11.12.14

Sesi Berposing bersama Kak Eder di Interactive Museum Penang

Hello u olls, hari ini I olls mengambil cuti rehat. Sebab ada urusan yang telah dirancang (nanti I olls akan cerita dalam blog juga okay). I olls pun memang nak perabih cuti tahunan kalau dak nak kena foward setakat sehari dua macam takdak apa sangat. Oleh itu, secara otak seminit, I olls pun berkata kepada mak I olls iaitu Kak Eder untuk mengajak beliau melawat Interactive Museum Penang atau lebih dikenali sebagai Muzium 3D. Mak I olls memang super cool and sangat selamber gila. Walaupun tidak membuat sebarang planning, dia kira nak JOIN SAHAJA! Steady Kak Eder.

Muzium ini adalah sebuah muzium interaktif yang mempunyai banyak gambar-gambar 3D yang memaparkan keunikan negeri Pulau Pinang di mana pengunjung boleh bergambar dengan membuat gaya meletops pada gambar 3 D itu. Hasilnya, kelakar tapi fun!!

Setelah penat berposing,  kami pun lepak minum kopi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang,  Encik Lim Guan Eng.



click read more




Alamat :   No.3 Pengkalan Weld,  10300 George Town,  Malaysia



Waktu operasi  :  9 pagi hingga 6 petang (DIBUKA SETIAP HARI)

Laman web  :  http://www.madeinpenang.my/

Facebook  :  https://www.facebook.com/MadeInPenang

Bayaran masuk ke muzium ini adalah RM30 untuk pelancong asing. RM15 untuk rakyat Malaysia (kena tunjuk MyCard) and untuk warga emas macam mak I olls hanya RM10 sahaja. Umur mak I olls adalah 61 tahun. Kerlas tak beliau?



Lukisan di luar Muzium yang menunjukkan efek 3D.  
Siriesly, ampa kalau mai Penang, ampa kena mai bawak anak-anak ampa semua mai sini. Here are the tips yang I olls nak bagitau kat ampa kalau ampa nak mai sini :


  • Definitely ampa kena mai secara berkumpulan. Paling best dua orang. Tapi kalau tiga orang ke atas lagi best. Sebab lagi macam-macam gaya yang ampa boleh buat masa bergambar. Kalau ampa mai sorang, sangat pelik!!!  MONOPOD TIDAK SESUAI UNTUK SESI INI.
  • Be spontaneous, creative and mampuih pi kat orang yang duk tengok ampa posing. Tengok macam mak I olls, walaupun ramai budak sekolah masa tu kat galeri, tapi dia nak heran apa, dia pi posing style relaks sahaja. Ada gambar 3D yang mengkehendakkan u olls berbaring dan sebagainya. JUST DO IT. Budak budak kecik tu pun lepas tu tiru mak I olls punya posing. Kalau ampa masuk muzium ni, duk posing macam lagu Negaraku sahaja, baik ampa pi amik gambar kat Padang Kota saja.
  • Kat setiap gambar, ada cerita dan gambar contoh posing. Itulah yang mak I olls buat sebelum beliau pergi buat pose.
  • Bawak camera yang cun. Tak semestinya DSLR. Camera phone yang mempunyai pixel yang besar sudah memadai.
  • Jadilah pengunjung yang berhemah dan beradap. Jangan suka-suka hati potong line bila nak bergambar dan elakkan mengganggu positioning orang lain yang sedang bergambar.


Okay jom tengok gambar I olls dan mak I olls.

 Dua dimensi.  Jumie dan Kak Eder.  Dua dunia.  *macam-manalah wanita penuh kelembutan macam mak I olls ini boleh melahirkan wanita gergasi macam I.


Dainesoooooooooooorrrrrrrrrrrrrr jangan makan aku!!!



Mengait buah pinang.  Sangat suka gambar ni.  Buah pinang yang jatuh tu nampak sangat timbul.


Ini pose paling susah sekali.  Kena stay in character lebih kurang dua minit sementara mak I olls sedang figure out macam mana nak picit butang untuk capture gambar ini dan orang ramai terdiri daripada pelajar sekolah rendah sedang melihat kelakuan aku.  Sampai monyet tu pun terkejut tengok aku.


 Udang yang sangat besiak.  Panaih nak pegang.


 Mak I olls lapak so dia telah menghirup semua mee dalam mangkuk ini.  HAHAHA


 Serving fruits to the king of fruits.  DURIAN!!


 
 Aku harap mak aku tidak dihalau oleh ketua kampung selepas beliau melihat gambar ini.  HAHAHA yalah,  mak aku orang kuat BN and UMNO kat kampung.  Amik gambar dengan orang kuat DAP.  Takpaaa bosss....kita minum minum kopi sahaja.  RESPEK!




 Mak saya sedang membubuh inai kat seorang ponu. (Ponu ialah pengantin perempuan).


 Kau mampu angkat guni macam ni?

 Ahpek....mau pi Kontohol.  Dua ringgit!!

 Mak I olls sedang memberi arahan kepada orang kampung untuk memindah rumah.

Kak Eder sedang memekap pelakon opera Cina.   


"Pambeeee....pambeeee...." jerit Kak Eder.



 Kak Eder sedang menghalau kura-kura yang cuba memakan kangkung di dapurnya.




Memang best sebab dapat meluangkan bersama mak I olls.  Beliau sangat suka berkepit dengan boifrennya,  bapak I olls,  so sekali sekali dapat culik beliau dan keluar berdua as single ladies memang best sekali.  Cuaca Penang amat panas tapi tak mengapa.  Hope dapat keluar dengan mak macam ni lagi.  :)




Ps/ Dah makin banyak aktiviti pelancongan di Penang yang terbaru dan lebih best. Nanti I olls akan buat updated artikel “Tempat Best di Penang by Jumie Samsudin

3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com