Hari itu I olls telah lepak di rumah kakak I. Depa laki bini suruh i buat nasik arab untuk depa and depa demand nak makan dengan dalca. Baru meletops. Over depa dua tu. And i pun tak pernah buat dalca, so why not!! I pun google around and baca resepi-resepi dalca yang duk ada.
Selepas sekali percubaan, dalca i olls itu sangat meletops. Menggunakan ayam dan juga sayur sayuran. Today i nak share dengan u olls semua.
Dalca Meletops Jumie Samsudin
Bahan-bahan :
500 g ayam (Kalau boleh tengkok ayam, and bahagian ayam yang tulang banyak. U dont need isi pun for making dalca. Kalau ampa nak guna daging lembu, so beli tulang lembu yang ada isi sikit sikit tu. Dengan kadar yang sama)
300g kacang dhal
3 camca makan serbuk kari daging
3 biji kentang buang kulit dan potong wedges
3 biji carrot potong kulit and potong panjang-panjang tebal
3 biji terung potong dua atau tiga
3 biji tomato potong 4 atau 2
5 camca makan air asam jawa (Kalau guna Asam Jawa Adabi bubuh 1 sudu makan cukup)
1 cawan kecil santan pekat (Kalau guna Santan Harmuni bubuh setengah kotak kecil)
Garam secukup rasa
Bahan tumis darat :
Minyak untuk menumis
Bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga etc (pandai-pandai la agak nak bubuh berapa banyak)
3 labu bawang besar dikisar
4 biji bawang putih dikisar
2 inchi halia dikisar
Cara-caranya :
- Rebus ayam bersama kacang dhal sampai kacang dhal sedikit lembut. Masukkan serbuk kari ke dalam rebusan itu. Biarkan mendidih lagi.
- Masukkan sayur yang keras iaitu carrot dan kentang. Biarkan seketika.
- Masukkan sayur-sayur lain seperti terung. TOMATO JANGAN MASUK LAGI. Kalau nak masukkan sayur-sayuran lain seperti kacang panjang, kacang munggai, pisang muda dan lain-lain pun boleh. Ikut selera kalian.
- And then, bila sayur semua dah sedikit masak, masukkan santan. Kecilkan api. Biar kuah kita mendidih dan memekat.
- Masukkan air asam jawa dan juga garam dan sikit gula untuk merasa. Kalau ampa suka bubuh ajinomoto, so tak payah letak gula untuk balancekan rasa.
- Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak and then tumis bahan-bahan yang kita kisar tadi. Jangan lupa masuk bunga lawang tu semua. Tumis sampai wangi dan kisaran kita tu bertukar warna and then masukkan ke dalam kuah dalca kita tadi.
- Kacau kuah dalca kita sampai okay, And then tutup api.
- Hidangkan di depan mak mentua untuk mengambil hati mereka.
Sekian, i love u olls!
Jumiee...kami posa hari nie! Dan-dan lapaq tengok dalca ampa niee..adoiiii
ReplyDelete