6.7.12

Dear kak Jumie : Meyakinkan Ayah Dalam Perhubungan dan Perkahwinan Saya

Assalamualaikum Kak Jumie..

Saya nak mintak pendapat akak,  macam mana saya nak yakinkan ayah saya untuk terima boyfriend saya?  BF saya tu plan nak datang masuk meminang bulan 8 ni.  Tapi ayah saya tak setuju lagi.  Pada ayah saya, saya ni muda lagi (Saya umur 23, bf saya umur 31).  Pastu boyfriend saya keje biasa2 je.  Sebelum BF saya duk cakap nk datang meminang tu, ayah saya ok je.  Tapi lepas dia tau bf saya nak bawak mak ayah dia datang, terus dia tak setuju.  Bf saya pulak, bila dah umur 31 thn ni, lagi la xsabar nak bina masjid.  Saya pun xtau dah nak buat camna.  Saya harap sangat Kak Jumie boleh bagi pendapat.  Thanks kak.


Yang benar,

Rozita Ali

Assalamualaikum,

Sebenarnya akak pun lalui perkara yang sama tapi atas reason yang berbeza.  Mak bapak hang tak mau terima BF hang sebab dia jauh lebih berusia dari hang and depa pikir hang terlalu muda untuk get married dan pikul tanggungjawab.

Kalau kata nak tanya macam mana nak yakinkan family kita?  MEMANG tak ada manual ringkas,  mudah dan pasti untuk hang jadikan panduan.  Siriesly no.  As i used to say "Perkahwinan ini adalah perjudian.  Terkadang kita rugi,  terkadang kita untung.  Yang penting kita pertaruhkan 'umpan' yang berbaloi".  
If u think that this guy,  your BF is a total worthy person to fight for,  and u have to stand tall and protect this relationships.  Rintangan akan datang dalam pelbagai cara.  Jangan duduk atas sejadah dan tadah tangan doa kat Allah sampai keluar air hingus,  tapi tindakan kita dan usaha kita tidak setimpal untuk mempertahankan hubungan kita ini.

Like u said,  BF u olls dah tak sabar nak membina masjid.  YES!  Tapi u olls,  masjid itu bukan dia saja yang nak kena bina.  U olls pun kena bina juga sama-sama dengan dia.  Tapi dalam part meyakinkan keluarga u olls itu,  bukan soal u olls seorang sahaja.  Ampa dua kena main peranan.

Pada pendapat akak (orang luar),  family hang tak approve sebab depa tak yakin yang lelaki ni boleh jaga hang yang masih muda jelita.  Ive seen your Facebook.  Akak tengok muka hang pun akak tak pikiak hang 23.  Nampak macam 18 tahun saja.  Biasalah,  mak bapak akan rasa macam sayang nak lepas anak depa.  Depa terlalu sayang kat kita.  Depa takut nanti  hang tak boleh handle 'badai' rumah tangga ni sebab tengok hang ni macam 'tak cukup matang' lagi.

How u see yourself and your BF.  
Beza umur Rosie Huntington Whiteley and Jason Statham adalah 19 tahun.



How your parents see you and your BF.  
Crystal Harris and Grandpa Hef Playboy.Beza umur...tak tiau! Tak payah kira pun dah tau beza gila.





Role Seorang GF/Anak

Sebab itu akak kata,  tanggungjawab nak amik ati mak dan bapak kita bukan terletak pada BF kita sahaja.  Tapi kat kita juga.  Contohnya u olls,  kalau u olls duduk bersama mak bapak.  Tunjuk la sikit u olls dah matang,  duduk rumah selalu tolong kemas rumah,  tolong masak and handle macam-macam tanggungjawab untuk handle rumah.  Bukan bermanja-manja and bagi mak buat semua. 

And kalau u olls duduk sendiri,  menyewa di luar.  Its time to show that u are now a woman no more a little girl yang depa duk pampered sana sini.  Kepada orang yang jenis social and gila babi outgoing macam akak dulu,  its time to slow down.  Stop pakai seksi-seksi,  stop pergi keluar aktiviti malam yang membuang duit dan masa dan tenaga,  banyakkan luang masa with my own family.  Di situ orang dah boleh nampak,  "Hoo...baguih Jumie lani.  Sejak kawan dengan Khafi...dia slow down banyak,"  Haaa...lebih kurang macam tu.  Mak bapak kita nak tengok kita ni betul betul dah bersedia ke tak.  Kalau perangai duk tingtong sana sini macam mana nak kawen u olls!

Strategi BF / Bakal Menantu
Since mak bapak hang tak setuju langsung apabila bf hang nak datang bawak keluarga dia untuk datang merisik,  hampa janganla terus buat rombongan tergempar ke rumah.  Pastinya mak bapak u olls akan rasa terpana dan kaget apabila melihat 'tetamu tak di undang'.  Kalu betul pun diundang,  akak takut nanti family u olls layan tak layan sahaja. 
 
My idea is,  cuba mintak tolong abang/ kakak/ makcik /makcik /sepupu yang lebih tua dari u olls tapi boleh bantu untuk jadi pengantara u olls dan parents u olls. 

Contohnya :  Dulu En.  Khafi jumpa my brother dulu sebelum terus datang bawak family dia merisik bagai.  Dengan cara ini,  kita sampaikan semua hajat dan niat kita kepada wakil itu.  Dan wakil itu akan sampaikan dan yakinkan kepada mak ayah kita.

Keduanya,  kalau tindakan itu tak menjadi.  BF u olls kena berani dan terus jumpa father u olls.  And have man to man talk u olls!!  Siriously,  kalau betul dia bersungguh sure your BF tak ada masalah untuk jumpa your father.  Tak payah bawa teman ka apa.  Biar depa jumpa dua orang and have man to man talk.  Kalau dia berani jumpa your father alone and depan father u dia boleh cakap seketoi seketoi betapa seriousnya dia ingin memperisterikan u olls,  nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....INILAH ORANG PANGGIL LOVE KUAT!  SANGGUP REDAH LAUTAN API UNTUK MEMILIKIMU.  Kan.............

Peranan Ampa Berdua

Ketiga,  kalau dah ta boleh juga.  U olls relaks and cool down dulu.  Amik masa sikit.  Bagi your parents cool off dahulu.  And bila depa tengok sendiri u olls berdua masih bertahan,  haaaaaaaaaaaaa........... masa tu depa akan nampak dan terpikiak sendiri "Anak kita tu duk kawan lagi elok dengan budak laki tu,  depa ni betul betul serious ni,"

And for your BF,  kalau betul dia bersungguh....HE WILL STAY!  Dia tak sabar nak berumahtangga pasai pa?  Pasai seks?  Pasai nak hidup bersama u?  Pasai nak dapat anak cepat?  Or what ever reason it is.  Kalau betul dia cinta hang.  Dia kena dan akan tunggu. 

Sekian,  selamat maju jaya dalam menjalani liku-liku dan cabaran dalam berumah tangga.  Semua orang ada jalan cerita sendiri.  Be strong and be wise.

Love u :)

Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Inilah komen Jumie yang paling tenang dan mantop setakat ini. Dan banyak kebenarannya.

    Tambahan: Kot mana keadaan pun, kena ambik hati bapak tu, sebab dia wali. Buktikan macam yang Jumie kata tu. Sebelum man 2 man talk tu, boleh saja buat perkenalan tak rasmi seperti jemput mai makan kat rumah, ajak makan kat luar sama-sama (kalau belum buat lagi lah), supaya si bapak dan mak ni boleh selam hati budi bakal menantu.

    Tidak semestinya kena kerap datang rumah, lepak kat rumah (tak semua keluarga suka stranger datang lepak kat rumah). Kadang kala pertemuan kat luar rumah seperti makan tadi, atau kalau ada hobi yang boleh dishare oleh bapak dan bakal menantu seperti memancing ka, silat ka, fotografi ka, pi gym ka, apa saja... maka mulakanlah.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan komen en. pegawai khalwat...
    mungkin disebabkan ini hari jumaat kot...

    Good emosi jumie

    ReplyDelete
  3. eh kalo cam aku... nampak gayenye bakal bf aku nnt kene straight jumpe abang aku je lah... takyah pakai perantara semua... ye lah... mak ayah aku mana ade dah... dah la abang aku style rileks2... hahaha...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com