20.3.14

Review Movie : Silver Linings Playbook

Hello ampa semua,

Dah lama i olls tidak membuat review pasai movie best yang i olls tengok.  Yes,  i suka tengok movie.  Tapi not pergi tengok kat wayangla.  I dont really suka pi tengok tengok wayang ni.  Kecuali movie yang i memang suka nak follow la.  Macam Hobbit.



Selalunya i akan suka tengok filem best best dalam HBO dan Fox Movies.  Dengan kemudahan Astro yang boleh merekod ni.  I rasa macam lebih best dan mudah.  Boleh rekod bila bila pun nak tengok balik.

So hari ni I nak share dengan ampa cerita yang mendapat banyak anugerah dalam Oscar untuk tahun 2013 iaitu Silver Linings Playbook.  Jom baca panjiang panjiang.

Click Read More

Sinopsis Cerita
  • Pat Jr.  (Bradley Cooper) baru keluak daripada hospital gila.  Dia kena duduk dengan mak dan bapak dia dalam tempoh percubaan ini.  Sebenarnya,  dia tak berapa sihat pun lagi.

    Pakcik yang jadi doktor dalam cerita ni selalu berlakon gambar Hindustan jadi bapak Shah Rukh Khan.

  • Dia masuk hospital gila sebab dia ada penyakit bipolar disorder.  Orang yang bipolar ni kalau dia bercakap dia tak berhenti.  Actually dalam kes Pat Jr ni adalah dia telah memukul seorang lelaki yang berasmara dengan isterinya sampai laki tu setengah mati.

  • Selepas kejadian itu,  Pat Jr.  kena masuk dalam hospital gila dan dia tak boleh dekat dengan isteri dia lagi.  Isteri dia pun dah blah dah dari rumah depa.


  • Bila dia balik duduk dengan mak dan bapak dia,  dia actually masih nak cuba untuk berbaik dengan isteri dia iaitu Nikki.  Dia eksesais hari hari dan dia baca buku buku yang digunakan oleh isterinya (seorang guru) untuk kelas di sekolah.  Macam-macam lagi yang dia buat yang menunjukkan yang dia masih tak boleh lupakan isterinya.

  • Then one day, melalui kawan baik dia,  dia mengenali Tiffany (Jennifer Lawrence).  Tiffany ni pun ting tong juga.  Dia baru kehilangan suaminya dalam satu kemalangan jalanraya.  So dia jadi macam sunyi macam mana ka,  dia pernah buat sex dengan 17 orang.  Gila dak??


  • Tifanny pun duduk dengan family dia (tapi rumah berasingan) sebab setiap hari dia perlukan perlindungan kerana ramai lelaki akan mai cari dia kat rumah.  Sebabnya,  bila Tiffany sunyi,  dia akan main SMS dengan lelaki lelaki yang tak dikenali.  Luahkan perasaan rindu dan berbaur seks,  so lelaki tu semua akan mai cari dia.  Padahal dia takdak perasaan apa pun kat depa tu.  Tapi memang kalau silap hari bulan,  Tiffany memang mampu membuat seks secara rambang dengan mana-mana lelaki.



  • Pat nak berkawan dengan dia sebab Tiffany janji nak tolong pass surat dia kat isterinya Nikki.  Dan kalau boleh Pat nak tunjukkan yang dia betul betul dah berubah dan kembali hidup bersama.  Oleh itu,  Tiffany buat satu perjanjian,  kalau dia nak Tiffany pass surat kat bini dia,  dia kena masuk pertandingan menari dengan Tiffany.  Tanpa fikir panjang,  dia pun terima tawaran itu.

  • Setiap hari depa praktis.  Pat pun memang sedikit sebanyak banyak habiskan masanya untuk focus pada training sampai bila balik rumah dia jadi letih dan tak buat benda benda merepek.


  • Pada suatu hari,  Pat minta kebenaran kat Tiffany untuk keluar pi tengok game football dengan family dia.  Dia kata dia tak mau praktis menari la hari tu,  Tiffany pun membenarkan.  Tapi apa yang berlaku,  Pat dan abangnya terlibat dengan pergaduhan.  Benda ni kiranya membuatkan keadaan jadi lagi teruk la.




  • Masa depa semua duk bergaduh kat rumah,  Tiffany pun mai menyampuk.  Dia buktikan kat mak dan bapak Pat bahawa Pat adalah lebih GOOD LUCK kalau dia bersama dengan Tiffany.  Dia bagi banyak point dan contoh.  Dari situ,  bapa Pat terus yakin dan membuat perjudian parlay.


  • Parlay ialah perjudian yang melibatkan dua pertaruhan.  So dua pertaruhan itu adalah,  pada perlawanan football akan datang,  pasukan kegemaran depa akan menang lagi,  dan Pat dan Tiffany perlu dapat markah at least 5/10 untuk pertandiangan tarian yang depa masuk.  Kalau dua dua pertaruhan itu mengena,  bapa Pat akan menang besar.  Dan kalau salah satu tidak mengena,  bapa Pat akan kerugian besar juga.



  • Tibalah pada malam pertandingan menari itu,  Pat dan Tiffany pun dah ready semua.  Nikki,  isteri Pat pun dah janji nak mai tengok pertandingan itu.  Oleh itu,  masa depa sampai kat dewan,  Pat terus hilang pi cari Nikki bila dia ternampak kelibat isterinya itu.
  • Masa tu,  Tiffany frust gila la.  Dia terus rasa macam tak mau masuk pertandingan tu dah.  Masa tu boleh nampak muka dia macam frust gila kat Pat.



  • Tapi macam mana ka,  Pat mai pujuk Tifany and depa pun menari.  Depa menari macam serr ja pun.  Macam lawak pun ada.  Tapi yes!  Depa dapat 5/10.  And malam itu,  pasukan football kesukaan depa pun menang!  Maknanya,  bapa Pat menang besar malam itu!

Watak-watak

  • Bradley Cooper as Patrick "Pat" Solitano, Jr.
  • Jennifer Lawrence as Tiffany Maxwell
  • Robert De Niro as Patrizio "Pat" Solitano, Sr.
  • Jacki Weaver as Dolores Solitano
  • Anupam Kher as Dr. Cliff Patel
  • Chris Tucker as Danny McDaniels
  • Julia Stiles as Veronica
  • Brea Bee as Nikki Solitano
  • Shea Whigham as Jake Solitano
  • John Ortiz as Ronnie
  • Paul Herman as Randy
  • Dash Mihok as Officer Keogh

Why i Like This Story?
  • Dah lama tak tengok cerita cerita cinta komedi yang betul betul umphhss!  Memang patut lah drama ni menang banyak anugerah.



  • Lakonan Jennifer Lawrence and Bradley Cooper memang best.  Dua dua orang mempunyai rupa yang handsome dan cantek tapi cara depa bawa watak tu,  depa langsung ketepikan rasa lawa/kacak depa.  Depa memang let go perasaan itu.  Orang cantek,  dia memang ada attitude dia.  Sebab tu,  ada setengah orang dia tak cantek,  tapi kita suka tengok dia dan kita rasa dia cantek.  Betul tak?  Yang tu ampa kena mai berguru dengan I.



  • Lakonan realism depa memang menjadi.  Tak taula berapa kali depa praktis untuk dapatkan perasaan itu.  I memang suka.  Especially bila ada scene depa kelangkabut kat rumah.  Memang rasa macam betul betul kat rumah.  Cakap tunggang tebalik.  Hang nak cakap,  aku nak cakap.  Bukan macam drama RTM.  Hang cakap dulu...baru dia cakap.  In real life mana ada lagu tu kan!

  • Cerita ini memberikan pengajaran kepada kita,  sometimes kalau kita gila dan kita nak jadi tidak gila,  kita perlukan orang yang gila bersama-sama dengan kita.  Baru kita boleh jadi tidak gila.  Orang zaman sekarang,  bila dia gila dan dia tak mau jadi gila,  dia akan bersungguh sungguh untuk cari orang yang tidak gila.  Dan keadaan itu akan menyusahkan lagi keadaan kerana hanya orang gila yang boleh faham orang gila.  U faham bahasa bangsawan i?

  • Orang gila pun ada perasaan.



  • Ini adalah teori kisah cinta yang biasa kita dengar tapi kita tak boring untuk kita ulang banyak kali,  kadang-kadang kita tak perlu kejar cinta kerana cinta yang sebenarnya ada depan mata kita.  Gitu!

  • Kadang-kadang kita rasa kita cinta seseorang tu,  kita buat macam-macam usaha untuk buktikan yang kita cinta kat dia.  Tapi kalau dia tak cinta kat kita,  macam mana hang buat pun tak akan menjadi!!  This is always happen dalam dunia kita.  Ramai wanita yang sanggup buat macam macam pengorbanan untuk si lelaki.  Korban keluarga.  Hilang kawan-kawan untuk bersama dengan lelaki tu.  Tapi one day,  laki tu akan tinggal dia macam tu sahaja.  Kalau orang tu dah memang meant to be for u.....hang buatla apa pun...jodoh tu akan tetap ada kat situ.


  • Cerita ni best.....sebab i menangis!  HAHAH okay thanks bye.
Itulah sahaja yang i nak share dengan ampa semua.  Please please please ampa yang tak tengok lagi cerita ni pi beli DVD ataupun download cerita ni.  Sapa sapa yang ada Astro Movie,  pi check Astro Guide.  Sediakan keropok ubi pedaih dan tuala.  Kot kot la ampa pun menangis.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. Singgah sini :)

    Jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com , Support each other =)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com