5.8.12

Nasi Ulam by Kak Edeh

Hello u olls semua,

Hari ini akak ingin berkongsi resepi kegemaran daripada Kak Edeh lagi.  Yaitu nasik ulam.  Nasik ulam ni dia popular kat Utara Malaysia seperti Seberang Perai Penang dan Kedai.  Sedap di makan sahaja atau makan dengan kuah seperti sambal.........meletopsss!

Okay,  jom terai.

Nasi Ulam by Kak Edeh

Bahan bahannya  :
7 helai daun kaduk
7 helai daun sekentuk
7 helai daun beluntas
7 helai daun kunyit
7 helai daun kesum
7 helai daun pucuk semambu
7 helai daun pucuk jambu batu
Semuanya dihiris halus macam ni.  :)
3 biji bawak besar
2 kuntum bunga kantan
2 batang serai dihiris
4 hiris halia
2 hiris lengkuas
Ikan talang kering
Kelapa parut yang disangar.
Udang kering.

200 gram kepala parut yang disangar hingga wangi dan menguning
3 camca udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
2 keping ikan talang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk

Garam secukup rasa

Cara-caranya :
  1. Masak nasi dan bagi dia sejuk betui - betui.  Nasi panas akan melecurkan pucuk-pucuk dan ulam kita.  Dan membuatkan nasik kita cepat basi.


  2. Tumbuk ikan kering,  udang kering dan kepala parut sampai jadi sebati dan hancur elok. 
  3. Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan bahan-bahan ulaman yang dihiris tadi. 

  4. Last but not least,  gaul bahan-bahan ini dengan nasi hingga rata.

  5. Selamat makan.
Ulam ulaman sangat bagus untuk kesihatan kita.  Tapi bukan senang nak carik daun daun tu semua kalau u olls duduk flat ditengah-tengah bandar.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com