11.8.14

Boikot Memboikot

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lately isu boikot memboikot memang hangat diperkatakan.  Isu memboikot produk yang menyokong Israel ni bukan sehari dua kita dengar,  tapi sejak dulu lagi.  Pikiakla dah berapa lama dah Palestin duk jadi mangsa Israel kan?  Tapi lately,  gerakan untuk memboikot produk Israel makin membuak-buak,  sebuak-buak bedilan bom dari Israel ke tanah Gaza.

Apa pendapat ampa pasai boikot?

Pada pendapat saya,  boikot adalah satu usaha yang boleh memberikan impak yang besar tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan cara yang betul boleh memberikan kecelakaan kepada diri sendiri.





Dalam usaha masyarakat Islam sedunia bersatu untuk memboikot produk Israel,  rakyat Melayu / Islam di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.  Tapi baru-baru ini beberapa gambar dan kisah yang dipaparkan dalam laman sosial menunjukkan tindakan sesetengah kumpulan yang terlalu agresif dalam boikot memboikot ini secara tidak disedari sebenarnya membuatkan kita semua patut gelak pada diri kita balik.

Contohnya  :

1.  Satu kumpulan menyerang McDonalds di Dungun Terengganu dengan menyerang outlet itu dengan benda-benda keras.  Mengancam para pekerja yang berada di dalam kedai berkenaan.

2.  Satu kumpulan yang membuat demontrasi menyokong Gaza tapi bila penat dahaga,  ramai-ramai minum air Milo yang dijual.

Sebenarnya,  sebagai rakyat Malaysia,  sebuah negara yang kecil dan tidak ada apa-apa sampaikan kapal terbang hilang pun kita kena mintak tolong negara lain untuk tolong carikan (tapi sampai lani tak jumpa).  Kita memang takdak apa-apa.  So kalau kita nak boikot sebulat-bulatnya,  apa back up plan kita?

Anak cucu kita yang kerja dengan syarikat besar di bawah payung Israel,  apa back up plan kita untuk pastikan kemandiran hidup depa dapat diteruskan.  Janganlah keluar penyataan bodoh "Alaaa....carilah kerja lain!  Banyak lagi kerja yang ada,"

Tolong jangan buat penyataan bodoh macam tu.  Orang yang takdak tanggungan hidup,  yang hidup harap makan hasil laki/ bini, menumpang duit pencen mak bapak sampai tua,  maybe orang orang itu saja yang berani cakap macam tu.

Saya pasti kalian semua sokong kalau saya kata,  apa la punya bodoh pi rempuh McDonald kat Dungun Terengganu tu.  Sampai orang yang nak pi makan pun takut,  apatah lagi depa yang kerja dalam tu.  Yang kerja dalam tu semua bukankah anak cucu kita jugak?  Habih ampa bunuh anak cucu ampa sendiri kita dah macam jihad la sebab anak cucu ampa bersekutu dengan Israel.  Gila punya ekstrem. Bila orang luar kata Islam agama yang ganas ampa marah pulak.

Kita orang Malaysia,  bukan tak boleh nak boikot.  BOLEH!  Tapi tolonglah boikot dengan cara yang bijak.  Kita kena buat bagi orang respect kita,  bukan gelak kat kita.  Sampai hari ini,  awat aku tak nampak lagi orang share "JOM SOKONG PRODUK 100% RAKYAT MALAYSIA".  Yang ampa duk share semua "SENARAI PRODUK SOKONG ISRAEL".  Betui dak?  Lani pun dah bulan kemerdekaan,  jomla kita sokong produk buatan negara kita!!

Jangan pandang remeh soal boikot memboikot ni.  Sapa yang tak sokong boikot ni semua,  jangan pulak ampa duk bok keluar stetes bodoh-bodoh kat laman sosial.  Nanti ada orang yang marah dan benci.  Waktu macam ni,  semua orang jadi sensitif.  Ingatlah,  dua kapal terbang kita menerima nasib malang.  Satu kena tembak.  Satu lagi tak tau apa nasibnya.  



Itu Allah nak tunjuk yang anytime dia boleh ambil balik apa yang kita ada.  Syukur kita tinggal di Malaysia.  Malaysia mungkin tidak sehebat negara besar seperti United Kingdom ataupun Amerika Syarikat,  tapi kita memang harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini.  Mungkin hari ini,  kita tengok orang menangis,  esok lusa?  Siapa tahu.

Itulah saja saya nak kata.

Another good reading about this issue  :  Hope by It's Onejet

ps/  Takpayah teruk teruk tunjuk kat orang u nak boikot.  U buat saja apa yang patut.  Biar u and Allah saja tau.  #ItsOKayAllahAda

Love,

Jumie Samsudin

4 comments:

  1. The best post ever on this issue. Sangat setuju,

    ReplyDelete
  2. Hidup Sis Jumie!! Kalau nak boikot dan serang sangat mau duk hantaq depa pertahankan Gaza,bukan serang tak tentu hala,Mcd bukan ada senjata pun...

    ReplyDelete
  3. Aritu mase pegi mcdonald kat ade this one pakcik pakai kopiah siap berjanggut berdiri depan zara. Bile sampai turn die ke counter, tak sempat budak pompuan yang keje di counter tu tanya, pakcik tu terus menjerit
    " kau nak jadi tali barut israel.. kau tak malu ke? orang sama agama dengan kau mati kene bom dan kau masih nak bekerja dekat sini.." then die terus blah camtu je.. Budak pompuan tu menangis. kesian sangat kak..Manager dia time tu pun pompuan.. Even dia kene maki, dia tetap nak continue kerja dia. Sayu sangat kak. Saya nak cerita balik pun menitik air mata. Lepas saya dah order bagai, saya pn pergi la ke kereta. Ternampak pakcik tadi bersandar di kereta dia which parked next to mine. Tetibe pak cik tu tanye saya.. kenape beli kat sini, awak pn nak jadi tali barut Yahudi ke.. Then saya ckp la

    " ramai anak2 melayu bekerja di Mcdonald, if nak suruh dia orang tukar keja, tgk pada situasi sekarang bukannya senang nak carik kerja kalo kelulusan setakat SPM... Kita bukannya pasti sama ade Mcdonald betul2menumbangan pape kt Israel. Tapi yang pakcik merokok Dunhill tu memang dah terang pak cik pun same tali barut Israel sebab 12% depa sumbang ke sane... "

    As soon as saya masuk kereta, saya dengar pakcik tu cakap " bodoh punya betina.. pandai sangat"..
    Saya gelakkan aje pakcik tu... Tu la yang saya nak kongsi dengan akk. Ape yang akk tulis, saya setuju 100%..kekadang saya sendiri malu nak mengaku melayu bila bace berite2 cmni. :(

    ReplyDelete
  4. setuju, x baik dok pi buat vandalism kt restoran2 mekdi tu. pekerja dia pun x patut dapat layanan mcm penjenayah, depa cari makan. attitude pemboikot tu extremist sgt, tak jauh beza mcm Israel jugak. Yg kesian pasaipa nk hentam mekdi saja, byk lagi produk mcm rokok dll tu smua. pasai ayaq milo.. sebenaqnya kalau peniaga ayaq yg tepi2 jalan ka kat pasar malam tu xpenah guna milo pun, serbuk koko (takdak brand) semata2. based on self experience. kat kedai makan biasa ja guna milo. hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com