12.8.14

Warna Oren Adalah Lebih Meletop Dari Warna Hitam

Aku kenal seorang wanita nama dia Crystal.  Dia sudah berkahwin.  Suami dia bernama Marcus.  Bersama,  depa ada seorang anak lelaki bernama Micheal.  Anak depa sekarang sudah besar.  Lebih kurang 8-10 tahun.  So i guess perkahwinan Crystal dan Marcus pun lebih kurang begitu juga usianya.

Aku tak tau Crystal kerja sebagai apa.  Tapi maybe kerja ofis-ofis nila.  8-5 kinda stuff.  Marcus pula bekerja sebagai ahli bomba.  Aku tengok depa tiga orang ni memang sangat bahagia.  And hubungan antara Crystal dan Marcus pun memang sangat intim.  Kadang-kadang tengok depa ni macam kawan baik pulak.  Depa memang rapat.

Nak dijadikan cerita,  sebenarnya Crystal memang amat kenal siapa suami dia.  Suami dia,  seorang lelaki yang amat dia cintai sebenarnya telah lama mempunyai keinginan untuk menjadi seorang wanita.  Jangan kita hukum apa jenis hubungan yang mereka ada.  Marcus tidak bermain kayu tiga.  Dia cuma ingin menjadi seorang wanita.  Dia rasa,  dia seorang wanita yang trap dalam tubuh badan seorang lelaki.



Click read more



Jangan kita persoalkan juga apakah status perhubungan dia dan Crystal.  Dia masih sayangkan Crystal dan kote dia tetap automatik jadi keras setiap kali depa bersentuhan dan berciuman sebagai suami isteri.  Marcus tidak pernah mengecewakan permintaan Crystal.

Crystal tidak pernah menghalang Marcus untuk menyukai pakaian dan fesyen wanita.  Crystal ajar Marcus cara untuk berdandan,  make up dan berpakaian.  Crystal juga membantu Marcus untuk shopping baju baju wanita.  Dan ada kalanya bila di rumah,  mereka bersama main 'fesyen-fesyen',  try-try baju dan bermekap.  Macam budak perempuan lain suka buat bila bersama.

Namun,  keinginan untuk menjadi wanita ini,  Crystal ingatkan hanyalah sebagai satu permintaan suaminya yang cross-dresser.  Satu hari Crystal terkejut sebab Marcus menyuarakan yang dia ingin menjalankan sexual-reassignment-surgery.

"Hang betul ka nak buat macam ni?"

"Betul sayang...abang nak buat.  Abang dah pikir betul betul dah,"

"Abang dah ada duit ka?"

"Jangan soal bab duit.  Abang dah buat simpanan abang.  Abang tak kacau duit simpanan kita.  Abang tak akan kacau duit untuk Micheal,"

"Abang...sayang ingat selama ni abang just suka suka pakai baju perempuan sahaja.  Sayang tak kisah abang nak drag macam mana pun,  tapi boleh tak...jangan 'buang' tu.  Untuk sayang...please,"

"Sayang...abang tak boleh.  Abang nak buat jugak apa yang abang nak buat.  Its okay.  U dont have to wait for me,"  kata Marcus sampai mengucup bibir isterinya.  Siapa yang boleh faham perasaan Crystal sekarang?  Tidak ada siapa pun yang boleh faham.  Suami dia bukan tinggalkan dia untuk perempuan lain,  bukan tinggal dia untuk lelaki lain,  tapi suami dia minta dia ditinggalkan kerana suami dia ingin menjadi seorang wanita.

Dipendekkan cerita,  akhirnya Marcus telah menjalani SRS.  Dia kini telah sepenuhnya menjadi seorang wanita.  Nama baru dia ialah Sophia.  Hubungan mereka suami isteri tetap bahagia seperti dahulu.  Mereka masih tinggal sebumbung.  Sophia minta Crystal untuk teruskan hidup dan buka pintu untuk lelaki lain.  Tapi bukan satu perkara yang mudah untuk Crystal.  Cinta tak semestinya boleh dipuaskan dengan nafsu.

Tapi yang menyukarkan kehidupan mereka sekarang ialah Micheal.  Micheal mengasingkan diri dan tidak mahu bercakap dengan ayahnya,  Sophia.  Sebenarnya,  Micheal malu.  Malu kerana bapanya sekarang ialah seorang wanita bertumit tinggi.  Macam-macam cara yang Sophia lakukan untuk menarik perhatian Micheal tapi semuanya tidak memberikan respon yang positif.

Hinggalah suatu hari,  dua buah kereta polis berhenti di halaman rumah mereka.  Kebetulan,  Sophia,  Crystal dan Micheal berada di rumah ketika itu.  Apabila pihak Crystal menjawab pintu rumah mereka pihak polis bersuara,  mereka menyatakan yang mereka datang untuk menangkap Sophia Burset kerana jenayah penipuan kad kredit.  Sophia diheret ke mahkamah dan dia dijatuhi hukuman penjara untuk beberapa tahun atas kesalahannya menggunakan bahan bukti (semasa menjalankan tugas sebagai ahli bomba) untuk tujuan peribadi.  Yes,  u guess it.  Dia guna kad kredit orang (rumah mangsa kebakaran) untuk biayai kos SRS beliau.

And teka siapa yang report kat pegawai polis?

MICHEAL

Cerita ini mungkin fiksyen.  Mungkin cerita betul.  Tapi cerita ini aku petik daripada rancangan TV bersiri yang menjadi kegemaran aku sekarang iaitu Orange is The New Black.  Mengisahkan seorang wanita yang belajar tentang erti hidup apabila dia masuk ke penjara.

Sangat suka jalan cerita ini,  penuh dengan 'kebenaran'.  Cerita ini takdak kena mengena dengan isu wanita kena kawen sebab mak bapak arranged lepas tu tak pasai-pasai laki tak mau tidok satu katil dengan perempuan tu.  Ni cerita real life.

Sophia Burset ialah salah seorang daripada watak menarik yang terdapat dalam cerita ini.  Ada ramai lagi watak yang pelik-pelik tapi betul.  Tak sabar nak tunggu musim ke 3!

Watak Sophia Burset dalam rancangan drama TV Orange is the New Black.  


Laverna Cox, Time magazine’s first transgender cover person. Read here : Laverne Cox Talks to TIME About the Transgender Movement




1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com