29.7.11

Kad Kahwin Jumie dan Khafi by GaleriKadKahwin Penang

Kad kawen! Kad kawen! Kad Kawen!  Kad kawen adalah antara benda yang paling penting dalam segala persiapan berkahwin ini.  Ianya adalah simbol adat dan jugak membawa mesej ikhlas dan sembah hormat daripada pengantin dan keluarga kepada tetamu yang hendak dijemput.

Ikutkan hati akak ingin membuat kad kawen yang sangat simple.  Tidak ada ayat cliche yang panjang-panjang.  Paling I olls suka ialah kad kawen Maya Karin.  Tapi setelah siap draft pertama,  akak rasa macam sangat BIADOB membuat kad kawen yang terlampau simple.  Takdak salam takdak apa...tiba-tiba hang bagitau nak panggil mai makan.  Sebab itulah sekali lagi diulang,  kad kawen ialah first impression tetamu terhadap kita.  Oleh itu,  akak pun haruslah buat yang terbaik tapi still mengikut taraf kemampuan akak.  I olls teringin nak buat kad yang modern dan lari dari tema-tema cliche.  And then i met GaleriKadKahwin Penang

Nenjiaaaaaa.......mai tengok dulu kad kawen kami.  Lepas ni baru kami cerita kami buat kad ni kat mana!   
MELETOPS TAK U OLLS!

Ini muka depan kad kawen akak yang bertemakan JERAT PERCINTAAN dari Dato Siti Nurhaliza.  Meletops u olls.  En.  Husin bekas boss I sebok telefon i kata "Ni awat u bubuh sangkak sampai empat.  Itu maknanya u bagi peluang kat suami u kawen sampai 4 tu!"  HAMBOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!


Who is GaleriKadKahwin Penang?
GaleriKadKahwin Penang yang diusahakan oleh pasangan suami isteri yang muda dan menetap di Penang.  Tuan kedai lelaki iaitu En.  Rahim ialah orang Penang,  manakala tuan kedai perempuan iaitu Ms.  Anne (isteri En.  Rahim) ialah orang Terengganu.  Depa dah dua tahun menjalankan perniagaan di pejabat operasi yang berlokasi di Lebuh Acheh, Georgetown Penang.




Macam mana nak buat order?
Selepas bertemu buat pertama kali di pejabat they olls yang terletak di Lebuh Acheh,  Penang we olls pun terus membuat deal.  Akak janji akan promot depa dalam blog akak dan of coz depa bagi akak BAGUIH PUNYA PRICING :)  Proses seterusnya semuanya melalui emel dan sms sahaja.  Bayaran deposit pun semua pakai online banking.  Cuma masa product dah siap,  we olls pi amik kat pejabat urusan dan membuat bayaran tunai.  Macam mana nak pi kedai depa?  Baca sini :  Hubungi GaleriKadKahwin



Kenapa akak rekomen sangat?
And akak sangat menggalakkan u olls menempah kad kawen ready-made ataupun CUSTOMIZED dengan GaleriKadKahwin Penang ni sebab they olls very the meletops!! Cepat,  mudah dan of coz sangat berpatutan!!! Sangat standard KL u olls.  Katanya satu Melesia pun mai tempah kat depa okay.  So haruslah orang Penang sendiri pun bagi support kat depa u olls!  Ini akak ada bagi soalan-soalan ceput emas kat depa ni untuk dijawab.  Selamat membaca ya u olls.

Kalau tak kami dorang nak tempah kad macam ni,  tapi sebab kami dorang macam gatai lagi,  so kami tempah yang customized design punya. But this product memang hotz kat GaleriKadKahwin.

Boleh tak ceritakan secara ringkas macam mana boleh terfikir untuk membuka kedai kad kahwin customized macam ni?
Idea datang apabila kami menerima banyak rungutan dari kenalan di Penang mengenai kekurangan pilihan Kad Kahwin di Penang.  Ada antaranya terpaksa order menerusi online atau perlu ke Kuala Lumpur hanya untuk menempah kad kahwin namun hampa apabila kualiti dan rekabentuk kad tidak seperti yang diingini. Titik tolak dari itulah, kami memulakan perniagaan Kad Kahwin ini di Pulau Pinang dengan menawarkan pelbagai pilihan rekabentuk mengikut pilihan pelanggan pada harga yang amat berpatutan selari dengan moto kami "Design Eksklusif Harga Ekonomi".

Selain design kad kawen customized,  apa lagi service istimewa yang terdapat di Galerikadkahwin Penang?
Kami turut menawarkan Rekabentuk dan Cetakan Banner, Bunting, Poster, Wedding Box, Wedding Paper Bag, Gift Box, Thank You Tag dan lain-lain perkhidmatan percetakan.


Selain buat kad kawen,  depa buat poster/bunting/streamer jugak.  Akak punya tak siap lagi.  Nanti ampa mai kenduri ampa tengok la sendiri ya :)
Range harga kad kawen di GaleriKadKahwin?
Harga dari serendah 8 SEN. Secara purata harga kad kahwin kami berharga antara RM 0.25 - RM 0.90 per keping. Harga bergantung kepada Kuantiti, Material, dan Cetakan. Kami juga menawarkan pilihan kad berdasarkan bajet pelanggan. Paling penting setiap musim tempahan kad kahwin, kami akan menawarkan promosi bagi kad-kad tertentu ( Promosi 4 kali dalam 1 tahun).

Ini antara jenis cetakan kad yang paling murah.  Siriesly,  bukan flat colour ya.  Siap ada tona-tona warna.  Simple tapi tetap stylo u olls.  Tak nampak macam fotostet biasa,  itu yang penting.

So far u olls terima tempahan daripada mana?  Paling jauh dari mana?
Kami menerima tempahan dari seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.Tempahan paling jauh tentulah dari Sabah, Negeri Bawah Bayu. Kami juga kerap menerima tempahan dari Sarawak kerana Kos Penghantaran yang dikenakan oleh pihak kami amat berpatutan dan tidak tinggi berbanding yang lain.


Cabaran membuka business ini di Penang berbanding di KL?
Cabaran yang paling mencabar adalah persepsi  dan penerimaan masyarakat di sini terhadap konsep kad kahwin yang kami ketengahkan berbanding  mereka di Kuala Lumpur yang telah biasa dengan aliran konsep kad moden dan komtemporari. Perkembangan Kad Kahwin di Penang telah ketinggalan 2-3 tahun berbanding Kuala Lumpur. Ini yang memberi kami cabaran untuk mengubah pandangan masyarakat tentang kad kahwin yang bukan semestinya perlu ada tepak sireh, keris, bunga dan cincin. Rekaan Kad Kahwin lebih dari itu dan tiada had serta tidak terbatas elemennya.Kebanyakkan kad rekaan kami walaupun moden namun masih mengekalkan elemen tradisi yang harus kita kekalkan namun diberi nafas baru dari segi rekaan, warna dan latar kad agar lebih menarik, selari dengan perkembangan arus semasa.




Ucapan Khas dari GaleriKadKahwin Penang

Kami berharap agar GaleriKadKahwin Penang mendapat sokongan daripada Pelanggan di Sekitar Utara Semenanjung Malaysia Khususnya dan dari Seluruh negeri di Malaysia ini amnya. Kami juga berharap agar dapat terus memberikan perkhidmatan Kad Kahwin yang terkini dan menarik kepada seluruh pelanggan kami pada harga yang memuaskan. Kepada mereka yang telah menggunakan perkhidmatan Kad Kahwin dari kami, Jutaan Terima Kasih dari kami dan teruskan menyokong kami.

Nenjia mai tengok kad kahwin I olls yang dah siap.  Insya allah,  kepada kawan-kawan saya.  Minggu depan start puasa u olls akan dapatlah kad kad ini :)

Ini gambar sampul dah siap.  Siap bubuh nama Intan dah ni.  Tunggu nak post :)

Alangkah happynya hati kami bila tengok kad dah siap hanya ALLAH yang tahu.  Punyalah duk senyum kat depan Anne masa tu sampai sakit pipi.  HAHAHA.  Alhamdulillah.  Thank you GaleriKadKahwin.

18 comments:

  1. sangat3 lawo kad jemputan kawen ituuuu.. :)
    all da best akk..

    ReplyDelete
  2. Thanks pepet. Lepas ni nak promo awak punya special handmade doorgift pulaks! haruslah antar cipat cipat ya :)

    ReplyDelete
  3. NO! Thanks to u guys. Sampai arini orang duk called tak berenti puji kata kad kami cantek :)

    ReplyDelete
  4. wow!!!! speechless makyam tgk kad kawen ampa.da mcm wall sticker ja corak dia tu.meletoppps wokeh..

    ReplyDelete
  5. cantek! oke,nk pegi n survey nnti :D

    ReplyDelete
  6. salam jumie...cantik..nanti boleh pi reeki utk anak anak sedara....cute dan sweet sangat...

    ReplyDelete
  7. akk nk sekeping kad chantek ni.pos tau.nnt kempunan plak..hehe

    ReplyDelete
  8. hohh...gile cutest..nak mintak satu tapi mesti x dapat nye..T_T simpan satu kak jue utk tunjuk cucu cicit piut

    ReplyDelete
  9. napa tak letak love dalam sangkar?

    ReplyDelete
  10. MELETOPS SANGAT kad kawin hampa JUmie!!!!

    Klu ada lebih, nak 1 pls..wpun kami x dpt dtg :(

    ReplyDelete
  11. Kelllessss jumie !! Puan intan yer. Hehehe. Smp lani rasa pelik kalau org pgl kami puan. Hehe.lepas ni puan jumie pulak!!! Hehe. Bdw kami berdoa agar majlis hampa berjalan dgn lancar dan sukses dan diberkati! Cant wait to go ur wed :)))

    ReplyDelete
  12. Hello ampa semua. Thank you atas pujian. Tahniah kat GaleriKadKahwin Penang sebab depa lah impian kami nak buat kad kawen meletops menjadi kenyataan.

    Sapa-sapa nak kad, sila PM saya. Nanti insya allah ada lebih kad kami akan send.

    Lani kad pun dah habis. Kena tambah printing lagi. Ramai lagi kawan especially kawan sekolah tak dapat kad lagi.

    Nani, sangkar kosong itu ada simboliknya. Pasan tak semua burung itu diluar sangkar? Apa maksudnya...maksudnya ialah...KAMI DAH NAK KAWEN..SO KAMI BEBAS DARI JAGAAN MAK DAN BAPAK KAMI DAH :)

    Takkan nak bubuh love dalam sangkar...nanti nampak macam CINTA yang TERPERANGKAP. :)

    ReplyDelete
  13. cantik uols!!
    thanks for sharing macam leh buat kat sini, murah jer hah compare to KL..
    cantik pun cantik!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com