Tidak lama dulu, saya ada buat annoucement yang saya akan berlakon dalam sebuah teater. Akak Dapat Tawaran Berlakon (lagi) Dalam Kehadiran Sofea adalah sebuah karya hasil nukilan
Razali Ridzuan dan skrip ini pernah dipertandingkan dalam arena teater negeri Pulau
Pinang dan peringkat kebangsaan sekitar 1 dekad yang lalu dan telah mendapat
kemenangan yang membanggakan. Hasil
skrip ini sebentarnya dihasilkan melalui jalan cerita yang ringkas dan di
improvise oleh para pelakon secara bersahaja.
Catatan dialog yang dilontarkan inilah yang dikumpulkan dan digilapkan
menjadi sebuah skrip.
Intan Farhanim Othman, pelajar
tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sarjana Lakonan dan Pengarahan USM mengambil
skrip ini sebagai pertaruhannya untuk dinilai sebagai seorang pengarah dalam projek pementasan tahun
akhir. Mungkin kerana keserasian
antara dia dan Razali dalam pementasan Bisikan Cinta yang menjulang namanya
dalam pertandingan teater Pulau Pinang pada tahun lalu, sekali lagi Intan memilih Razali dan produksi
Kersani sekali lagi.
Yasmin, pelajar tahun
II dipilih untuk memegang watak utama iaitu Sofea. Dan aku,
dipilih untuk watak Julia. Julia
ialah seorang perempuan jalang yang bekerja di tempat yang sama dengan
Sofea. Mereka bermusuhan. Lebih membuatkan Julia lebih rasa tercabar
bukan sahaja sebab Sofea lebih laku malahan semua maknyah-maknyah yang bekerja di pusat
itu juga amat sayang dan menjaga Sofea.
#selfie |
Tapi kenapa Julia amat marah dengan Sofea? Kenapa dia
terlalu iri hati? Adakah kerana Julia sekarang sudah tidak laku? Ataupun kerana ada sesuatu yang Julia tahu tentang diri sebenar Sofea. Ampa kena mai tengok teater ini nanti pada 9 dan 10 Mei 2014 (Jumaat dan Sabtu). Lokasi dan harga tiket akan saya update selepas ini.
So far latihan kami masih lagi ringan. Masih peringkat skrip reading dan memahami dialog. Saya sendiri belum rasa di'arah' oleh Intan lagi.
Tapi saya pasti kalau ampa mai tengok pementasan teater ini ampa akan rasa puas hati dan seronok. Jalan cerita skrip ini (realism) adalah kuat dan menarik untuk dipertontonkan. Ada kelakar, ada yang menyedihkan, ada yang menggeramkan.
Please book yourself on this date. Mai tengok aku sebagai Julia.
Love,
Jumie Samsudin
Jumie Samsudin
harus datang support!! ^^
ReplyDeletePlease book 9 10 MEI!
ReplyDelete