19.6.12

Dear Kak Jumie : Kanak-kanak tak Suka Saya

Salam kak jumie, kami ada rahsia nak kongsi untuk thread "kongsi rahsia uolls"

Sebenarnya kategori problem kami ni tak lah besar mana tapi kami rasa kalo takdak apa2 action in future binasa diri kelak tidak di sukai.  Camni story dia,  masalah kami hadapi ialah,  kami taktau kenapa kanak-kanak tidak menyukai kami.  Nak nak baby-baby tu semua, bila kami dukung mula la menangeh.  Macam kena dera.

Flashback cerita kami dulu-dulu kami ni anak sulung dalam family,  dulu masa kami kecik2 kami punya life kanak2 kurang sebab dok jaga adik-adik parents kami keja.  Bagi kami tanggungjawab jaga adik2 pada ketika itu macam bebanan la jugak tetapi kami tak kesah sebab kami ringanakan beban parents.

After long long time kami dah lama tak jaga baby,  sebab adik bongsu dah sekolah menengah pun.  Kami mula realise, anak2 sepupu kami bila tang kami dukung mula la menangeh macam kena pukoi.  Hari tu kami pi umah adik beradik tunang kami,  ada 1 budak tu I guess umoq dia dalam 3-4 tahun.

Dia ni rapat dengan tunang kami,  aritu kami pun feeling keibuan la nak main dengan dia, tup2 boleh dia buat perangai takmau kat kami.  Macam2 kami ejas and pujuk dia tapi tetap tak makan saman depan2 kami cool la tapi bila balik umah kami rasa apa la yang tak kena dan yang terbaru, anak sepupu kami umoq baru 6-7 bulan centu,  baru-baru ni kami dengan rasa bangga nak la dukung and main2 ngan dia,  dia teruih meratap gila-gila kuat punya sound,  walhal masa dia baby 2 bulan camtu kami penah dukung dia,  sikit pun tak bunyik,  mak aih...surender teroih...

So kami lama-lama jadi fedup, bukan sekali bukan dua kali, tapi setiap kali...kiranya kalo ada budak yang sanggup melekat dan tak bunyi kat tangan kami kami rasa tersangat bangga....hhahah yang masalahnya, bolehkah kak jumie  share tips macam mana nak handle masalah ni, memang tak berat sangat, tapi kami rasa segan la bila dok dalam family tunang kami dan taim2 tu la budak2 semua tak suka kat kami....walhal tunang kami adalah sangat penyayang dengan kanak-kanak..tolong kak jumie ..

Natt Sumi



Aiiiiyoooo Nattsumi,

Hang duk feeling apa ni.  Daripada apa yang akak baca,  hang ni terlalu feeling.  Hang feeling nak tunjuk kat orang kata budak-budak semua suka kat hang dan dengan itu orang akan puji and kata hang wanita sweet kan?

U olls!  U olls tak perlu membuat seperti itu untuk membuktikan u olls wanita yang sweet. 

Daripada cerita ceriti u olls ini,  bukan semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa budak- budak alerjik kat hang.  Hanya beberapa baby yang 6 bulan ke atas sampai 6 tahun cam tu.  And benda ni berlaku semenjak dua menjak ni sahaja.  Janganla hang terus lompat kepada kesimpulan bahawa semua baby tak suka kat hang.  Sungguh over statement itu.

Biasalah,  baby yang 6 bulan ke atas selalunya depa dah kenal muka-muka orang yang familiar dengan depa.  So orang-orang muka yang dia tak pernah tengok,  mestilah dia akan rasa tak selesa. 

Tips untuk menangani masalah ini senang saja,  anytime bila kita dalam suasana orang ramai,  kenduri kendara or family gathering,  tak kisahlah family side kita or side mentua kita,  tak payahla hegeh untuk cuba mendukung baby-baby itu.  Usaha itu tidak akan membuahkan apa-apa. Nanti kalau ang duk try try nak dukung depa,  nanti baby tu keriau style kuat....BUAT MALU MUKA KITA JA.

Akak pun cam tu.  Tapi not all babies.  Ada beberapa babies sahaja.  Macam contoh,  anak buah En.  Khafi semua takut kat akak.  Nak dukung ja menangis.  So akak buat tak tau je.  Malas nak pi ejas-ejas ni semua.  Tapi bila depa dah besar.  Depa sendiri mai nak main dengan kita.  So akak kenal pastilah baby mana yang rapat dengan akak,  akak layan.  Baby mana yang tak suka and takut dengan akak,  akak terus buat muka hantu bila jumpa depa...hahaha....saja bagi depa lagi paranoid tengok akak.  Senang cerita u olls.

Takpayah la hegeh nak pi dukung anak-anak orang yang tak sudi.  Suruh ja mak / maid depa dukung depa.  Hang tunggu nanti hang beranak sendiri....haaa..dukung la anak hang puas-puas.

ps/  Erm...lagi satu.  Hang kata tunang hang sangat penyayang dengan baby. Akak nak highlight kat sini ya,  suka dan penyanyang dengan baby tidak bermaksud nanti dia akan menjadi ayah yang baik ya.  Anak orang memang la kita seronok nak main.  Anak sendiri dia datang dengan package ya,  dari berak kepada demam sakit dan juga bangun malam nak mintak susu.  Tak semua jantan boleh layan ya. 

Berhentilah berfeeling,

Kak Jumie.

3 comments:

  1. ai loikee ur answer kak Jumie!! tmbah bab nk jaga anak sndiri tu hehe..

    ReplyDelete
  2. suruh dia mai amik aku punya aura sikit...

    sebab aku plak problem lain plak... budak2 over2 suka kat aku sampai yang baru kenal dunia umo dalam 4-5 tahun pon boleh feeling2 kenyit2 mata sambil cakap "Hai, nak berkenalan, buleyy??"... tu yg lelaki... kalo pompuan plak, feeling2 kami ni sebaya plak kan... siap tanya macam rakan2 sebaya lahh... adeihh... terasa gile kot sebab tak cukup tinggi maka dilayan sebegitu rupa...

    memang parah budak2 camni... nak2 plak zaman la ni...

    ReplyDelete
  3. ada aku kesah budak x suka aku? hahaha....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com