18.6.12

To Be Pompang Or Not To Be Pompang

Hello u olls,

Setiap hari kita bukak Facebook.  Dan setiap harilah kita akan membaca status-status rakan-rakan,  sedara mara dan artist-artist yang kita add depa.  Ada yang kongsi ilmu.  Ada yang kongsi kesedihan.  Ada yang kongsi kegembiraan.  Ada yang suka letak benda-benda lawak (MACAM AKAK) dan ada juga yang suka pompang.  Dan ada juga yang feeling tulis dan semua benda yang depa buat setiap 30 saat.  Akak tak mau mengupas tentang benda itu.  Akak nak kupas tentang,  status-status orang yang pompang.

What is pompang?  Maybe ada yang tahu,  ada yang tak tau.  Bahasa pasar Orang Malaysia.  Pompang bermaksud 'cakap besar'.  Sesuai dengan bunyi perkataan ini "POM" "PANG"

Contoh pompang yang diletakkan dalam Facebook adalah pelbagai.  Ianya boleh hadir dalam bentuk ayat-ayat status,  gambar,  ataupun check in.

Contoh ayat-ayat pompang di status adalah "Alhamdulillah,  gaji saya bulan ini adalah RM4 ribu.  Bulan depan termasuk elaun lebih kurang RM5k.  Rezeki suami isteri," 

Nok,  alhamdulillah.  Rezeki kau sebulan sama macam gaji akak campur gaji En.  Khafi.  We olls very the rakyat marhaen.  Yelah,  we olls tumpang bahagia tengok rezeki yang melimpah ruah ini.  Tapi at the same time,  akak pun bukan malaikat ya,  akak ni maknusia.  Sepintas akak terbaca status u olls itu,  terus tersembul di hati,  akal dan mulut akak "POMPANG NYA KAU NOK. Esok lusa kau belum tentu hidup.  Tak dapatlah nak rasa duit gaji tu nanti.  Acaner?"

Contoh gambar pompang "My Collection...2012"  Sambil post gambar gambar kasut mak ayam beli kat Coach,  C&K,  Aldo dan lain-lain. 
Kerlasssssssssssssssssssssssss......haaa...sapa-sapa yang ada album ni.  Jangan nak paranoid dengan akak ya.  Sendiri mau pikir.  Akak tak kata benda ni salah.  Ini pilihan u olls.  Tak semestinya gambar pompang ini terdiri daripada gambar-gambar koleksi pembelian kasut,  baju dan beg tangan jenama mahal.  Tapi u olls-u olls yang duk buat business ONLINE / Pyramid Sistem ni semua. Duk bubuh gambar duit banyak-banyak apa semua.  Berkepok-kepok.

Satu lagi contoh gambar pompang adalah doplohpatjam (24 jam) duk bubuh upload gambar u olls dan suami/tunang/kekasih dengan caption "Cute tak hubby i?"  Nyah......pelissssssssssss....Biarlah hang sorang yang rasa dia cute.  Akak dan rakan-rakan lain maybe mempunyai taste jantan yang berbeza.



Dan juga,  for those yang beranak bunting pelamin,  bunting gajah,  bunting harimau,  dan segala jenis bunting-bunting yang tidak diiktiraf oleh badan-badan kesihatan dunia.  Yelah....hang dah bunting.  Besarnya perut u olls itu.  Perut akak pun besar u olls.  Tapi takdak isi la lagi la.  Sapa yang tak happy bila mengandung kan?  Tapi janganlah duk post pasai kebuntingan u olls doplohpatjam (24 jam).  Kesian la jugak kat kami-kami yang tak mengandung lagi ni.  Kami tak jeles.  Kami tumpang happy.  Tapi ampa celaka la duk layurrrrrrrrrrrrrr benda-benda ni kat depan kami.  Daripada tumpang gembira,  terus datang perasaan celaka di dalam hati ini.  Nak buat macam mana.  Buat-buat tak nampak je la.  Hanya Allah yang tau dalam hati kami macam mana.  Mana kami boleh tegur dan cakap kat hampa "Janganlah excited sangat dengan kandungan tu,'  COMFIRM ampa akan kata "HANG JELES KE NOK?"  Balik balik kami la yang salah.  This is so not fair.  Dah la kami tak mengandung lagi.  Bukan kami tak mau mengandung.  Kami romen tak pakai condom pun.  Tapi dah takdak rezeki buat macam mana.  Dah sperm laki kami malaih nak berenang laju-laju.  Nak buat macam mana?

Sapa-sapa yang terasa paranoid dengan kata-kata akak ini,  jangan nak pereng kat i.  Im speaking on behalf of those woman yang mempunyai nasib yang sama dengan saya dari seluruh Melesia. Bukan tak boleh share,  kami pun nak tau juga perkembangan u olls.  Tapi berpada-padalah.  Memang apa pun kita buat,  kalau terover acting akan jadi bunga tahi kan?



Contoh check in pompang.  Well yang ni akak pun selalu buat.  Kalau pi makan kat kanting Bakti USM, takdak pun feeling nak check in.  Tapi kalau makan kat Suffolk House,  nenjiaaa....tiba-tiba nak check in bagai.  


Actually,  yang ni tak berapa kritikal sangat.  Walaupun sebenarnya akak sangat sentap bila tengok kawan-kawan akak yang check in di tempat-tempat hebat seperti Egypt,  France,  Tunisia,  Australia dan lain-lain.  Sapa tak jeles u olls?  Tapi takpa.  Akak jadikan jeles ini sebagai satu semangat dan impian dalam hati akak.  Satu hari akak pun dapat pergi melancong ke tempat-tempat itu.  Insya allah.  If there is a will,  there's always a way. 




Dinie,  yang buat hantaran akak kawen pun baru baru ni pi UK.  Tapi dia tak la pompang.   Dia cool ja.  Dia upload gambar sekali banyak.  So timeline kita tak lah semak dengan notification yang berulang-ulang. 
Dan kepada orang-orang yang suka check in doplohpatjam (24 jam) nasihat akak,  berhati-hatilah kerana setiap tempat yang u olls check in tu,  boleh dijadikan satu jalan kepada penjenayah/stalker untuk kaji patern pergerakan u olls.  Sampai satu time,  dia mai serang u olls.  Haaa...lagu mana?  Ataupun penjenayah mana ka.  Dia tengok u olls punya pergerakan semua,  terus dia cipta satu komplot kata u olls terlibat dengan jenayah tu berdasarkan tempat - tempat yang u olls pergi tu.

So at the end of the day,  its all up to us,  to be pompang or not to be pompang.



Seperti kata sahabat baik saya yang sangat cerdik iaitu Asmaa Aljuned yang pandai masak nasik Arab tu :

We olls semua ada benda untuk dipompangkan.  Tapi menjadi pilihan kita untuk mempompangkannya atau tidak.  Contohnya,  Jumie....hang boleh ja kata yang hang ni Snow White dan semua binatang suka bercakap dan menari dengan hang.  Tapi no,  hang tak pompang pun.  Hang just maintain jadi macam pompuan ahli sihir nak panah petir kat orang.  Asmaa Aljuned.

And satu lagi petikan kata-kata yang paling akak suka dalam filem The Iron Lady  :
Watch your thoughts, for they become words.Watch your words, for they become actions. Watch your actions, for they become habits. Watch your habits, for they become your character. And watch your character, for it becomes your destiny.:  Margaret Thatcher,  The Iron Lady

Love,

Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Hahahaha.......agreed! iols pun kadang-kadang pompang bab check-in..lepas ni tak mau pompang sangat dah..insoff..

    ReplyDelete
  2. Pedas pedas berlapik
    Komen bab romen tak pakai kondom atau tidur atas simen,,lembut jer munyinya, tidur bawah kipas kot

    Assalammm tamu senja

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com