kepada azam I olls pada tahun 2015 kebanyakkan or i can say ALL OF IT adalah pencapaian fizikal.  Nak sambung belajar,  nak beli kereta baru,  nak beli rumah.   BLA BLA BLA. Not for this year.  Bukan untuk tahun ini.  Bagi I olls pencapaian dan azam  untuk tahun ini seharusnya seimbang secara fizikal dan spiritual.  Not only nak sambung belajar,  pi melancong,  bla bla bla.  I olls ingin seimbangkan pencapaian tahun ini dengan pencapaian ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bukan boleh dapat dalam segulung ijazah.  Apa guna ada degree dan sambung master bagai tapi nak tulis sepucuk surat rasmi pun terkial-kial?  I olls nak penuhi jiwa dengan ilmu-ilmu jiwa yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.  Ya Allah harap doa aku ini termakbul.


Ucapan Untuk Semua


Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam produk hidup saya bagi tahun 2014.  Yang menyusahkan,  yang menyenangkan,  yang memudahkan,  yang menyukarkan,  aku tak kisah.  Semua itu membentukkan siapa aku hari ini.  Ya Allah ampa tak tau betapa aku bersyukur pada setiap pengalaman yang ampa bagi kat aku tahun ini.  To all my anak-anak ayam JS,  ampa tau ampa sapa,  thank you so much for always being there for me.

Love u olls semua,

Jumie Samsudin

5 comments:

  1. Kak Jumie~~!!! selamat 2015!! Ya Allah, terharu nama i di tulis besar caps lock gitu..ehehehehe..betul2..i like this review..must balnace the good and the bad, the good makes us bersyukur, the bad make us learn from experience giteww..I will forever drop a comment dalam blog akak nie~

    dengan kesempatan ini juga, mari kita sama-sama doa 2015 akan memberi lebih banyak pengajaran kepada kita and berdoa agar Allah tabah and kuatkan hati kami dan mereka-meraka yang di landa musibah..amin~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. siriesly kalau boleh bagi anugerah aku bagi kat hang dulu. Thank you to you for always commenting walaupn hang sorang ja duk komen kadang kadang and aku tak balaih pun. Takpalah....depa lain semua pakat nak baca ja jadi stalker tegar. Nak buat macam mana kan? HAHAHAH

      Delete
  2. hahahaha~! dengan sehumble abes, saya menerima anugerah itu! hehehehe..sama2..I like commenting sebab bila saya comment, saya akan mengacknowledge penulisan akak, and akak juga akan di rasa acknowledge..tak mau baca senyap-senyap, kita kene hargai penulis yang kita dok baca penulisannya..hehehehe..

    i'll stand by your side forever and everrrrr~~~

    ReplyDelete
  3. Baru terjumpa blog Jumie. You are such a positive and mature person and a young one too...teruskan berkarya!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com