Hari ini akak ingin berkongsi resepi kegemaran daripada Kak Edeh lagi. Yaitu nasik ulam. Nasik ulam ni dia popular kat Utara Malaysia seperti Seberang Perai Penang dan Kedai. Sedap di makan sahaja atau makan dengan kuah seperti sambal.........meletopsss!
Okay, jom terai.
Nasi Ulam by Kak Edeh
Bahan bahannya :
7 helai daun kaduk
7 helai daun sekentuk
7 helai daun beluntas
7 helai daun kunyit
7 helai daun kesum
7 helai daun pucuk semambu
7 helai daun pucuk jambu batu
![]() |
Semuanya dihiris halus macam ni. :) |
2 kuntum bunga kantan
2 batang serai dihiris
4 hiris halia
2 hiris lengkuas
![]() |
Ikan talang kering |
![]() |
Kelapa parut yang disangar. |
![]() |
Udang kering. |
3 camca udang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
2 keping ikan talang kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
Garam secukup rasa
Cara-caranya :
- Masak nasi dan bagi dia sejuk betui - betui. Nasi panas akan melecurkan pucuk-pucuk dan ulam kita. Dan membuatkan nasik kita cepat basi.
- Tumbuk ikan kering, udang kering dan kepala parut sampai jadi sebati dan hancur elok.
- Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi dengan bahan-bahan ulaman yang dihiris tadi.
- Last but not least, gaul bahan-bahan ini dengan nasi hingga rata.
- Selamat makan.
Love,
Jumie Samsudin
bgus ni mkn sllu. awet muda
ReplyDeletedan bukan senang untuk kita2 yg mcm i yg tak kenai daun.... sedapnyaaa
ReplyDelete