Siapa sini main Candy Crush?
Candy Crush adalah sebuah aplikasi permainan dalam talian “online game”
yang memerlukan kita menyusun atur gula gula yang pelbagai bentuk dan warna
untuk mengumpul markah tertentu. Setiap
peringkat mempunyai halangan dan cabaran tersendiri. Permainan ini memerlukan pemain untuk
menyusun atur strategi, membuat
perkiraan dan percaturan dengan baik agar sebuah cabaran itu dapat diselesaikan.
Apabila kita dapat lalui cabaran itu, keluarlah perkataan CANDY CRUSH dan kita pun
akan diterbangkan ke peringkat yang lain.
Saya tidak suka main online game. I think the last time i played online games
was back in 2008. It was Farmville. Kita bermain kebun kebun tipu. Tanam jagung,
terung dan artichoke (sebelum ni aku tak tau pun apa bahananya sayur
bernama artichoke itu). Memang kebun itu
kebun tipu. Dalam internet sahaja. Tapi setiap kali kita menuai hasil tanaman
kita, tak tau pasaipa kepuasan tu rasa
macam kita betul betul tanam pokok betul.
Saya pun buat artikel tips untuk dapat markah banyak dalam
permainan Farmville. And boleh dikatakan
atas dorongan saya dalam blog ini, ramai
staf USM yang main Farmville. Faezah dan
suami siap buat fake account dengan nama anak-anak semata mata untuk dapat
banyak kebun. Dan akhirnya, disebabkan staff USM kebanyakannya masuk
office at 8.10 am dan terus got online dan angkat tanaman, maka,
aplikasi permainan ini disekat. Sejak itu, kita semua
tidak main Farmville lagi.
Read the article i wrote about Farmville here :
Read the article i wrote about Farmville here :
Saya memulakan minat untuk bermain game Candy Crush ini
ketika berada di kampung halaman suami saya.
Ketika itu, ibu mertua saya baru
meninggal dunia. Walaupun penat seharian
membantu hal hal kenduri tahlil dan lain-lain.
Tapi malam, saya sukar untuk
melelapkan mata. Entah bagaimana, saya download aplikasi game ini. Dan sejak itu, saya terikat dengan permainan ini.
Suami amat marah dengan addiction saya pada permainan
ini. Bayangkan dalam masa beberapa
minggu sahaja, saya sudah sampai ke
tahap 150 dan ke atas. Tapi lama
kelamaan, entah bagaimana saya dapat
control addiction ini. Kadang-kadang
saya main. Kadang-kadang saya lupakannya
untuk beberapa hari.
Tapi baru baru ini,
saya baru tahu yang rakan sepejabat saya, Abang Burn,
memang OTAI dalam permainan Candy Crush ini. Pada ketika saya baru dapat tau dia suka main
Candy Crush, dia sudah sampai ke tahap
498. Tahap paling tinggi dalam Candy
Crush. Dan sebab dia dan beberapa gamers
lain yang dah sampai ke tahap tertinggi ini,
Candy Crush bina tahap 499 dan seterusnya. Sekarang Abang Burn dah masin tahap ke 500.
"Abang Burn dah lama ke main game ni?"
"Baru sahaja. I think 2 months ago."
"Baru sahaja. I think 2 months ago."
"Mesti dapat banyak nyawa?"
"Taklah, Abang Burn tak pernah minta nyawa. Kalau habis tu, habislah. Tunggu esok baru main lain (bila nyawa dah penuh)." *Satu nyawa akan diterima setiap 30 minit.
"Taklah, Abang Burn tak pernah minta nyawa. Kalau habis tu, habislah. Tunggu esok baru main lain (bila nyawa dah penuh)." *Satu nyawa akan diterima setiap 30 minit.
Love,
Jumie Samsudin
kite baru level 256. ade member fb dah 530. padahal rasanya level after 500 baru je bukak last week kot. skrg baru sampai 530 je ada, maknanya member tu tgh tggu je KING bukak level after tu utk dia main. hahah gile betul. kak jumie level bape dah?
ReplyDeletehehehe main nie tuk elak ngantuk sbbb kena pikir cara nak selesaikan misi kat level tertentu.... juga membangkitkan rasa marah juga kalau xlepas2 level tertentu... tp no problemlah kita suh jah org lain mainkan level yg payah nak lepas sbb lain org lain cara pemikiran & tindakan... disitu dah ujut satu permuafakatan... heheheheh
ReplyDeleteKita main lebih kurang 245 macam tu. Kita kalau tak reti...kita google tutor untuk candy crush. ada depa ajar noks.
ReplyDelete