19.3.14

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Hello semua,

Orang Penang dan kawasan yang sewaktu dengannya, sapa yang dah try naik jambatan ni? Jambatan yang menjadi kebanggan orang Penang ini mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada tahun ini.  Dirasmikan oleh PM Najib pada 1 Mac 2014.

Sebelum jambatan ini dirasmikan dan dibuka untuk orang ramai,  saya tengok ramai kawan-kawan saya duk pi kat sini malam-malam and pose gambar elok elok bubuh kat FB and IG.  Jeles okay.  So akak pun feeling la tulis kat Facebook,  saya yang sudi bawak akak pi amik gambar kat atas jambatan tu?  Sekali nenjia,  salah seorang kenalan akak yang bekerja dengan syarikat JK2PP terus faks akak jemputan ke majlis perasmian jambatan tersebut.  GILAAAAAAAAAAAAA!  Akak rasa separas dengan Datin Seri Rosmah Mansor terus.  *cium pipi 2 kali

Gambar ehsan  :  http://www.mauhorng.com/

click to read more


Tapi akak tidak attend majlis perasmian itu kerana pergi berjimba dengan rakan-rakan akak (reunion gitu).  Tapi after a few weeks later,  on the weekend,  akak dan En.  Khafi pun membawa anak menakan kami pergi naik JK2PP.  Sayangnya dah tak boleh berhenti dah untuk bergambar kat atas tu.  Melainkan hang ada Agong ataupun Sultan Brunei.

Nama rasmi untuk jambatan ini ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena nama Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sepatutnya,  dalam perancangan awal,  depa nak bina satu kawasan rehat (berbentuk bulatan) and menara tinjau untuk para pengunjung yang menggunakan jambatan ini,  tapi sebab nak cut cost,  ciri ciri ini tidak dibina pada jambatan tersebut.  Kos untuk membina seluruh projek ini adalah RM 4.5 bilion.

Jambatan ini adalah sepanjang 24 km ataupun 15 batu lebih kurang dua kali ganda daripada jambatan pertama.  So,  memang akan amik masa yang agak lama sedikit la kalau naik jambatan ini.  And i have to say,  dua lane di atas sebelah jalan jambatan ini rasa macam kecik sahaja.  Tapi ia memiliki lane asing untuk penunggang motosikal.

Okaylah jom tengok gambar akak ambil  :


Fathiah muka suuurr....

















1 comment:

  1. i is hari2 lalu situ... satu hari dua kali lalu situ... yippi.... best sbb:

    1) x sesak... bleh happy2 tenang2 je lalu situ..
    2) x kacau ngan moto sbb moto ada lane asing
    3) sbb free lg.... huhuhu

    sekian...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com