15.4.11

Surat Hijrah Seorang PLU

U olls semua.  Hari ini akak nak share dua pucuk surat antara akak dan Suffian Razzi (bukan nama sebenar).  Beliau adalah pembaca belog akak dan kami sering berhubung dalam Facebook.  Akak pernah beberapa kali bertemu dengan dia. 

Pada mula perkenalan kami,  akak ingat dia adalah straight.  Akak pun sedikit taste dengan dia sebab dia sangat kendu.  Tapi alangkah punahnya hati akak apabila dia konfes kat akak yang dia adalah PLU.  Spisyis top.

Baru-baru ini dia emel akak dari kejauhan.  Kali ini emel beliau begitu memeranjatkan.  Akak dah mintak kebenaran dan dia benarkan akak share dengan u olls semua.  So,  u olls please read.  Semua ini adalah benar belaka.  Bukan drama swasta okay.

Salam kak,apa khabar?


Arini aku nak bagitau hang tentang satu peristiwa yang telah berlaku kepada aku dan ianya Maha dasyat. Hang tau kan yang aku sangat menyayangi mama aku kan?


Ketika aku sudah berada di Kuching, pada satu subuh. Mama aku call aku jam 6.05 pagi. Aku tahu kalau ada panggilan dari rumah pada waktu-waktu begitu, sudah tentu ianya membawa perkhabaran yang buruk. Tidak dinafikan lagi, sebaik saja mama mendengar suara aku, terus dia menangis. Dia cakap "Apa kau dah buat ni Suffian? Kau dah songsang ni, ko layan jantan selama ni. Siapa Lokman tu???? Jijik mama baca sms-sms dari hp lama kau ni"


Sepanjang tangisan itu, aku tak cakap apa. Aku terdiam dan akur dengan kejadian itu. Mama cakap "Kalau macam ni lah diri kau, kau jangan balik rumah! Kau jangan jumpa mama!"


Hati sapa tak sayu bile dengar frasa tu terpacul dari mulut mama. Tapi aku percaya hati mama mana yang tak pecah bila dapat tau yang anak lelaki kebanggaan dia SONGSANG!


Aku tak dapat meneruskan tidor aku, sehinggalah aku ke opis. Mama terus menghubungi aku dengan suara nya yang teresak-esak. Ketika itu, terpacullah pengakuan yang aku sebenarnya songsang. Aku tak tau dari manakah datangnya keberanian ini. Sudah 27 tahun aku menyembunyikannya, dan kini aku dah luahkan kebenaran itu kepada mama. Tetapi kalini mamaku memujuk aku untuk berubah.


Sepanjang aku di Kuching kak, aku memang bahagia walaupun ketika itu aku dah ada pasangan. Tapi bukan sebab pasangan aku bahagia, sebab aku rasa hidupku perlu tinggalkan benda2 ni. Aku ingat hang pernah pesan,biler kita dah start bekerja nanti, macam2 hang nak kena pikir. Masa depan dan sebagainya lagi.


Kakak,


peristiwa ni benar2 membuatkan aku menjadi orang baru. Aku tak berani nak cakap yang aku ni taubat nasuha, tetapi alhamdulillah aku sudah mula tinggalkan dunia PLU ni. Aku nak berubah Kakak,aku sedih. Sebab dah banyak perasaan orang telah aku lukakan. Betul cakap hang, tuhan maha adil…biler2 masa je boleh bayar cash..


Kakak,  hijrah aku ni tak bererti aku membuang kawan. Aku masih kepala giler2. Aku masih lagi boleh bergembira dengan komuniti ni...cuma aku taknak lagi terlibat dengan mainan perasaan dan nafsu ni. Aku tak cukup hebat untuk menjadi PLU. Aku kini nak jaga solat dan kiblat aku. Dah lama aku tinggalkan solat. Alhamdulillah, setelah aku mengucup kembali bumi ciptaanNya, aku sedar yang kita semua ni adalah milikNYa..


Kakak,
Aku mintak satu dari hang. Jangan putus asa menyokong PLU2 ni...sokongan ini yang membuatkan mereka menjadi lebih manusia. Urusan dosa pahala, biar tuhan tentukan. Sebagai manusia, kita buat kebaikan.


Aku tetap sayang hang,sampai bila2!!


Suffian Rafzi


U olls.  Akak kaget apabila pertama kali membaca emel ini.  Bagaimana dengan u olls?  Berikut ialah balasan emel akak kepada Suffian. 

Hello Suffian,


1. Terima kasih hang cerita ni kat aku.


2. Tahniah sebab akhirnya hang sendiri mengaku siapa diri hang yang sebenarnya dengan mak hang.


3. Aku nak hang tau yang aku selalu sokong hang apa benda pun hang buat. Sebab hanya hang yang tau benda yang terbaik untuk diri hang. Dan semua maknusia pun memang akan memilih untuk membuat hanya yang terbaik. Takdak maknusia nak buat benda yang tak elok untuk diri sendiri!


4.   Aku tetap akan sokong PLU walaupun banyak gila cabaran yang aku lalui.  Aku buat apa yang aku mampu saja.


5. Hang tak perlu declare dengan kawan kawan dan semua orang yang tau hang PLU bahawa now u are changing. Bagi pendapat aku, ini antara hang dan diri hang sendiri. Hang tak buleh tipu feeling hang macam mana. Hanya hang yang tau apa yang hang rasa dan hang nak. Nasihat aku, please tak payahlah bagitau kawan-kawan semua. Kat Facebook status semua takpayah. Hang buat macam biasa saja. Cuma bila datang orang nak aproach hang, barulah hang kena kuat dan pegang pada pendirian hang.


6. Aku nak hang ingat, ada ramai orang kat sekeliling kita yang sangat happy bila kita jatuh. Depa tu maybe kawan, maybe musuh, maybe orang yang tak pernah cakap dengan kita, tapi depa dah lama perhati kita. So hang kena hati hati, kalau hang duk buat statement kata hang nak berubah la apa...so inilah peluang depa tau hang punya kelemahan macam mana.


7.   Aku tak kisah hang semayang ka tak ka apa semua.  Itu hang dengan tuhan. Tapi jangan sampai lupa kat Allah. Dia selalu ingat kita. Dia tak pernah tidur.  Kita yang selalu lupa dia.  Dan kita selalu tidur.


8. Jangan lupakan dan tinggalkan kawan-kawan PLU hang semua. Jangan lupa kami pernah susah senang dengan hang.


9. Jangan pandang hina kat kami golongan PLU.....(boleh? KAMI YA)


10. Aku yakin hang boleh buat. Move on. Lupakan semua yang lalu. Mulakan hidup baru. Its never too late.  Dan everytime hang rasa lemah dan tak boleh nak go on,  please bagitau aku.


Aku pun sayang hang.

Yang benar,
Jumie Samsudin

Allah Maha Pengasih lagi Penyayang.  Terima kasih sebab tolong Suffian hari ini.  Dan untuk yang lain-lain,  aku mohon agar Kau terus berikan kami kekuatan. 

Kepada adik adik PLU yang membaca emel ini,  akak harap u olls amik sikit sebanyak dari apa yang akak tulis kat Suffian.  Akak tau,  setiap hari u olls bergolak dalam penafian yang tak sudah.  Ingatan akak,  selagi kuat u olls berlari,  lagi kuat ia mengejar mu. 

Akak sentiasa menyokong kalian untuk berubah dan mulakan hidup baru.  Tetapi biarlah niat itu datang dari hati yang luhur dan ikhlas.  Jangan dipaksa perasaan itu.  Dan yang paling penting,  bila dah menjadi 'sempurna',  janganlah kami yang masih 'kotor' ini.

Doakanlah untuk kekuatan Suffian dan kami semua.  Sesungguhnya kita semua insan yang lemah.

14 comments:

  1. Syukur dan kudos kepada Suffian Razzi kerana berjaya kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat :)

    ReplyDelete
  2. herm..pasnih dia dok top jgk..tp on top of women..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..at last suffian will be on top of gurll ... i like la...

    ReplyDelete
  4. Thanks u olls for having sometime reading this. I hope that now u are more understand apakah niat akak membantu budak budak ini. Mereka sangat fragile. I am not asking them to do this. Tapi kalau depa buleh buat benda ni akak akan sokong sepenuh hati.

    Harap ampa semua boleh tolong juga and spread this love.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, thanks bro. Suffian and Jumie for sharing this story. Bro. Suffian, i pray that u'll find the strength that u need to continue ur hijrah... And i pray the same for me too.

    It's not easy, i know. Each time kita cuba berubah, ada saja halangan, godaan dan sumtimes kata2 cynical dan bersifat judgmental yang sering diberikan masyarakat terhadap kami, golongan PLU.
    Setiap insan punya niat untuk memperbaiki diri regardless of their background, education or even sexual orientation. Sokongan, kata-kata semangat amat membantu dlm menghadapi situasi sebegini. To gain a social acceptance in our society adalah sesuatu yg mustahil bagi kami, golongan PLU. But percaya lah, kami juga manusia, ingin hidup bahagia, berbuat baik sesama manusia yg lain dan ingin maju seperti yang lain. Hanya disebabkan berlainan orientasi seks, tidak bermakna golongan seperti kami ini perlu terus menerus dikecam dengan pelbagai label, makian dan cacian. Ada dikalangan rakan saya, ustaz, pensyarah, PTD, etc yang sama2 berada di dalam krisis kecelaruan ini.

    As a Muslim, we hate the sin, yes. But never hate the sinner coz we are all human. Sama-sama lah kita nasehat menasihati dan moral support amat penting dlm proses memperbaiki diri.

    Living in discreet world adalah sesuatu yg sukar. Hanya rakan-rakan yg memahami serta sokongan dr family dapat meringankan 'beban' yang kami tanggung. To bro. Suffian dan sesiapa sahaja di luar sana yg masih bergelut dengan 'dunia' ini, moga diberi kekuatan dan jangan putus berdoa kepada Allah mohon diberi petunjuk serta hidayah utk berubah ke arah kebaikan.

    Again, thanks Jumie kerana memahami and sharing this. U did ur part for helping us to reach the audience/ society out there and raise this issue.

    Farhan. KL

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah to Suffian and to all PLU yang ingin berubah. Kuatkan semangat dan jangan ikut nafsu. Ingat family, ingat mak bapak dan yang penting ingat Allah. Insya-Allah boleh berubah punya!

    ReplyDelete
  7. Changing aint' a crime...
    If u forget of what you are, you'd never be grateful of what you are. Ingat tu, Perlu selalu bersyukur dgn what you're now, and nonetheless before. Kadang-kadang benda tu kita lupa...

    I'm not perfect but it is not wrong to change..

    for you who wrote this latter.. i never know u but one think i can say... together we stand, hand in hand...
    Live hell or Live well u choose...
    =)

    ReplyDelete
  8. Saya sangat memahami bagaimana saudara Suffian rasa, sebab saya pun kalau orang kata lah, jenis PLU yang "Str8-Act", tapi belum lagilah terkantoi ke ape, cuma saya rasa diri saya ni more bisexual then gay lah, because ni betul2 bukan I pura2, atau nak coverline, since I was 9 years old, Saya rasa yang I like girls, and also, I like boys...bila dah masuk alam remaja I begin to understand more about who I am, most people say that being gay,lesbian or bisexual is a lifestyle choice, but I can tell you this....it is NOT a lifestyle choice, for me I feel that I was born a bisexual, tak kan lah umur 9tahun I decide nak jadi bisexual right? The trouble with society today is that, just because the don't understand something, they think is wrong.....yes religion mmg x membenarkan kita menjadi begini, tapi nak quote saudara Farhan "As a Muslim, we hate the sin, yes. But never hate the sinner coz we are all human." I totaly agree with that! We are only humans, and we make mistakes.... mcm untuk saya, alhamdulilah saya dah jatuh cinta dengan seorang gadis yang saya sgt sayangi, insyaallah kami akan bertunang tahun depan, tetapi sy x akan lupa atau akan singkir kwn2 sy dlm dunia PLU, cuma sy nak diorang respect my decision...because my future fiancee x tau about my past, and eventually selepas kami kawin, and if sy rasa dia boleh accept...sy akan bagitau...dari mulut saya sendiri...bukan dari org lain...prinsip sy senang je.. "Treat people the way you want to be treated, respect people if you want to be respected"....kepada saudara suffian, I wish you all the best, insyaallah semua akan menjadi baik....akhir sekali saya nak tamatkan komen sy dengan kata-kata arwah nenek sy, yang selalu sy ingt smpai hari ni... "Dalam hidup ini, Hati kita kena baik, Mulut kita mesti manis.." peace and love
    from Arritz.

    ReplyDelete
  9. Wow...makin ramai yang mengomen. Thanks.

    To those reading this, all i can say is...im not like all other Malay ladies who only loves herself and her 'laki'. I love everyone. And sapa-sapa nak bercerita dengan i.....silakan.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..

    Ya Allah aku sangat² berbangga dengan SR (Suffian Razzi) nih.. Beliau mendapat hidayah Allah akhirnya. Mungkin selama ini hidayah tidak sampai dek kerana kejahilan, dan kini hidayah Allah tiba tanpa mengira waktu, tiba. Kerana setiap hari Allah memberi hidayah kepada setiap umat2 yang dikasihaninya.. Dan apabila seseorang yang jahil itu mendapat hidayah dari Allah, sungguh menusuk ke dalam kalbu.. Nikmat tak terhingga..

    Tidak dinafikan ramai yang mengutuk, ramai juga yang mengeji. Menudigng jari apatah lagi. Tapi ada yang membimbing, mendoakan insan² seperti kembali normal? Tak ramai. Dan bila insan² PLU dapat bangun kembali dari lembah kehinaan, mendaki semula ke jalan kebenaran dan berjaya, itu adalah kejayaan yang terbaik buat diri sendiri sebenarnya. Tiada kejayaan yang terbaik di dunia selain mendapat keredhaan dari Illahi dan menggembirakan diri sendiri...

    Semoga SR teruskan usaha, tabah dan teruskan berjalan. Usah di pandang belakang. Diharapkan teman² teruskan sokongan jangalah mengeji. Moga² masing² menurut jejak langkah beliau. Siapa cakap tak boleh diubah, boleh tetapi perlukan kekuatan dan sokongan insan2 di sisi.. Oleh itu, janganlah mencaci, cubalah untuk memahami :)

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  11. salam... hurmmm...

    alhamdulilah..tuhan anugerahkan sesuatu yg sangat bernilai buat SR.. sy percaya, di saat umur semakin menginjak..banyak PLU ternanti-nanti hidayah yang senikmat ini... sy percaya ramai lagi yang nk berubah..juz diorg takut n ragu-ragu.. dapat ke diorang bertahan dgn godaan2,dpt ke msrkt terima dgn ikhlas, dpt ke diorg sesuai kan diri dan macam2 lagi..

    untuk saudara SR, semoag diberi kekuatan dan kesabaran..andai bertemu kejayaan..harap disampaikan pada kak jumie n akak jumie yg gojez ni akan sampaikan pada PLU2..sebagai motivasi pada adek2..

    ReplyDelete
  12. terharu sungguh baca , Alhamdulillah!!syukur nikmat,Allah Maha Besar,Maha Adil..semoga saudara SR menjadi lebih tabah menghadapi dunia yg penuh cubaan dan dirahmati Allah..
    Terima kasih jg kpd kak JmiE yg berperanan besar membimbing kearah jln yg benar..

    p/s : awat kena del dlm fblist tataw

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah en suffian telah menerima hidayah..saya pun berkawan dgn mereka2 yg 'born this way'..sentiasa berharap suatu hari nanti mereka akan berubah..walaupun mereka 'born this way' saya tetap berkawan sbb mereka tak buat salah pun dgn saya..its between them and allah swt..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com