5.11.14

Bila Rozita Che Wan Beranak

Siriesly aku sangat rimaihla duk baca komen-komen orang yang tak habis-habis duk kutuk macam-macam pasai Rozita Che Wan,  daripada dia kawen lagi sekali dengan Zain Saidin,  dia pi honeymoon,  dia mengandung sampai lani dia beranak.  

Kutukan yang bertubi-tubi daripada rakyat Meleis benar-benar menunjukkan betapa ampa semua yang duk mengutuk dia tak pasai-pasai ni semua adalah sangat cetek otak and kosongnya jiwa ampa.  Rezeki,  untung nasib sendiri dapat sendiri makan la.  Kalau dia dapat lebih awat ampa nak pi kutuk dia over-over.  Fenomena ini juga menunjukkan betapa rakyat Meleis secara tidak langsung amat obses dengan dunia artist.  Apa sahaja artist nak buat,  ampa kelumit sampai depa mampuih lah.

I olls sejak dulu memang always adore marhayam besar ini.  Rozita Che Wan dari dulu memang always been true to herself.  Aku suka cara dia present diri dia,  always full make up and kemas.  Bersiap habis.  And bila dia beri temuramah dengan pihak wartawan.  DIA TAK FAKE DAN CUBA BAGI JAWAPAN PROPA.  Dia selalu akan bagi jawapan yang straight forward yang hang suka atau tak memang amat praktikal untuk diri dia.

Contohnya,  hal bulu mata.  Dia memang mengaku bulu mata dia pakai tu adalah bulu mata pelasu.  Dia tak pernah pun kata,  INI BULU MATA SEMULA JADI I.  SEJAK LAHIR BULU MATA I BANYAK SEKELEPOK LAGU NI.

Lagi satu,  pasai dia kawen dengan Zain,  ramai mengata dia kawen dengan lelaki muda.  Dia jawab seketoi,  dia kata "Memang i nak pilih kawen dengan anak teruna.  Senang.  Kalau i kawen dengan laki orang ka,  susah,  macam-macam lagi benda nak kena pikiak,"  Jawapan dia relaks sahaja.

And now,  bila dia beranak meletops cantek berseri.  Pun orang nak mengata dia.  I post satu ayat rekaan dalam facebook I olls.  Nenjia 200++ orang duk like.


click read more



"Kami touch up la sikit muka kami sebelum masuk labour room. Boh la bulu mata apa semua. Satgi habih selesai semua. Ceq pose ja dah meletops. Ceq tighu Beyonce la...depa dulu nak beghanak Blue siap gulung rambut bubuh net semua. Bila dah habih beghanak pun buka rambut tehguih jadi kepok-kepok," kata Che Ta. Habih lepaih ni jenuhlah ramai ibu-ibu yang akan tempah make up artist untuk sesi make up dalam labour room. Make up artist pun boleh buat pakej inovasi, make up + urutan post bersalin katanya.
"Kami tak kisah ampa nak tiru kami. Tapi nak make up lagu mana pun, yang penting sekali bila nak beghanak...doa and selawat tu tu janganlah lupa," kata Che Ta sambil pose manja di depan wartawan.
Tahniah untuk Che Ta and Zain.
#ceritarekaan #trendberanak2015 #chetameletops

Bila i buat posting ni kat Facebook I olls,  i tak kutuk dia.  I actually cuba bagi satu gambaran jelas apakah cara Rozita Che Wan menjawab soalan-soalan cepumas wartawan.  Im sure Che Ta kalau menjawab lebih kurang lagu tu lah.  Dia akan jawab benda betul dan tidak cuba berselindung dengan cerita rekaan seperti "Kami makan banyak pucuk dan ulam ulaman kampung masa mengandung,"  tu semua propa nyah.

Sebenarnya posting ni I dah draft masa malam Sabtu masa Che Ta dah selamat beranak,  tapi sebab sibuk,  I olls simpan draft ayat ini.  Tapi tak lama lepas tu,  keluar wawancara memang Che Ta mengaku dia make up before masuk labour room.

I sangat sembah ratu 44 step zapin kepada marhayam Alor Staq ni.  Semoga u olls dan keluarga terus dilimpahi pelbagai rahmah daripada Allah SWT selepas ini.  Dengan tambahan orang orang duk mengutuk u tak pasai pasai tanpa henti,  i olls harap pahala u olls semakin bertambah.

Sekian!

1 comment:

  1. wuisshh bangga cek sekampung dgn dia kekekekeke
    meh baca blog I pulak http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com