8.6.12

Dear Kak Jumie : Langkah Bendul

Kak Jumie,

Tolong kawan saya sorang ni. etak-rumet saya dulu masa zaman dah keje tapi tak kawen lg. Dia ada problem yang amat sedih. Saya cadang suh tanya kak Jumie sebab saya pun tak dapat nak pikiaq cara terbaik nak atasi masalah dia. Dia suh saya tolong tanya.  Dia reader Blog Jumie Samsudin juga.  Saya yang introduce suh baca.  Pastu dia yang addicted terlebih lak. hehe.

Ok citer dia camni. Dia dah tunang tahun lepas. Masa tu kakak dia tak tunang lagi. So depa buat la adat langkah bendul masa tunang tu.  Kakak dia dapat hadiah sume.  Pastu tengok-tengok awal tahun ni kakak dia kenai sorang laki ni through family pastu tunang la bulan 3. Plan kawen bulan 3 tahun depan. Yang kawan saya ni nak kawen bln 10 tahun ni. Tuptup semalam mak dia talipon kata kakak dia nak kawen bulan 9. Sebulan sebelum dia kawen. Keputusan muktamad tak tanya dia pun. So dia kecik ati la.

Alasan kakak dia sebab laki tu dok sorang2 kat kl.  Kakak dia kat Ipoh.  Kakak dia macam dok follow je arahan family laki tu n laki tu. Mak ayah dia pun ikut sama kena cucuk idung.  Dulu masa dia, penat family tunang dia nak beralah. Tengok-tengok jadi camni.

Nak buat kenduri sekali memang taklah. Sebab kakak dia taste tak sama dengan dia. Paling sentap kakak dia siap cakap "Nanti tak ramai la orang mai wedding hang sebab taknak buat skali".   So la ni dia dok rasa kak dia selfish.

Camtula lebih kurang.  Kalau Kak Jumie taknak blog pasal ni. Reply jer kat email ni. Saya dah cc dia skali. Nanti dia tambah la tu sebab pagi ni dia takdak tenet kot.

Azimah Ahmad

Salam sejahtera,

Aiiiyooooooooooooo haruslah share benda ni kat dalam blog.  Untuk tatapan semua.  Best sangat topik ni.  Mencabar minda akak untuk mencaras dengan pantas dan bernas.  Actually u olls,  first sekali akak tumpang gembira sebab u olls dan kakak u olls sama-sama mendapat jodoh.  Walaupun dalam tempoh yang nak dekat sangat-sangat ni.  Kita anggaplah benda ni satu rezeki dari Allah SWT.  

U olls sabar la nah.  Nak kawen ni memang macam-macam cabaran.  Kadang-kadang kita dan tunang tak bergadoh apa pun,  tapi cabaran dari luar duk mai nenjia macam ayak.  Ada pulak orang,  cabaran dari luar takdak langsung,  duit dan bajet semua okay,  keluarga tak kacau,  tapi depa dua yang duk emosi gaduh teruk.  Biasala ni semua babe,  cabaran orang nak kawen. 

Actually cerita u olls ni,  lebih kurang macam cerita akak dan adik akak.  Mai sini akak nak bukak pekong di dada.  Gitu...tapi benda ni dah berakhir ya puan-puan semua.  Takdak rasa hasat dengki,  cemburu dan salah paham apa semua dah.  Tujuan akak nak cerita pengalaman akak ni untuk dijadikan iktibar kepada semua. 



Akak dan adik akak beza umur 2 tahun.  Dia dulu jumpa jodoh.  Depa kapel lama.  Akak pulak duk tingtong sana sini.  Masa tu ada marka iaitu En.  Duda.  Tapi kami tak serius pun sampai nak kawen.  Duk feeling love jarak jauh saja.  Pastu adik akak dan boifren dia suka berdating dan berusung ke sana sini dan membuatkan adik beradik dan sedara mara berkata-kata.  So,  bapak i olls iaitu Abang Manap telah membuat satu 'salakan anjing' kepada keluarga boifren adik akak masa depa mai beraya kat rumah.  Takdak angin,  takdak ribut,  takdak lapik,  takdak pintu,  tiba-tiba bapak akak terus tanya "Ni anak saya ni macam mana?  Bila nak ikat?"  Gituuuuuuuuuuuu........

So,  keluarga boifren adik akak rasa tercabar dengan cara bapak akak yang terlalu straight to the point.  Well nak buat macam mana.  Bapak i ni American u olls.  So orang-orang Melayu selalunya tak boleh terima cara bapak i olls bercakap.  So,  disebabkan insiden ini,  tiba-tiba satu hari,  keluarga boifren adik akak kata nak datang rumah.  Saja nak jalan-jalan gitu.  Kami pun ingatkan macam biasalah mai lepak-lepak datang rumah,  kami buat makan-makan macam mana ka.  Sekali nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mak bapak boifren adik akak datang dengan hantaran mantaran semua,  sirih junjung dan paling meletops dengan cincin sebentuk.

Maka family akak macam terbojeh (termalu) la u olls......dan dengan itu secara rasminya adik i olls telah ditunangkan dengan boifrennya.  Cuma adik i olls pakai seluar dan baju lusuh.  Takdak mekap cantek-cantek apa semua. 

Kebetulan masa hari kejadian,  akak takdak kat rumah.  I think i pi mekap kat mana-mana kot.  So balik rumah baru akak tau apa yang terjadi semua.  So akak tak tau macam mana perjanjian yang depa buat.  Apa tempoh ikatan yang dibuat.  Bila nak berlangsungnya kenduri.  And paling penting,  akak tak tau menahu pasai benda-benda langkah bendul ni semua u olls!  Akak tak masuk campur pun.

Benda ni berlaku lebih kurang tahun 2008.  Lepas lebih kurang dua tahun,  tiba-tiba......akak bertemu dengan En.  Khafi pada penghujung tahun 2009.  Kami terus nekad untuk bertunang simple-simple (syarat agar dua keluarga berjumpa sebelum mengikat tali pernikahan).  Perancangan,  nak bertunang hujung tahun 2010 and nikah pada April 2011.

Pada ketika itu,  adik akak dan tunang dia,  duk lagu tu saja.  Takdak pun akak tengok depa meriah nak plan pasai kawen depa apa semua.  So,  akak dan En.  Khafi pulak......akak dah kata dah kat En.  Khafi...."Aku tak mau lama-lama.  Cinta ni semua aku dah tak larat.  Hantaran aku sikit saja.  Jom menikah buang,"  So kami nak cepat-cepatlah cargas buang.


Bila adik akak dengar sahaja akak nak bertunang pada hujung tahun 2010 dan bernikah beberapa bulan selepas itu,  dia terus berasa seperti cakcing kepanasan di situ.  Sebelum akak menyuarakan hasrat akak dan En.  Khafi kepada keluarga.  Tiba-tiba adik akak terus announce kat family akak semua "Aku nak bertunang pada hari raya kedua,"  masa tu bulan Oktober 2010. 

AKAKKKKKKKKKKKK SENTAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!  Pukimak lah nak bertunang apa lagi.  Dulu dah bertunang.  Awat ang nak tunang lagi?????  So akak marah la kat dia.  Dia kata "Dulu tu merisik.  Bukan tunang.  Takdak pelamin pun.  Takdak pun suap gula semua.  Aku teringin nak disarung cincin pertunangan oleh mak mentua aku,"  BUTOOOO PAK ANGGGGGGGGGGG.


AKAKKKKKKKKKKKKK SENTAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP!!  Then akak cuba cakap dengan abang,  kakak,  sepupu,  mak dan bapak akak.....akak soalkan depa semua balik.  Kenapa ampa nak bagi dia tunang jugak?  Dia kan dah bertunang???  Patutnya lani dia menikah dah.  Bukan tunang lagi.  Tapi depa semua tak layan pun pertanyaan akak ini.  Sama ada depa tak kuasa nak masuk campur,  ataupun depa tak care langsung pasal akak,  ataupun depa simply pikiak akak jeles sebab adik akak nak bertunang grandis-grandis(perlukah?),  ataupun depa tak tau nak buat macam mana.  So depa diam saja.  Mereka biarkan akak dengan rasa tak puas hati yang teramat-amat sangat.

Yang depa duk sibuk ialah "Mak Zam tanya,  untuk hadiah langkah bendul...hang nak kain sendiri?  Or hang nak kami beli kat hang?  Kami takut satgi kalau kami beli kat hang,  hang tak kenan pulak,"  GITUUUUUUUUUUUUUUUU!!  U olllss....akak tak tau apa benda pun masa ampa 'berisik' dulu.  Tiba-tiba tanya pasai kaen langkah bendul.  Akak bukan memilih pun u olls.  Ampa bagi apa pun akak amik.  Kalau nak kekwat sangat tanya-tanya banyak...beli ja la cincin sebentuk untuk aku.  Bukankah itu yang sebenarnya nak diikutkan adat Melayu........

Malam raya,  di saat semua orang seronok berkumpul seisi keluarga.  Akak duk feeling sedih sebab masa tu akak dan En.  Khafi dah feeling simpan duit untuk kawen semua.  So,  kami duk takdak duit sangatlah semua.  Pastu pulak memang duk sedih sebab raya kedua,  seluruh family akak nak meraikan hari pertunangan adik akak ini.  So,  bila malam raya itu,  akak tersentap dengan gurauan panas anak menakan akak,  akak nekad terus lari rumah u olls!!  Yes,  tahun 2010 akak tidak beraya u olls.  Akak lari rumah.

So masa adik akak duk syiok syiok bertunang,  sepupu akak semua yang duk baca status FB akak duk tanya "Awat ang takdak kat kenduri?"  Very the jarrrummm kan?  Memang akak tak balik pun masa kenduri tu.  Akak mai sat saja.  Tapi kehadiran akak macam tidak disenangi oleh semua.  Depa diam ja bila akak masuk rumah.   Aiiyoo very the drama swasta okay.

So memang sejak itu,  akak terus belah dan lari rumah.  Tumpang rumah kawan-kawan dan mak ayam yang tersayang.  Akak tak contact sapa-sapa pun dalam family akak.  Akak blocked FB depa semua.  Memang masa tu akak nekad,  okay fine.  Akak nak menikah dengan En.  Khafi,  akak just nak hantar borang wali apa semua kat bapak akak.  Suruh dia sign.  Kalau dia tak mau sign,  akak sanggup bayar berapa pun duit dia mau.  Janji akak nak menikah dan keluar dari rumah itu.

Siries u olls!  Inilah perangai akak.  Keras hati.  Mau tak tau,  hang kena ikut cakap aku.  Kalau ampa tak mau ikut,  takpa.  I can go on my own.  Takdak takut punya.

Tapi En.  Khafi ni feeling pulak.  Dia kata dia tak mau kawen macam kawen lari ni semua.  Dia rasa tak seronok.  Dia tau,  family akak tak berapa suka akak kawen dengan dia sebab kerja dia tak stable lagi.  Dia merantau mai Penang sebatang kara demi akak.  Harta dia semata-mata motor EX5 yang dia post dari KL.  Itupun kena curi bawah flat rumah sewa dia.  Pastu dia terpaksa pakai motor scooter akak.  So memang family akak sangat tak yakin dengan dia.  Macam mana dia nak tunjuk muka dan berani mengaku nak kawen anak orang.  Sedangkan diri sendiri pun tak betul.


Tapi yang ni memang akak respek En.  Khafi,  dia pi jumpa abang akak iaitu Budie dan pi bincang benda ni.  Dia nak mintak tolong abang akak untuk setelkan hal perkahwinan kami berdua.  Dia bagitau situasi dia macam mana dan macam mana dia nak benda ni berjalan dengan elok.  Dia bagitau juga pasai akak,  pasaipa akak merajuk semua.  Masa tu,  Abang Budie pun bagitau lah "Lani kalau ang mau aku tolong hang.  Hang suruh Jumie balik rumah.  Hang taulah....detu macam mana punya meriah.  Lain rasa kalau dia takdak.  Adik beradik lain semua duk tanya mana pi Jumie bila ada kenduri.  Kami sampai naik segan tak tau nak explain macam mana," 

So,  akak pun dipujuk dengan En.  Khafi.  Akak pun balik rumah.  Dan buat macam biasa.  So,  Abang Budie pun tolonglah we olls untuk cakap dengan family akak yang family En.  Khafi nak mai dari Johor dan terus bincang pasai tarikh nikah.  Atas permintaan kami,  memang tak mau bertunang besar-besar apa semua,  just bincang untuk tetap tarikh nikah. 

Tapi dan dan...mak bapak akak feelinggg!!!!!  Suruh beli cincin.  Suruh bawak hantaran.  BLA BLA BLA.......terus jadi bertunang.  Bureeedddlah. 

So,  kami pun bertunang pada bulan Mac 2011.  Dan terus kami pilih tarikh nak menikah 6 bulan lepas kami bertunang tu.  Dan adik akak dan so called tunangnya............sampai sekarang...tak kawen-kawen.  Lepas beberapa bulan akak dan En.  Khafi bernikah,  apa tarikh kenduri pun depa takdak.  Sampailah kami (akak dan En.  Khafi) bagi akal kat adik akak ni untuk pilih tarikh bagai.  Barulah depa lani nak bernikah pada 15 September 2012.  KANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!

Bukankahh pertunangan mereka pada hari raya kedua tahun 2010 itu amatlah membuang duit,  masa,  tenaga semua orang??

So itulah yang akak nak share dengan u olls.  Niat akak menceritakan pengalaman akak ini adalah sebagai satu ikhtibar kepada semua wanita-wanita di luar sana.  Agam atau tidak.  U olls jangan jadi macam lapik kaki tempat orang pijak-pijak dan lap kaki mereka.  U olls kena berani bertindak untuk dapatkan apa yang u olls mahu.  Tolak tepi adat,  resmi,  undang-undang apa semua,  yang salah tetap salah,  yang betul tetap betul.  Kalau kita dah pasang niat apa yang kita mau,  buat serupa bikin.  Jangan niat lain,  buatnya lain.




Akak tak suruh u olls derhaka kepada keluarga seperti mana yang akak buat.  Tapi setiap masalah ada jalan keluarnya.  Yang penting u olls kena tegas dan u olls kena tetap pendirian.  Biarlah orang memaki hamun dan kutuk kata kita ni bangsat tak sedar diri,  membuatkan ibu menangis dan tidak ingat pada jasa adik beradik yang duk tolong kita selama ini,  tapi lambat laun,  taik dalam almari tak akan kekal wangi ya.  Tahi tetap akan busuk.  Dan orang akan tau,  mana betul mana salah.

Dan satu lagi u olls kena ingat,  kita dah kerja,  kita hidup dengan kudrat sendiri,  independent woman,  so kenapa dalam soal-soal hidup kita,  kita ditendang ke sana sini seumpama sebuah bola?  Ini hidup kita kan?

Pilihan ada di tangan u olls,  jangan merungut-rungut dan mendengus sedih.  Tapi tindakan takdak ada.  Kesal dulu pendapatan,  kesal kemudian tidak berguna. 

Itulah kata-kata semangat yang akak nak ceritakan kepada u olls.  Akak tak mau bagi jalan dan langkah yang patut u olls buat.  Sebab kita mempunyai nilai-nilai hidup yang berbeza.  Tapi akak percaya apa juga pendekatan yang hang gunakan,  LETAKLAH DIRI KAMU DI DEPAN kerana kalau bukan kita yang membela diri kita sendiri.  SIAPA LAGI?

ps/  Gambar semua adalah gambar sepupu akak masa dia perform kat Saitama, Japan.  Sila pose kekwat macam sepupu akak sekarang di depan cermin untuk mendapatkan semangat Shasha Fierce!

Love,
Jumie Samsudin yang berhati batu sapphire.....gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

6 comments:

  1. Replies
    1. Yes so true. Yang penting, jangan beku jadi ais. Pastu terus pecah jadi ayak sirap berlainan kole. Terus terpisah jugak.

      Delete
    2. Ahah, hang betoi wanita moden la Jumie. Pepatah lama pun boleh dipatah-patahkan.

      Ha ha ha.....

      Delete
  2. xleh nk baca entry kali nehhh..
    sbbbb baju kak beyonce tu overshadow abis seluruh texts dlm entry kali ni bley?
    HAHAHAHA

    ReplyDelete
  3. hurm...

    ntah... kalo aku, aku pon rase akak dia selfish... bleh jeeee buat sekaliiiii... beza sebulan je kotttttt... ape salah kan akak dier beralah sket buat sekali bulan 10 tu... taste lain2 pon biaq jaa...buat 2 jenis benda lain2... dalam lain2 tu mesti la kot ada yang sama boleh combined jugak... lagi meriah kot combined... baru dok ada style masterchef selebriti ala2 2 kumpulan... hang pilih mana mau jaa...

    entah. tapi aku rasa mmg akak dia selfish la. alang2 sebulan je kot...

    sian mak ayah depa kalo buat asing2... 2 kali nak penanggah, 2 kali nak setel keadaan umah... 2 kali keja... kalo beza tahun takpa la... ni beza sebulan... letih wooo...

    sangat2!!

    ReplyDelete
  4. Ada perbincangan berkaitan dengan Langkah Bendul dalam Semanis Kurma
    Semoga Bermanfaat

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com