Kubang Semang Couture |
Okay, marilah akak cerita tentang kedai bundle ini.
Macam mana akak tau tentang kedai ini?
Akak dari dulu suka duk pi kedai-kedai bundle area Perda. Pastu ada satu budak kerja kat kedai bundle tu cakap, "Akak cuba pi carik satu kedai bundle kat Kubang Semang, depan mesjid. Nama kedai tu Lee Bundle,". Maka satu hari masa duk pi make up area Bukit Mertajam akak pun gagah pi carik kedai bundle ni sampai jumpa.
Inilah tuan punya kedai. Nama dia Abang Lee. Orangnya sangat peramah. U olls ingat tak untung ke meniaga bundle ni? Abang Lee dah pi Umrah okay. Siap bawak dia pi sana. Kau mampu? |
And first time akak pi sana, akak terus seronok gila-gila babi sebab ada macam-macam dari kasut, baju, spek mata, jacket dan macam-macam lagi. Akak terus rekemen kat kawan-kawan terdekat dan adik beradik! Bila kami free-free kami suka pi sana! Sangat fun time with your loves one. Kita boleh lawan-lawan sapa dapat carik baju meletop!
Tak geli ke baju bundle?
Actually terpulang kepada pendapat individu. Ada yang geli sebab yelah, baju ini dibuang. So sama macam sampah kan? Ada pulak yang kata, its not good to wear baju - baju bundle macam ni sebab baju membawa 'KARMA' si bekas pemakai baju itu. So kalau si bekas pemakai membawa "BAD KARMA", so bila kita pakai kita pun akan terkena 'BAD KARMA' itu.
Akak mempunyai pendapat yang berbeza. Akak tak rasa geli, sebab bila kita dah beli dan bawak balik. Kita cuci bersih-bersih dulu. Letak dettol (untuk orang yang verver haijenik tu kan?) Selawat sikit masa cuci tu nyah. Yakinlah bahawa baju itu suci. Jangan ada rasa was-was. Dan bab-bab 'BAD KARMA' tu, akak percaya kalau Dia nak bagi bad karma!! Dah lama dia bagi!! Tak payah tunggu hang pakai baju bundle. Tak gitu u olls?
Tepuk dada tanya selera.
Apa yang kita boleh dapat kat sini?
Macam-macam jenis baju. Tops, t shirt, seluar, kasut, selendang, topi, summer dress. Even winter wear pun belambak kat sini. Akak pernah bawak kawan akak. Dia nak pi celebrate Christmas di German. So of course kena beli banyak winter wear sebagai persediaan ke sana. And ampa tau la kan? Winter wear adalah sangat mahal kalau di beli di negara beriklim QHOTULISTIWA macam kita ni.
I hope u guys have a really-really fun time di kedai bundle famous kat Kubang Semang ni :) Get inspired babeh! |
Harga?
Tau tak berapa kawan akak kena bayar untuk baju-baju winter wear yang meletops itu? RM13 saja noks!! Kawan akak terketar-ketar masa bok keluar duit dari dompet bukan sebab mahal tapi sebab kenapa terlalu murah u olls!
Me and Chanel Harun. Hope u olls dan friends sangat inspired dengan timbunan baju-baju di kedai bundle ini. :) |
Sebab itu orang orang yang duk meniaga bundle secara kecil-kecilan depa mai sini untuk dapatkan stok baju bundle di kedai depa.
How to go there?
Okay u olls. Cara mudah untuk u olls ke sana.
- Masuk highway BKE (Butterworth - Kulim Express) dari bulatan Seberang Jaya tu menghala ke Kulim.
- Lepas tol yang pertama (RM1.60) ampa akan nampak simpang kiri bertajuk "Kubang Semang". Masuk simpang kiri itu.
- Simpang kiri tu actually macam jejantas/ jambatan yang akan membawa kita ke arah kanan lebuh raya. So terus saja masuk kanan.lepas naik jejantas.
- Lepas turun ke kanan kita akan jumpa traffic light simpang tiga. So amik kiri.
- Drive sampai hujung kita akan jumpa simpang tiga traffic light lagi. Kat sini kita akan jumpa Masjid Kubang Semang kat kiri kita. Dan stesyen minyak MOBIL di kanan kita. Masuk kanan.
- Okay, kat sini slow slow perlahankan kereta dan u olls akan nampak LEE BUNDLE kat blah kiri jalan.
Ini dia punya Google Maps : RMY Lee Bundle Kubang Semang
Nyah...kalau dah sesat-sesat sangat! Call je nombor ni! |
yeay!kami pun slalu duk p sana!sgt heaven bila dok mengorek bj kat ataih bukit baju tu!sgt windu kat abg lee..haha
ReplyDeleteAmpaaaaaaaa!! Kami pon sgt suka bundle okeh!!! Anak2 pon byk pakai baju bundle jer u ols!
ReplyDeleteKat sini ade kilang dia terus! boleh p beli kat kilang, 100kg = RM20 - 30 Hengget jer u osl! Tp p beli kat kedai dia jer..
SUKA!!!!
macam best jah....
ReplyDeletekat kampung i di kelate pun banyak gak bundle... tapi jarang la jumpe dress ke apa tu jumie...
tshirt ngn jeans ngn jaket berlambak la...
tapi dah kerja kat putrajaya ni payah benar dah nak jumpa bundle...
wah..sukanya kami,terima kasih angpa nanti khamis ni kami nak pi la sebab hari ni abg lee tutup kedai.
ReplyDeleteThanks ampa semua for the comment on my article today :) Mohon cadang Abang Lee boh gamak kami dalam kedai dia. HAHAHAHAH
ReplyDeleteyihaaaaa...kami pun soookaaa p sini.lagi2 bila p abg lee dok wat poco2..sgt melepsss..wakakakaa..
ReplyDeletehuuu... tak penah lg pi sana... nak gak tanya ampa... mujur ampa wat story ni... nanti senang kami ajak satu family abg kami shopping sana... :)
ReplyDeletetengs laa byk2 :)
wahhh..RMY bundle ni takder online ker?kita jauh ler..kat miri..huhuhu.
ReplyDeletela..tepi umah saya je ni...tapi dah jarang gi...:)
ReplyDeletedie tutup ahad..kami pi baru ni..
ReplyDeleteSalem, ape nombor HP Abg Lee tu? Gamba tak dpt bukak. Tk
ReplyDeletekak jumie.. post lama ni.. tp lani ujung² 2013 ni kedai ni wujud lagi ka.. kami nk p serbuu...
ReplyDeletesalam jumie, nk tya sikit. lee bundle ni buka ari apa tutup ari apa?
ReplyDelete