From : Miss Azie
Message : kak jumie saya mmg slalu megikuti perkembangan blog kak jumie...dan saya meminati k.jumie...boleh kongsi x kt mn k.jumie bli bju2 k.jumie...saya berbadan besar...mmg payah nak jumpa baju. Please help me.
Jawapan Kak Merr :
Terima kasih Miss Azie yang sudi mengikuti perkembangan belog akak yang HAUSS ini!! Tampa orang orang seperti u olls, takdak maknanya penulisan akak yang HAUSS ini. Tau tak HAUSS tu apa? Haus tu dahaga la!! Takdak ayak. Kering!!
Terima kasih jugak kerana meminati akak. AUUU! Rasa macam Beyonce seketika. Tapi akak nak bagitau kat sini, akak ini hanyalah orang biasa. Tapi akak ucapkan terima kasih sebab sudi minat akak. Tapi jangan la minat saja, nanti besde akak tahun depan 29 Mac tu...mai la antak bunga ka, hadiah apa -apa ka kat office akak ni ok!! Jangan duk minat saja.
Baiklah, kita back kepada soklan utama adik iaitu "BOLEH KONGSI TAK KAT MANA KAK JUMIE BELI BAJU-BAJU KAK JUMIE".
Okay akak akan menceritakan rahsia akak kelihatan anggun semegun!! (SYIOKNYA NAK JAWAB NI......RASA MACAM BEYONCE SAT!!) Akak ini bukanlah orang kaya sangat u olls. Akak rasa, kalau akak kaya walafiat pun, akak tak akan shopping baju-baju branded ni! Akak tak suka. Kalau betul akak nak spend duit pun, akak akan shopping make up dan beli barang emaih banyak-banyak tu ja. Bab-bab baju ni, akak tak berapa kisah sangat brand dia.
- Nicchi
Kalau bab-bab nak beli dress pi clubbing dan dress meletops yang menghangatkan keadaan semesta bila akak memakainya...akak pergi beli kat Nicchi sebab kat sana lah ada size akak. Banyak koleksi Nicchi dan yang paling akak suka ialah DRESS BEYONCE yang akak beli untuk konsert Beyonce tapi haram Beyonce tak mai Melesia pun!!
Akak dan dress Beyonce! Di sebelah anak ikan akak. - JUSCO
Jusco ada satu jenama yang jual pilihan baju orang montels dan vouge seperti kita tajuk dia ialah "SCARLET". Akak memang suka beli baju-baju basic kat situ seperti seluar, kemeja dan sebagainya.
- Flea Market
Kalau ada pasar malam kat mana-mana ketika akak jalan-jalan tak kesah la kat Penang, atau KL atau kat Jakarta. Kalau santek! Akak akan membelinya!
Dress ala-ala Michelle Obama ni, akak beli masa kat Phuket. RM40 ja. - BUNDLE U OLLS
Yes, setengah orang kata bundle ni macam jijikss dan sangat hina kan? Sebab baju orang terpakai. Aiyoo!! Ada aku kesah. Murah pun, bukan u olls yang bayar kan? Bila tengok akak pakai melepsss ko heboh tanya mana akak beli dress tu kan? HEHEHE. Akak dan kawan-kawan akak, suka pi satu kedai bundle kat Kubang Semang. Kami panggel dia, KUBANG SEMANG COUTOURE. Bayangkan, akak buleh beli dress hitam yang meleps dengan harga dua kupang saja. kih kih kih. Dan kawan akak pergi beli winter wear dia kat situ, dengan baju bulu-bulu ala-ala JLO pakai dalam bidio klip "Its such a shame that im leaving..." haaa....semua tu dia beli boh dalam dua beg pelastik sampah baru RM15. HAHAHA. Memang best. Sebab baju bundle mostly mai dari luak negara. So size luak negara ni memang besak-besak la.
Ini antara baju dan dress yang akak beli kat bundle. Tak sampai RM2 pun!
Dan ini maklumat tambahan untuk u olls yang berbadan vouge. Akak harap tips ini amat berguna untuk u olls yang berbadan montel dan vouge seperti akak. Kelesss nyah!
- KEMAS
Make sure baju yang kita beli itu kelihatan kemas dan terletak kat badan. Jangan duk pakai baju yang terlalu kecik untuk size badan dan terlalu besar untuk badan kita. Make sure fitted well, yang paling penting, kalau kita duduk bangun berdiri, baju tu tak koyak!! Ada faham?
Hang ada cutting camnih?? HUH!!
- SEKSI but NOT TOO MUCH
Kelebihan orang yang berbadan montel seperti kita ialah adalah LEBIH SEKSI daripada pompuan berbadan skrepeng! HAHAHA. Yes u olls. Sebab, tetek kita lebih besak dan pungkok kita lebih mantap! So kalau u olls nak buat seksi look, please lah jadi seksi yang sofistikated sikit ok. I think, rules ini works to all women out there. Kalau u olls nak show your legs, so cover your up! Kalau u olls nak show your upper part, then cover your legs! PAHAM??? Contoh : macam ni!! Baju off shoulder tapi suak panjang! Paham?
Tengok baju ni, lengan tebelah...tapi suak panjang kan???
- BAJU DALAM YANG BERKUALITI
Yes u olls! Badan kita ini tau tau saja lah kan? Mempunyai banyak lebihan isi yang bermutu. Oleh itu, kita perlu menjaga dan menyimpan lebihan isi yang bermutu ini. Akak sedih u olls tengok pompuan-pompuan yang mempunyai tetek yang besar, tetapi memakai baju dalam yang tak kena dengan saiz badannya. Cup yang kecik dan tali yang longgar. Ini bukan saja membuatkan saiz u olls menjadi lebih lay out (layoot u olls!) malah, tetek u olls itu kelihatan tak menyelerakan apabila berpakaian baju-baju yang sendat. So!! Make sure pakai size bra yang betul dan kalau u olls nak tau rahsia akak? Akak pakai Premium Beautiful Korset! Harga RM2.4k satu set ok. Akak ada dua set. Sapa nak beli boleh bagitau akak buleh kenalkan kat kawan-kawan yang jual secara ansuran ok.
CONTOH YANG BAEK!!
- SIMPLE DESIGN
Kalau boleh kita pilih design yang simple dan tak terlalu details. Maknanya, tak banyak poket, tak banyak butang sana sini dan terbelah belah kat tempat yang tak berkenaan. Simple and kemas. Contohnya, kalau nak buat baju tradisional, akak suka buat baju kurung modern dan kebaya labuh! Kebaya pun simple kebaya yang lipat depan tu ja. Barulah nampak Datin-Datin u oolls!
This is one of my favorite baju kurung modern. - LESS EKSESORI
Untuk wanita vouge macam kita ni, jangan duk pakai banyak sangat eksesori nanti nampak macam pokok krismes duk berjalan. Kalau u nak pakai, just pilih satu centre peace yang u olls nak pakai and just stick to that one. Macam akak, akak suka pakai subang gantong-gantong! So akak pakai itu ja. Kalau u olls nak pakai rantai, buleh tapi syaratnya, kena labuh paras tetek dan saiz subang kena kecikkan. Kalau nak pakai tali pinggang, pakai yang besak dan warna yang gelap. Jangan pakai semua benda pada satu masa! Okay??
Macam ni akak pakai tali pinggang ja nyah!!
- CORAK ABSTRAK
Akak jarang amik baju yang bercorak sebab akak tak suka. Tapi untuk orang macam kita ni, corak yang paling sesuai adalah corak abstrak. Yes...u olls akan nampak kurus kalau pakai corak abstrak. Kalau nak pakai jalur...make sure jalur tu melunjur ke bawah. Dan bukan vertical...nanti u olls nampak lebih lebar. Tapi memang susah nak pakai baju lajur ni. Akak takdak baju lajur! Baju polkodot akak ada...polkodot kecik-kecik.
Corak abstrak nyah!! Mak nampak kurus kan?? - HITAM
Yes, baju warna hitam adalah yang terbaik untuk kita. Warna ini amatlah sesuai untuk membuatkan kita nampak 5 kg lebih kurus!
- KAIN JARANG
Jangan pakai baju yang kainnya jarang! Jarang sikit tak pa. Sebab kalau pakai baju jarang nanti nampak la bentuk badan u olls kat dalam itu yang berbukit bukau. Tak santek u olls.
- COLAR V
Baju yang mempunya kolar V adalah ilusi optik yang paling berkesan untuk bagi kita nampak kurus dan leher kita nampak lebih jinjang. Sebab tu orang suka kata akak seksi u olls, sebab akak suka bagi tunjuk klivej! HAHAHAHA Contoh-contoh Colar V untuk u olls.
Ini contoh baik. Kebaya klasik dengan potongan V. Memang meleps u olls. Nampak macam dayang-dayang istana gitu.
Ini beach look yang I pulled out masa kat Phuket. Baju from Nicchi and suak dari Tommy Hillfiger. Beg dari kawan from Indonesia. - RELAKS AND COMFORTABLE
Apa yang paling penting, baju itu kenalah suits your personality dan u rasa bangga dan yakin apabila memakainya. Itu yang paling penting ok. Jangan paksa baju pakai kita...tapi kita yang pakai baju itu!
best Jumie!
ReplyDelete