Hari ini akak nak share dengan u olls semua tentang kucing-kucing yang akak tengah bela sekarang ini. Alhamdulillah, so far depa semua duk ada rumah lagi tak. Tak lari pi mana-mana. Sebab banyak kucing yang akak bela, sampai dah besar nanti dah pandai merambu sana sini (berjalan ke sana ke mari) terus tak tau nak balik rumah dah. Tapi takpa, janji depa dah besar dan sihat.
So, sekarang ni i ada 3 ekor kucing. 1 kucing yang katanya mempunyai baka Indian Bangal Cat sebab tu badan dia berbatik bagai. Cantek u olls. I duk letak gambar dia kat FB jugak. Tapi masa i start bela dia, dia dah besar dan pandai jaga diri. Toilet train semua ni. So tak susah sangat nak bela dia.
Pastu baru baru ni i adopt dua lagi baby cat yang akak kutip di sebuah tapak parking. Dua ekor kucing ni sangat kecik dan duk merangkak sambil badan terketak-ketak. Kucing kalau dia baby lagi, dia tak pandai jalan sangat lagi. Dia gayat. So dia akan jalan macam ketak-ketak. I pun kutip dua ekor ini dan bawa balik rumah. I rasa masa tu umur depa baru 1 bulan.
Bila i dah bawak balik, i pun bagi nama kat depa iaitu "Paris" dan "London". Kelas kan I? Memondankan kucing-kucing i.
Menyusukan Baby Kucing
So baby kucing 1 bulan tak boleh makan makanan keras lagi. Depa kena minum susu. Pastu depa juga tak pandai menjilat susu macam kucing dewasa yang lain. Depa kan duk menyusu tek depa lagi sebenarnya. So takkan i nak bagi minum tetek i, tak lojik u olls. So i pun belilah botol susu baby kucing. Actually u olls boleh beli susu botol ni kat any pet shop. Ada banyak jenama. So, akak beli yang termurah sekali iaitu RM5.50. Dia bagi botol pelastik kecik, 3 puting dan satu berus untuk basuh. Meletops kan? Selalunya kat label botol tu dia akan tulis "Suitable for kitten and puppy". So u pilih la nak botol size mana. Macam-macam ada. Kalau u ada bajet, belila yang daripada botol kaca. Haaa! Meletops kan.
Susu pun u olls boleh beli kat pet shop. Ada macam-macam jenis. Ada yang mahal, ada yang murah. Tapi yang standard punya, jenama apa ka tak ingat tapi harga dia lebih kurang RM20 untuk satu kilo. Boleh pakai berbulan-bulan. Kucing bukan minum banyak. Sekok yang dah berusia satu bulan ni minum setengah ounce saja.
Actually, kucing tak boleh minum susu lembu. Tapi sebenarnya, susu untuk kucing yang kita duk beli kat pet shop ni semuanya adalah susu lembu yang telah diformulasikan. Tapi ada juga sesetengah kucing yang langsung tak boleh minum susu lembu, diformulasi atau tidak. Nanti depa cirit, lama-lama mampuih teruih. Contohnya GwenStefani...detu tak boleh minum susu langsung. Lactose Intolerance gitu. Terminum sikit pun, nanti dia cirit. Kesian.
![]() |
Nenjiaa.....London kerabat naik atas terus! |
![]() |
Paris sedang bertahan sambil di asak oleh London. |
![]() |
Syiok tengok depa minum susu. Mata nanti surrr (mengecik) sambil telinga depa bergoyang. |
Inilah gambar masa bagi susu kat depa dua orang ni. Tapi ini gambar masa depa dah dua bulan lebih. Lani depa dah besar dan pandai. Dulu masa mula-mula i bagi susu 3 kali sehari, pagi before i pi kerja. Masa i balik kerja dan last sekali before i tidur dan depa pun tidur juga.
Lani sebab depa dah pandai makan makanan keras, so i hanya bagi depa minum sehari sekali. Bagi depa betul betul lapar. Masa tu depa akan minum susu sampai berebut macam apa sahaja. I cukup geram kat depa ni. Habis badan akak pun depa akan cakar di sana sini. Kadang-kadang sampai i confuse, i ni bela anak kucing ke bela werewolf. Yelah u olls, bila duduk di rumah i kan feeling pakai short pants semua. So bila i nak menyusu depa ni...habisla depa akan kerabat naik badan i semua. Gitu.
Mengajar Baby Kucing Memakan Makanan Keras
Kucing masa kecik-kecik (1 bulan setengah dan ke bawah) tak boleh makan makanan kucing yang keras macam Frieskies apa semua tu. Melainkan ikan rebus dan makanan dalam tin yang sedia lembut tu. Tapi jenuhla nak merebus selalu. Wanita kerjaya macam i, tak sempat la u olls. Nak beli makanan dalam tin pula, agak mahal ya u olls. Satu tin kecik depa, harga nak dekat RM3.50 boleh beli Sardin King Cup size besar.
So, untuk baby kucing, kita boleh bagi makan biskut kucing tu tapi kita rendam dengan susu. Macam makan koko crunch tu :) So rendam sat, bagi Frieskies tu kembang. Then baru kita bagi depa makan. Gunakan susu yang sama kita bagi depa minum.
Macam tula i duk bagi depa makan. Sampai lani dah besar. Nenjiaaa....................Tapi i tak mau tunjuk gambar depa makan. PUNNAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!! Habis semua lantai bersepah depa makan. Bukan sebab apa. Si Paris tu dengki ya hamat. Bila orang tak makan...dia tak makan. Bila orang lain nak makan. Dia sibuk nak makan. Pastu dia sibuk nak makan mangkuk yang kawan tu duk makan. Walaupun ada 3 mangkuk asing untuk depa tiga orang. Tapi comei tengok depa faikkk makan....hahah nanti i amik video k.
Cara Untuk Mengtoilet-train Anak Kucing
Actually, pendekatan yang paling mudah untuk mengajar anak kucing untuk berak di dalam tempat berak mereka adalah dengan meletak mereka di dalam sangkar buat beberapa hari dan di dalam sangkar itu kita letak siap -siap bekas makan dan bekas air untuk kita minum. Make sure sangkar itu cukup besar untuk letak semua benda tu. Sebab baby kucing ni dia macam tak tau apa sangat, nanti tempat berak dia pi buat tempat tidur.
So masa letak depa dalam sangkar, pegang kaki depa, letak depa dalam kotak berak (yang diletakkan pasir khas untuk kucing berak) pastu goyangkan kaki dia macam mencakar kat atas pasir tu. So, nanti dia tau. Situlah tempat dia berak dan kencing. Tinggal dia beberapa hari di dalam sangkar itu sampai dia dah betul betul akan berak dalam kotak yang kita sediakan.
Dalam kes Paris dan London, sungguh mudah sekali kerana, GWENSTEFANI membantu kami untuk mengajar adik - adik dia ini untuk pergi berak di dalam kotak yang disediakan. :)
Injeksyen Imunisasi dan Ubat Sampingan Lain
Bila ada masa, u olls yang bela anak kucing boleh pergi ke mana-mana vet ataupun jabatan haiwan di kawasan terdekat untuk dapatkan injeksyen imunisasi kepada kucing kita. Harga tak ingat. Tapi Paris dan London, akak tak bawak pun depa pi lagi. Asyik sibuk memanjang. Akak tengok depa pun, tak payah nak imun sangat dah pun. Sihat walafiat. Badan keras dan kuat macam fighter.
Tapi, akak beli ubat cakcing. Akak bagi depa makan seminggu sekali. Ubat cakcing ni boleh beli kat mana-mana pet shop. Harga murah ja. Cara makan dan jumlah dos semua ada.
Gambar-gambar depa
Okay, inilah gambar-gambar depa duk tidur dan duk main. London suka tidur kat orang. Dia macam manja. Baru-baru ni, En. Khafi amik London bubuh dalam hembek Jimmy Choo i, dia kata "Sayang.....bawak la dia jalan-jalan macam ni...Macam Paris Hilton," NENJIAAAAAAAAAAAAA LEPAS TU DIA TERUS SYIOK DALAM BEK I.
Inilah pulak Paris. Deni tidok spesyel sikit. Dia suka tidok kepala tergantung. So dia akan duduk kat tepi tangga, meja, kusyen atau mana-aman saja. Janji kepala dia tergantung. Nenjia ampa tengok ni. Paling ekstrim sekali, kawan i Jack, Miss German 2012 tengok Paris duk tidur di dia terkejut! HAHAHA
Ini gambar Paris duk tengok cerita Transformers kat TV. Haaa...dia memang suka tengok gambar faik-faik. Sebab tu lani dia pun fighter!!!!!!!!!!!!!! Dia nak bergaduh ja dengan orang.
Sorry i takdak gambar terbaru GwenStefani. Tapi ada gambar ni. I duk tidur petang depan TV, pastu tiga tiga ekok menempelek sebelah badan i. Dalam gambar ni boleh nampak muka Gwen, sebelah dia Paris kat belakang tu kaki London.
Okay, sekian sahaja. Nanti free-free i amik gambar depa main X GAME kat tepi kusyen. Dua ekok ni nanti memusing panjat kusyen, Gwen jadi referi. Sapa jatuh kalah. HAHAHA
Love,
Jumie Samsudin
Comel...
ReplyDeleteMurah rezeki Kak Jumie bela diorang. Ngee¬ (^^,)
jumie, ajar la macam mana nak toilet train dorang ni... sbb bila i train, kekadang pandai, kekadang tak pandai2 gak...
ReplyDeletehahaha... gambar paris tido tu tak menahan... siyes tak caya dia dok tidoq time tu... nampak cam dok jenguk2 apa ja... hahaha
ReplyDelete