1.1.15

Selamat Tinggal 2014

Hello semua,

Salam 2015.  Habislah sudah tahun 2014.  Susah dan tak berapa ada mood untuk aku buat tulisan ini.  Tahun 2014 bermula dengan harapan dan doa yang begitu tinggi,  tapi perlahan-lahan kita diduga dengan pelbagai berita dan kisah menyedihkan.  Sebagai rakyat Malaysia,  semestinya perasaan ini merengkam dan mengganggu jiwa jiwa kita.

Masa hari raya Krismas,  aku terputus talian internet.  Celaka nakharam punya Celcom,  langsung tak dapat connection.  Berapa hari aku menjadi bangang di rumah.  Nak update blog apa pun tak boleh.  Sekali sekali dapatlah connection internet yang membenarkan aku menerima beberapa mesej ringkas dalam Wassap yang memanjangkan kisah sedih saudara kita di Kelantan dan beberapa kawasan lagi di Pantai Timur.  Ya Allah,  aku jadi hiba bila dapat tahu ada rumah sahabat aku yang hapus ditenggelami air banjir.  Ada juga rakan-rakan yang bercerita dalam Wassap group mengatakan mereka terputus hubungan dengan sanak saudara dan ibu bapa di kampung.  

Perlukah lagi aku pertikaikan berita yang disampaikan dalam media sosial?  Aku rasa dalam situasi ini,  bukanlah masa yang terbaik untuk kita pertikaikan kisah-kisah yang dipanjangkan dalam media sosial.  Perasaan marah mula menyelubungi diri.  Takkan sampai terputus langsung kaedah perhubungan dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.  Terlalu daif ke negara kita sampai tidak langsung mempunyai alatan yang termaju untuk handle keadaan alam yang berlaku kepada negeri-negeri ini setiap tahun.  

Emosi aku memang tinggi.  Mood jadi down.  Sebab aku rasa macam shit apa pun aku tak dapat nak buat.  Ada yang mesej aku panjangkan nombor nombor akan teman-teman yang menjadi mangsa banjir.  Seperti biasa depa nak aku tolong panjangkan mesej ini dalam media sosial.  Tapi malangnya aku sendiri terputus hubungan internet.

Tapi dalam keadaan itu,  aku masih mampu bersujud pada sejadah yang aman dan damai.  Kaki sejuk aku masih mampu berlapik selipar menuju ke bilik tidur yang sedia kemas dan nyaman.  Ya,  lepas solat aku masih boleh tidur dan berehat nyenyak di musim cuti ini.  Tapi depa semua macam mana?

Perasaan ini menyesakkan jiwa aku.  Siriesly aku tak tau pasaipa.  Aku rasa aku kena pi jumpa pakar psikologi.  Rasa macam bengong sebab tak pasai-pasai aku yang jadi marah dan buntu sebab aku rasa aku yang pikul semua tanggungjawab ini.

Kepada teman-teman yang terlibat dalam tragedi ini,  aku kirimkan doa untuk ampa.  Bertabahlah.  Apa yang Allah hantar ini jangan anggap sebagai suatu yang negatif tapi anggaplah ini sebagai satu peluang,  peluang untuk kita terus berdoa dan ingat pada Dia dan peluang kepada kita untuk mulakan sesuatu yang baru dan baik.  

Kepada teman-teman yang dalam keadaan selamat hari ini,  syukur buat Allah.  Tapi janganlah lupa untuk panjangkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan.  Insya Allah.  Seringgit di dunia mungkin kecil.

Selamat tinggal 2014.  Welcome 2015.

Salam sayang,

Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com