16.12.14

Hati Perempuanku Hanya Untuk Perempuan

Sumber gambar  : www.forwallpaper.com


Salam Kak Jumie,


Kak Jumie pekabo? Harap sihat walafiat dan ceria selalu.


Saya ada 1 masalah yang bagi saya sangat berat untuk saya tanggung dan saya memerlukan nasihat dari akak. Saya merupakan seorang anak gadis yang di besarkan dalam keluarga yang biasa seperti orang lain dan diberi didikan agama yang baik dari orang tua.


Ketika umur saya mencecah 22 tahun saya merasakan ada suatu yang tak kena pada diri saya iaitu saya lebih tertarik pada kaum sejenis. Saya cuba abaikan namun makin lama perasaan ni seolah-olah cuba membunuh saya dari dalam.


Keluarga saya pulak biasalah, sibuk bertanya pasal dah ada boyfriend ke belum? Mak nak sangat timang cucu sulung. Nak aje saya menjerit bagi tau keadaan sebenar. Saya rasa macam dah takde sapa-sapa dalam hidup saya untuk berkongsi masalah saya sebab kesemua diorang hanya tahu judge tapi tak tahu menilai.


Pernah bebrapa kali saya terfikirkan suicide. Astagfirullah, semoga dijauhkan dari saya. Ada orang kata suicide tu sebab bacul nak hadapi masalah sendiri. Tapi kadang-kadang orang suicide bukan nak lari dari masalah tapi nak kesakitan itu lenyap.


Saya tak cuba untuk berbincang dengan keluarga kerana saya tahu mereka conservative dan bukanlah senang untuk saya mengakui keadaan ini. Sekarang umur saya sudah memasuki 30 dan saya dah tak boleh sembunyikan lagi perasaan.


Saya ada lah bagi-bagi hint pada family kekonon bertanya pasal LGBTQ ni, tapi jawapan mereka sangat menakutkan. Saya ada confess dengan few friends yang rapat dengan saya, namun mereka seolah-olah mengatakan ini cuma fasa dalam hidup saya, nanti tiba masanya boleh la ubat apa yang saya alami ni.


Hello korang ingat aku bangun memalam tadah tangan dekat Tuhan mintak aku jadi lesbian pagi esok? Lesbian ni penyakit? Ko ingat kurap ke apa ni? Saya pernah cuba nak jadi straight tapi memang tak boleh. Bagilah gambo jantan sesegak mana pun, bagilah gambo jantan bogel sekalipun, nafsu tertarik memang tak de langsung.


Tapi kalo gambo gadis-gadis, haa tudia nafsu lain macam betul. Dup dap dup dap hati gitu. Bab-bab mimpi-mimpi tu toksah tanya la, dah banyak kali saya alami.

Apa yang saya perlu buat Kak Jumie ? Adakah saya perlu stay saja dalam lemari dan berpura-pura normal macam orang lain? Atau perlukah saya keluar dari lemari tersebut dan mencanang pada 1 donia seperti mana Ellen Degeneres buat walaupn saya tahu saya bakal dihencap? Dan kenapa saya? Saya tak mampu lagi nak hadap masalah ni sorang-sorang. Jika saya mati, saya nak semua yang mengenali saya tahu siapa saya sebenarnya.


Thanks Kak Jumie sebab sudi membaca email saya.

Princess Charming




click read more



Wasalam u olls,



Alhamdulillah, akak sihat. Hidup biasa-biasa sahaja tapi bersyukur sebab penuh dengan kasih sayang. Thanks sebab hang sudi emel kat akak. Sorry juga akak amik masa yang sedikit lama untuk membalas emel hang.



First of all, tahniah kepada u olls sebab berjaya memberanikan diri untuk hubungi akak dan at least luahkan apa yang u olls rasa selama ini. Bukan senang kan nak come out like this? Ingatlah, Allah tak akan uji hambanya yang lemah. Dia hanya akan uji mereka yang betul-betul kuat. Bertuahnya kamu sebab kamu adalah insan yang terpilih untuk mendapat ujian sehabat ini.



Alhamdulillah juga sebab u olls masih mau teruskan hidup. Suicidal thoughts memang mengerikan. Sapa yang pernah lalui fasa itu sahaja yang faham. Akak harap satu sahaja, next time hang rasa macam tu lagi, please call Befrienders di talian atau laman web depa



BEFRIENDERS MALAYSIA
Call us at 03-79568144 or 03-79568145
E-mail us at sam@befrienders.org.my

Address:
95 Jalan Templer
46000, Petaling Jaya
Malaysia
http://www.befrienders.org.my/



Mungkin hang skeptikel untuk call line pertolongan macam ni, tapi atleast hang ada tempat nak luah hati hang dan yang paling penting depa yang cakap phone hang bukan Kak Senah sebelah rumah yang hanya pikiak nak korek cerita dalam kain hang, depa yang jawab phone hang ni semua adalah terlatih dan profesional.



Perasaan itu (suicidal) memang mengerikan. Kita rasa takut, geram, marah pada diri sendiri, marah pada Tuhan dan macam-macam lagi perasaan gila yang orang-yang-tidak-pernah-lalui-perasaan-ini tidak akan faham. Rasa macam kita sahaja kat dunia ini yang duk rasa macam ni and takdak sapa pun yang boleh tolong kita.



Hakikatnya, bumi Allah ni sangat luas. Hang bukan bersendirian. Apa yang hang rasai ini sebenarnya dirasai oleh 32098434 orang yang sama macam hang di luar sana. Cumanya, ampa pilih untuk simpan sorang dalam hati and merengkam seorang-seorang. Bayangkan kalau hati hati ampa semua disatukan, mesti ampa semua akan jadi kuat dan ada semangat untuk terus hidup. Aku doa, satu hari hang jumpa hati yang faham apa yang hang lalui. Fitrah manusia memang kena berpasangan dan berteman, harap peneman hang nanti bukan ada bersama hang susah dan senang.



Tapi mencari teman hidup bukanlah satu-satunya tujuan utama hidup di bumi Allah ini. Ada banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang kita kena pikul sebagai khalifah di bumi Allah ini.



Aku cakap kat hang ni secara Ustazah Bahiyah dah, ni mai aku nak cakap style JUMIE SAMSUDIN.



Apa yang akak nak kata adalah, hang toksahlah duk pening dan serabotkan kepala dengan pilihan seksualiti hang ni.



Awat hang jadi raplah sebab hang duk rasa tak normal sebab hang perempuan, tapi hang hanya terangsang bila tengok perempuan lain? Awat hang rasa diri hang tak normal sebab bila tengok jantan elok hang tak stim langsung?



Mai sini aku nak bagitau kat hang, 34907437 perempuan kat dunia ini, perempuan straight, tapi rasa stim bila tengok perempuan lain telanjang? Hang tau dak kat dunia ini juga ada 34876436 orang yang terangsang nafsu seksual apabila tengok pokok atau objek tidak hidup yang lain? Tu normal ka?



Definasi seksual normal ini hanya dicipta oleh orang-orang sempurna yang tidak akan pernah dan akan mengerti.



Asas carutan aku adalah, persetankan pilihan seksual hang? Itu semua tolak tepi. Lani...hang cari fokus lain dalam hidup.



Ada banyak lagi benda yang hang boleh isi dalam hidup hang selain pilihan seksualiti. Letakkan target dalam hidup, buat list of impian hidup, rancang projek kemanusiaan, hobi atau apa-apa sahaja aktiviti yang boleh memberikan kepuasan hidup. Penuhi hidup hang dengan pelbagai warna. Maybe mak bapak hang duk sibuk tanya cucu sebab depa tengok hidup hang macam takdak apa kot, so depa nak pikiak la nak suruh hang kawen! Cuba kalau hang sibuk join PUTERI UMNO ka apa ka (Contoh hahahah) mesti mak hang akan kata “Dia tu nak kawen apa dia...duk sibuk bersidang dengan Dr. Mashitah sahaja,” giccuuuu.



Nasihat ini akak bagi kat hang bukan sebab hang lesbian, nasihat ini akak dah banyak kali kongsi dan bagi kat dalam blog akak. Untuk straight, untuk gay untuk semua.



Kita ni manusia terlalu sibuk nak pi cari maksud hidup teruk-teruk, tapi kita lupa, kadang-kadang bila kita tolong mudahkan hidup orang lain, kat situ kita akan jumpa apa purpose kita kat dunia ini dan di situ kita jumpa maksud hidup kita.



Baru-baru ni akak jumpa kawan akak, dia duk frust sebab dah habis degree, tapi kerja tak dapat yang tetap dan sesuai dengan kelulusannya. Pi kerja kebun buah, pi jadi pembuat senwic. Hang ingat dia tak down ka? Family duk kutuk. Kawan-kawan pula lain pulak dah bekerja tetap, ada kereta dan nak kawen. Dia?



Dia ada duit RM50 sahaja. Hang tau apa dia buat? Dia pi kedai mamak, order roti canai 30 bijik. Buat 15 bungkus. 1 bungkus ada 2 bijik roti canai. Pastu dia jalan kaki satu Georgetown and pi bagi roti canai kat orang-orang homeless.



Balik buat kerja tu, dia mai jumpa akak. Dia bagitau apa dia buat. Akak yang tengah melantak nasi dalca pun berkata “Lepas hang buat benda tu apa hang rasa?”

”Aku rasa ringan kepala otak. Selama ni aku tak pernah bersyukur pun,” kata kawan I olls tu.



So kesimpulan untuk hang yang akak sayangi, hidup hang tak FUCK UP hanya sebab hang suka kat secangkir puki. Hidup hang akan FUCK UP kalau hang sendiri yang tak tau nak isi hidup hang dengan warna-warna indah. Dah nak masuk 2015 kan? Pi keluak, beli diari kosong, and buat senarai TARGET DAN IMPIAN 2015! Penuhi list dengan benda benda positif, pi belajar menari ballet ka, pi amik kursus menguruskan jenazah ka, pi daki gunung-gunung di Indonesia ka, apa sahaja lah!! Tapi hang janganla duk ikut cadangan ekstrem akak. Kalau akak, akak nak bagi paling simple hang kat hang. PI BERCUTI :)



Dengan niat baik, insya Allah Tuhan akan mudahkan urusan hang selagi hang tak mengharukan hidup orang lain.

Peluk hang kuat kuat,

ps/  Akak suka Ellen Degeneres punya tag line "Be kind to one another"

Jumie Samsudin

3 comments:

  1. it was like a wake up call..tq so muchh

    ReplyDelete
  2. lega baca ampa punya komen kakak jumie..
    seqabut alam hilang macam tu ja....
    hahaha....

    ReplyDelete
  3. mari bahagiakan diri sendiri..lets be more positive..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com