28.7.11

30 Hari Sebelum menjadi Pengantinwati

Assalamualaikum semua orang!  Seperti yang dijanjikan.  Sekarang ni lebih kurang lagi sebulan kami nak mengahwinkan diri.  Ya Allah kuatkanlah hati aku.  Siriesly,  dalam hati kami berdua,  me and En.  Khafi,  kami berniat nak halalkan ikatan ini dan bernikah dalam satu majlis bersama adik beradik dan rakan terdekat sahaja.  Namun,  seperti yang I olls cakap dulu,  kalau u olls betui-betui niat nak buat kenduri kecil u olls kena betui-betui kuat untuk meyakinkan keluarga u olls yang berlatar belakangkan Melayu Parameswara.  Perancangan kami gagal.

Ha...duk mengatalah kan?  SOWAT gamak ni amik dalam bilik hotel.  Masa ni nak amik En.  Khafi pi makan kenduri kat Alor Star.  Kenduri adik Shikin Marzuki.  Inilah gambar pertama akak letak kat Facebook :)
Sejak 2009, kami dah rancang perlahan-lahan.  Especially dari segi kewangan. SIMPAN DUIT SAMPAI NAK MENANGEH DAN GIVAP.  Persiapan-persiapan lain datang berguling within 6 bulan sebelum kahwin iaitu selepas kami bertunang pada bulan Mac yang lalu.  Ramai yang ekspek gila-gila kat kami dorang.  Depa kata ini mesti jadi WEDDING OF THE YEAR.  Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa wedding of the year lah sangat.  Mak bukan retis nyah.  Mak hanya pompuan gemok yang cakap banyak dalam blog sendiri  dan suka dengan dunia fashion dan wedding.  So semua orang pun ekspek mak punya taste gila-gila la sebab selama ni mak duk carut orang sana sini.

BARU ADA AKAI HANG JUMIZAH!

Baiklah...takmau berletiak banyak. 

Seperti yang dijanjikan,  bermula hari ini dan esok dan 30 hari lagi (LEBIH KURANG) akak akan menyajikan u olls dengan pelbagai artikel berkenaan dengan wedding akak dan En.  Khafi yang kendu itu.  Arrrhhh...kelesss....Miss Nina.  Jangan marah ya.

Antara artikel yang telah disusun atur oleh akak ialah seperti berikut  : 

(KEMUNGKINAN BESAR ARTIKEL INI SEMUA TIDAK AKAN DITERBITKAN MENGIKUT SUSUAN INI DAN MUNGKIN TAJUK INI AKAN BERPECAHKAN ATAU DI MERGE MENJADI SATU ARTIKEL)

  1. Cerita Kad Kahwin
  2. Cerita Video Kahwin
  3. Cerita Camera Man
  4. Cerita Baju Kawen
  5. Cerita Tema Warna
  6. Cerita Wedding Planner
  7. Cerita Lokasi Kenduri
  8. Cerita List Kawen (List of Things To Do)
  9. Cerita Cinta Jumie dan En.  Khafi 
  10. Cerita Barang Hantaran
  11. Cerita Cincen Kahwin
  12. Cerita Pengapit
  13. Cerita Hari Menikah
  14. Cerita Malam Berinai
  15. Cerita Hari Bersanding
  16. Cerita Majlis Bertandang
  17. Cerita Memikat Hati Mentua 
  18. Cerita Penginapan Di Penang
  19. Cerita Penginapan Di Johor
  20. Kelas Vokel - Lagu Lagu Pilihan Nak Nyanyi Masa Kenduri
  21. Cerita Pasai Penginapan Di Muar
  22. Cerita Pasai Penginapan Di Penang
  23. Cerita Kenapa Saya Nak Kawen?
  24. Tips Muka Berseri Menjelang Kahwin
  25. Cerita "Kenapa Awak Nak Kahwin Dengan Saya?"


Okay,  so far itulah tajuk-tajuk besar yang akan dijadikan panduan kepada akak untuk menulis journal 30 hari Sebelum Menjadi Pengantinwati.  Kalau ada apa-apa yang tertinggal please let me know.   

Semoga objektif untuk menghargai dan membantu mempromosikan perniagaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kawan-kawan saya yang banyak membantu wedding kami berdua ini dirahmati oleh Allah.

Semoga perniagaan kita semua semakin maju dan membangunkan industri wedding di Penang :)

    6 comments:

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com