Dear Jumie,
Collegue saya suka bertanyakan gaji saya, elaun saya, dan hal-hal lain yang berkaitan tentang gaji. Saya ada kena potong cukai ke tak dan benda - benda lain yang saya rasa dia tak perlu tahu. Apa yang saya boleh cakap, adalah dengan mengatakan "Tak Tahu" dengan alasan "Saya tak check pun slip gaji."
Kadang-kadang dia macam tak percaya dan memaksa saya semak penya gaji dengan alasan takut gaji terkena potong cukaila, itulah, inilah. Setakat ini, dia belum dapat apa yang dia mahu.
Dia ni pulak dengan selamba bercerita yang gajinya tak habis makan walaupun dia dah beli macam-macam. Ok, saya tak kisahlah dia nak belanjakan wang gajinya, tapi, buat apa nak menunjuk-nunjuk pada saya? Kalau ikutkan, gaji saya lebih dari gajinya, tapi saya tidak terfikir untuk bercakap tentang gaji saya.
Sedari dulu saya memang mengelak untuk rapat dengan rakan sekerja, tetapi, bila orang dah datang, takkan pula saya nak halau. Saya dah sedaya-upaya menjarakkan diri dari dia, tak jawab panggilan phone, sms dan selalu tidak ada di tempat duduk saya ketika dia datang bertandang.
Honestly, kalau bos tak ada, dia memang suka bercerita cerita 'syok sendiri' dia pada saya sehinggakan saya merasakan bosan dan terganggu melaksanakan tugasan saya. Saya memang bukan seorang yang vokal. Saya bertindak seperti meninggalkannya semasa dia datang dan berpura-pura sibuk. Masalahnya, dia macam tak faham dengan tindakan saya yang sudah lama bosan dan panas dengan cerita syok sendiri dia tu.
Fuh...!Lega dah luahkan rasa hati. Saya seronok kerana Jumie mengambil inisiatif membuka ruangan ini untuk kami meluahkan perasaan. Untuk meluah pada laman Facebook tidak sesekali, apatah lagi dengan rakan yang dikenali. Cukuplah Jumie yang tahu.
Terima kasih Jumie, membuka ruangan ini. Walaupun saya tidak tahu apa respons Jumie, tetapi saya lega kerana telah meluahkan ketidakpuasan hati saya ni. Akhirkata, Thanks again and again...!
Yang benar,
Ju Sarah
Hello Ju Sarah,
Terima kasih sebab share ni dengan kami jugak. Saya rasa pasti ramai pembaca yang mengalami masalah yang sama. Kawan office yang super annoying macam ni. HAHAHA. Nasib baik la dia satu office dengan ampa, kalau satu office dengan aku, tak tau lah! HAHAHAHA. Kawan-kawan office saya semua best and baik takdak yang suka kacau-kacau and suka menunjuk ka apa lagu ni. LEGA.
U olls, sebenarnya senang je u olls nak buat untuk orang orang macam ni. Actually dia ni membawa dua masalah besar, yang pertama dia suka mai kacau time kerja u olls. Dan kedua, dia suka menunjuk pasai gaji dia semua.
Cara Menghindarkan Kawan-Kawan office Yang Suka Kacau di Office
Cara untuk 'layan' orang ni senang ja, BOH LAYAN. Yala, memang dia dah mai meja kita semua. Tapi ada cara untuk kita bagitau dia 'indirectly' yang kita tak suka bila dia mai. Body posture memainkan peranan penting. I tak tau macam mana cara u tak layan dia bila dia mai kat meja u olls tu. Tapi u olls kena betul-betul tegas dan buat selambar badak sahaja apabila dia mai kat meja u olls untuk mengajak sembang.
Body posture adalah amat penting, jangan pusing badan ke arah dia. Just tengok kat PC dan teruskan buat kerja. Kalau dia cakap apa-apa, tak payah tengok mata dia, just buat tak tau focus tengok PC, dan bila dia tanya just jawab "aha...yela...betui..."
Tapi paling meletops, pakai earphone!! Layan sajaaa lagu kat PC tu guna earphone. Kalau takdak lagu pun takpa. Just pasang. So bila dia datang buatlah kusyuk-kusyuk. Kalau ada orang komplen kata pegawai sekian-sekian pakai earphone masa bekerja, terus tulis emel kat pihak atasan "Mohon Kebenaran untuk Mendengar Ayat-Ayat Suci Al-Quran Menggunakan Earphone" GITUUUUUUUUU! Tulis dalam emel tu "Setelah bertemu dan mendapat rawatan daripada seorang ustaz, saya disahkan mengalami beberapa gangguan sihir. Saya dinasihatkan untuk mendengar bacaan ayat-ayat Quran dan menghayati maksudnya. Dengan cara ini maka dapatlah saya dibebaskan daripada gangguan syaitan ini. Insya Allah," Gitu......
Kalau depa tanya "Hey...awat hang baling garam kat kami....?" Pastu u olls jawab dengan tenang "Maafkan aku. Aku kena buat macam tu. Untuk buang syaitan-syaitan yang bertenggek kat bahu ampa," Kan???? Angker sangat u olls!
Kawan Yang Suka Bertanya Soal Gaji
Haaaaaaaaaaa!! Yang ni teramat dan senang sekali. Orang-orang macam ni actually depa ni sangatlah bongkak dan sombong dengan rezeki yang Allah bagi kat depa. Macam contoh, kita dapat naik gaji sikit, terus canang kat satu dunia "Bulan ni gaji saya RM5 juta, bulan depan, Insya Allah RM7.5 juta," Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuu....very the Hai O cakap juta-juta kan? Tapi u olls, belum tentu kita dapat rasa gaji cukup bulan ni. Mana tau, malam ni pi beli ayak tebu tepi jalan macam mana ka, malam ni demam. Esok mati terus sebab kena racun ayak kencing tikuih. KAN???????????
Akak selalu baca benda-benda bongkak duniawi kat Facebook ni. Tapi akak baca je la. Pastu layan bergosip kat belakang. Kutuk si polan itu. Takkan kita nak pi tegur dan nasihat dia jangan menunjuk, Allah marah. Hang ingat depa nak mengaku? "Ish...mana ada aku menunjuk...aku cuma nak share rezeki yang Allah nak bagi kat aku....," Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu la peliak hang. Kalau nak share rezeki Allah bagi, mai la belanja kita makan kat hotel apa ka seround. Haaa...barulah betui betui sama-sama dapat rasa rezeki Allah itu.
Terus akak pun feeling suak rambut ke atas ala-ala Datin Seri Dr. Rosmah Mansor "Depa bayar I RM3500 sebulan. Tak masuk elaun kerajaan dalam RM750. So altogether dalam RM4500 gitu," haaaaaaaaaa kannnnnnnnnnn?? Padahal, gaji akak sebagai setiausaha eksekutif kat USM ni lebih kurang RM2500 jer.
U olls jangan rasa lemah, kalah atau tercabar dengan orang-orang macam ni. U olls kena semangat. Orang macam ni, kalau kita tak handle depa dengan baik, kita akan dipijak dan dibuli secara mental ya. U olls kena berani untuk bersuara dan cakap dengan tegas. "Please lah u olls...tak payahla cakap pasai gaji u olls tu sangat. Hang pun tau kan...gaji aku ni lebih besar dari hang. Tapi takdak pun aku bising-bising ke apa. Ingatlah pada mangsa-mangsa kebuluran kat Africa tu semua......orang-orang miskin kerja kutip sampah di Bolivia dan Indonesia. Syukurlah...."
Sekian sahaja mesej panjang dari akak. Jangan hanya merungut sendiri dan membiarkan orang luar membinasakan semangat dan jati diri kita. Kalau kita sendiri tak bangun untuk diri sendiri, siapa lagi?
Love,
Jumie Samsudin
Sungguh angker petua ang Jumie. Nak angker lagi, garam kasaq campur lada hitam.
ReplyDeleteangker sungguh....
ReplyDeletePerggghhh~ bersemangan jitu terus sy yg mmbacanye ni kak.
ReplyDeleteGitteww khenn...
kat opis org, mmber tk mcm ni, tp dia dok tya iolls blnjakan duit gji ke mna..
very the mkcik2.
Boo layan, mls nk ckp. tiap2 bulan tya, sebok sgt.
Tp thnks kak, dengan iolls2 skali terbersemangat..
best cadangan hg...
ReplyDeletetapi aku takleh nak praktik sebab asal budak2 ni borak2 pasal gaji, termasuk la kalo nk sambung contract gaji camne pon slow2 aku blah dari tempat kejadian...
sampai la ni sapa pon tatau ape HR cerita kat aku kalo kami semua sambung contract... hahahahahahaha...