Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang call, SMS, YM dan Facebook dengan saya kerana ingin belajar make up dengan saya. Sejak keluar paper KOSMO tempoh hari i olls dihujani dengan request daripada kawan-kawan yang berminat nak belajar make up dan jadikan bidang ini sebagai satu sumber pendapatan sampingan.
Thanks Miss Rofiexa for this picture. She tagged me in her Facebook. |
Saya ucapkan tahniah kepada u olls semua sebab u olls memberikan satu effort kepada niat untuk belajar yang ada dalam diri u olls. Tetapi, saya mintak maaf sebab semua permintaan kalian yang nak belajar terpaksa ditolak oleh saya atas sebab-sebab tertentu.
Pertama sekali, akak rasa akak belum bersedia untuk menjadi seorang cikgu. Pengalaman saya baru sahaja 2 TAHUN okay!! Tak lah seGAH mana pun. Ada ramai lagi mak-mak ayam yang lebih hebat u olls boleh pi sembah ratu dan belajar. Kalau setakat kelas personal make up simple-simple akak gagah lagi u olls. Tapi sampai nak suruh akak jadi cikgu memang akak tak mampu deknon. Akak sendiri pun tak berani nak gelarkan diri akak profesional make up artist...dan akak sendiri masih lagi pelajar di bawah Zarina Abdul Rahman.
Pertama sekali, POHON SEMBAH RATU tujuh step zapin kepada semua mak-mak ayam akak dalam bidang solekan ini iaitu Baby Zarina, Nurul Shukor, Valshuq, Ayangkamell, Adnan Jaafar dan Sheila Mohamed. Anak cucu tumpang belajar, kalau salah jangan kencing i ya.
Why nak jadi Make Up Artist?
Pertama sekali akak nak tanya u olls yang nak jadikan kerjaya make up sebagai your freelance job, KENAPA U OLLS NAK JADI MAKE UP ARTIST? Sebab u olls minat make up? Sebab u olls minat make up muka u olls sendiri? Sebab u olls suka tengok orang cantek? Sebab u olls rasa u olls boleh make up? Sebab u olls rasa glamer bawak beg mekap besak-besak lalu depan orang ramai masa kenduri kawen? Sebab u olls rasa make up artist ni senang saja untuk dapat duit? Sebab u olls rasa senang jer nak make up orang, sapa-sapa pun boleh? Sebab u olls rasa............?
Actually disebalik setiap persoalan yang akak ajukan di atas ada persoalan lain yang u olls perlu pertimbangkan.
Note : MUA = Make Up Artist
- U olls nak jadi make up artist sebab u olls minat make up muka u olls sendiri?
Minat make up muka sendiri saja tak cukup u olls. Sebab muka kita, dah tentu kita tau cacat cela dan kita tau apa kita nak untuk muka kita. Kalau nak jadi make up artist, macam macam jenis muka yang hampa nak kena mekap. Muka cantek, muka tak cantek, muka herot, muka kembang, muka kecik, muka berjerawat, muka licin sampai fondesyen tak mau lekat, muka berkedot, muka cepat berpeluh, muka orang kekwat, muka banyak lubang, muka kasak tak pernah pakai scrub, muka tak seimbang, macam macam mukaaaaaaaaaaaaaaa wehssssssssssssssssssssssssssss!! So sekadar minat nak make up muka sendiri saja tak cukup okay.
- U olls nak jadi make up artist sebab u olls suka tengok orang cantek?
Berbalik kepada jawapan akak di atas. Suka tengok orang cantek saja tak cukup. Sebab tak semua orang dilahirkan cantek semula jadi macam akak. Matilahhhhhhhhhhhhh!! U olls kena tau melihat kecantikan dan kekuatan wajah seseorang itu. Kena kenal pasti pula kelemahan dia di mana. Bila dah tau, u olls bertanggungjawab untuk tampil sesuatu yang menguatkan kecantikan semulajadi yang dia ada. Itulah sesuatu yang u olls akan belajar sendiri from to time dengan mempraktis tanpa henti. Make up yang cantek ialah make up yang mengeluarkan kecantikan semulajadi seseorang itu tanpa mengubah bentuk asal wajah seseorang itu.
- U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa u olls boleh make up?
No No No. Tak cukup u olls. Make up muka sendiri dan memekap muka orang lain adalah berbeza u olls. Tapi akak sarankan u olls mulakan dengan praktis memekap kawan kawan rapat dan adik beradik yang sudi memberikan muka mereka sebagai canvas untuk u olls berlatih. Good luck okay. Lagi satu yang penting akak nak tekankan kat sini ialah, u olls nak jadi MUA adalah sebab minat u olls sendiri. Bukan sebab u olls tengok ORANG LAIN JADI MUA U OLLS PUN NAK JADI JUGAK!! Kena kaji betui betui minat dan kemampuan kita.
Walaupun busy ya...akak tetap mampu memberikan aksi terbaik untuk camera. Sebagai MUA, tugas u olls bukan saja memekap orang. U olls sometimes kena jadi penasihat, pendengar, PR, dan macam-macam lagi. So mulut kena ringan. JANGAN SOMBONG. Kena ada hubungan yang baik dengan customer, kawan-kawan customer dan jugak family customer. Kalau u olls nak jadi make up artist, masok rumah kenduri tak tegur orang, siap kerja terus balik. Sila blahhhhhhh okay! Orang nanti panggil u mai make up sekali saja okay. Pastu orang tak mau mai dah.
- U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa glamer bawak beg mekap besak-besak lalu depan orang ramai masa kenduri kawen?
Ohhhh kalau hang rasa hang nak glamer saja tak cukup u olls. Membawak beg mekap besak besak depan orang ramai bagi sesetengah orang adalah satu yang sangat glamer tapi bagi akak itulah tanggungjawab! Rasa macam meletops sangat ketwok depan makcik makcik kat kenduri kawen tu kan? Ada sorang anak ayam akak. Kalau ikut akak untuk jadi assistant make up artist, mesti dia gigih nak usung beg akak yang buleh terbang itu. Eksaited bukan main. Kalau u olls rasa u olls nak jadi glamer, baik u olls pergi jadi sterwardess ke atau pelajar Akademi Fantasia. Lagi glamer u olls.
- U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa make up artist ni senang saja untuk dapat duit?
Inilah tanggapan yang ada betuinya ada salahnya. Akak rasa sangat bersyukur sebab pendapat akak dalam bidang make up ni memang alhamdulillah boleh tolong akak banyak buat saving. Tapi nak beribu riban tu takdak lah. Tapi sebelum akak betui betui sampai ke tahap selesa ni (KALAU BOLEH NAK USAHA LAGI OKAY), akak terpaksa lalui banyak kesusahan.
Mula-mula nak start nak buat make up, akak caj make up tunang RM80 dan make up sanding RM100 sahaja. Itu pun RAMAIIIIIIIIIII YANG KATA MAHAL NAK MAMPUS! Haaaaaaa...tapi takpalah. Kita dah tau kat mana aras kita waktu itu.
Tapi akak bersifat profesional, orang mau orang amik. Dan kalau orang tak mau, janganlah nak memaki hamun. Just senyap dan depa akan blah sendiri. Biar kat depa. Sebab akak faham, orang nak kawen ni tak semua ada bajet besar. Tapi, kalau nak murah saja, susahlah. Duit minyak kita bukan guna ayak sirap. Penat kita, masa kita, barang dan produk yang kita pakai.
Sorry to say, kalau U olls buat business kat Penang lagila susah okay. Orang Penang ni kalau boleh semua benda depa nak yang first classsssssssssss dan yang terbaik sekali. Tapi kalau suruh bok keluak duit. SORRY NAAAAAAAAAA! Duit ini mami punya, mami nak simpan buat beli barang emaih.
Berbalik kepada persoalaan ini, ampa rasa MUA artist senang buat duit ka? Pesan akak, kalau hang buat kerja hang pikiak nak duit dan untung saja, baik jangan meniaga. Memang adat meniaga, ada untung ada rugi.
Macam akak, akak buat kerja ni sebab akak minat. Kadang-kadang make up orang, bayar assistant, beli barang make up, duit minyak, untung tak sebanyak mana okay. Balik-balik sendiri yang penat. Tapi takpa....bila customer puji dan suka dengan make up akak. ITULAH BAYARAN PALING BEST SEKALI!
- U olls nak jadi make up artist sebab u olls rasa senang jer nak make up orang, sapa-sapa pun boleh?
Terpulang kepada niat masing-masing okay, semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Akak percaya kalau u olls betul-betul kuat semangat dan dah tetapkan niat semua, u olls nak jadi estronot pun boleh okay!
- U olls nak jadi make up artist sebab u olls minat make up?
Minat sahaja tak cukup kalau tidak dilengkapi dengan kesungguhan, kecekalan dan kegigihan u olls dalam usaha untuk sentiasa nak memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Actually bukan sahaja dalam bidang make up, apa-apa sahaja kerja yang kita nak kena buat, kita kena minat, bersungguh, cekal dan sentiasa gigih.
So if u olls rasa u have all what it takes dalam fasa pertama tips akak ini, then u olls boleh teruskan membaca tips seterusnya. Kalau u olls rasa u olls tak mampu, better u olls carilah bidang lain yang lebih sesuai dengan jiwa u olls. Janganlah sentiasa nak TIRU sahaja apa yang orang lain buat, cuba invent something yang u olls rasa dalam masyarakat u olls takdak lagi. Itulah skill keusahawanan yang sejati. Bukan ciplak 100% u olls.
SATU - Perlu ada sedikit ilmu di dada.
Sekarang ni ada banyak kursus make up yang dianjurkan. Ada yang personal, ada yang in group. Tapi, ilmu ni tak semestinya dengan menghadiri sebanyak banyak kursus make up yang ada. Macam I olls dulu, I olls akui, I olls sangat ciput dan takdak duit banyak. So i learn from membaca, magazine (CLEO banyak bagi tips make up), tengok Youtube (ada banyak tutorials make up kot! Ampa boleh tengok free!), dan akak selalu curi curi pi Borders untuk pi baca buku buku tentang make up. Nak beli mahai. So suruh depa bukak pelastik dan baca jer la. Pastu pelan pelan, bila dah ada duit baru akak menghadiri kursus make up dengan Nurul Shukor. Pastu itu saja.....then akak nasib baik, akak berkenalan dengan Kak Baby. She took me under her wings, macam Carl Lagerfeld amik Kimora Lee Simmons jadi macam anak kesayangan dia......akak dilatih dan diajar secara formal dan tak formal. Tapi dia tolong akak banyak!! Tengok la nowwwwwwww...make up akak dah improve banyak kot.
Bersama Nurul Shukor, 2009. |
DUA - Beli barang make up tools yang bagus.
Kalau u olls ada bajet u olls boleh terus beli barang branded baik seperti MAC. Kalau takdak bajet, u olls boleh beli branded biasa dulu. Pelan-pelan invest beli barang make up yang elok. Tapi saranan akak, belajar dulu cara nak pakai barang baru u olls pi beli okay.
Barang-barang make up u olls selain kena beli yang berkualiti, tak kisah branded meletops atau tak. U olls juga kena selalu jaga kebersihannya okay. Itu yang penting sekali. |
TIGA - Buat name card, facebook page, weblog
Untuk promosi perkhidmatan u olls, its imporant for u to have a name card. Dalam name card tu tulis simple simple. U olls boleh design sendiri, suruh kawan design, atau pi jer kat kedai printing. Depa akan tolong create untuk u olls. Contoh :
Jumie Samsudin
Make Up Artist
+012-413 0060
jumie_samsudin@yahoo.com
http://makeup-by-jumie.blogspot.com/
Make Up Artist
+012-413 0060
jumie_samsudin@yahoo.com
http://makeup-by-jumie.blogspot.com/
Simple ja. Kalau lepas make up, take some time sembang dengan kawan kawan pengantin dan family dia. And pass ur name card okay! Time ni la nak expend your business.
Kalau boleh u olls kena ada facebook dan weblog. U olls boleh buat sendiri, suruh kawan tolong buat, atau pun upah suruh orang lain buat kat u olls. Sebab zaman sekarang, customer takdak masa la nak pi jumpa hang mintak album nak tengok. Hang bagi url, depa bukak sendiri dan kalau depa suka...depa akan book hang.
EMPAT - Branding itu penting!!
Sapa kata nak juai tokyu (kicap) saja kena ada branding yang kuat! Service make up u olls pun mesti ada branding. Macam akak, akak guna nama akak untuk branding service akak. Make Up by Jumie Samsudin. Keleessssss tak? Kalau boleh gunakan nama yang senang disebut dan lain dari yang lain. Akak rasa u olls lagi pandai dari akak tentang bab ni. Memanglah nama itu penting, tapi jangan nama saja gah okay. Kalau boleh, nama yang gah itu diikuti dengan testimoni yang baik baik sahaja daripada bekas customer.
LIMA - Always have a camera with u!
Untuk kita yang baru nak naik ni, akak sarankan u olls invest dengan membeli camera yang 7.0 pixel ke atas. Ambil gambar customer setiap kali pas make up. Pastu letak dalam Facebook / weblog u olls. Selalu update kerja u olls menunjukkan u olls adalah semakin gigih dan customer lebih tertarik.
ENAM - Start dengan harga yang murah. Tapi still reasonable.
Amik kira berapa jam u kena kerja. Kalau as starting, u nak make up kata amik 2 jam. 1 jam RM50. Dua jam RM100. Campur duit minyak RM50. So make up charges u olls RM150. Jangan terlalu murah okay. Kita kena educate customer kita jugak.
TUJUH - Amik deposit 50%.
Setiap kali nak deal tempahan make up, PLEASE AMIK DEPOSIT. At least 50% atau RM100. Selagi they olls tak bayar, u olls bukanlah hak mereka. Dan selagi depa tak bayar, u olls ada hak nak amik job itu atau tidak.
LAPAN - Displin
Displin adalah sangat penting. Make sure u olls datang on time, kerja bersih, kurang bercakap (ajak customer gossip pasai make up artist lain. Ni memang akak tak suka sekali!) dan always menepati apa yang customer nak. Ni akak nak pesan ya........macam mana ampa sakit, demam, migrain, kerja tetap kerja. Ampa kena mai walau macam mana pun, selagi ampa boleh bangun dan jalan. Jangan susahkan orang lain. Sebab memang walaupun make up ampa boom boom, tapi sekali ampa buat slek kat customer, sampai mati customer akan ingat.
SEMBILAN - Terus belajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Somebody pernah ingatkan akak, sebagai make up artist, u olls tak boleh cepat puas hati dengan pencapaian u olls. U olls kena sentiasa mengikut peredaran semasa. Kena tau apakah latest trend make up sekarang. Selalu update teknik teknik baru. Tak guna kalau pakai barang semua MAC dan NARS tapi make up, masih 90 an. Glitter dan jigna sana sini.
SEPULUH - Good luck
Ni kawan-kawan akak masa belajar dengan Nurul Shukor. From left, Intan Ramlee, Kak Faeza, Nazibb and Azren. U olls boleh add they olls di Facebook. Depa sangat aktif dan make up depa lebih kemas dan cantek dari akak. U olls berkenal-kenalan la dengan depa jugak okay. |
U olls! Walaupun macam mana susah pun cabaran. U OLLS KENA KUAT OKAY! Itulah saja coretan akak untuk hari ini. Akak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada u olls semua kerana sudi membaca. Sekian.
very inspiring..kipidap jumie..jadi hebat mcm Sam Fine..
ReplyDeleteThanks u olls..please like and antar kat kawan kawan
ReplyDeletebtol tu jumie...skrg ni ramai org yg venture jd mekap artis sume fikir duit dulu tu la yg buat kejap2 then berenti buat...for me to start as a make up artist at the age of 17, byk liku2 yg perlu dilalui, gituh..ingat masa mula2 start modal ciput experience pun xde tp demi cinta terhadap make up ku lalui juga..
ReplyDeleteSalam, kak jumie! serius entry akak ni betul2 buat i nak lebih serius dalam bidang ni.. al-maklum la new bie cm nie byk bende kene belajar... thanks for the info. very helpful! =)
ReplyDeletesaye suke bce tips dari akk..sy minat sgt make up,bkn sahaje untuk mencantikkn diri sendiri tapi saye suke bile sy make sesiape jela pastu diorang cakap cantiklaa makin bersemangat rasenye..sy nk explore bidang nie,nie impian sy sebenarnye dari saye kecik..saye mmg 0 n xtahu pape..n sy x mampu nk bli brg2 makeup satu hari kawan saye bg 1 set brg make up,sy suke sgt..sy blaja pelahan-lahan dari u tube hari2 dari pagi sampai mlm..sy tgk tutorial mcmmne nk shading,smokey eyes,n mcm2 lg,alhamdulillah ia sgt membantu..skrg sy boleh make up tp bnyk lagi yg lemah,bnyk lg yg sy xtahu kn..yang mengecewekan saye ramai yang x sokong impian sy,bnyk halangan tapi semangat n hati saye kuat nk ceburi bidang nie nk blaja lg sehingge sy bly jd mcm akk..kate2 akk tu buat sy lagi semangat..;-)
ReplyDeleteops..sory2 sy bukan jefrie sy akma nie id suami sy..he.
ReplyDeleteAlhamdulillah...thanks sebab dapat memberi inspirasi :)
ReplyDeleteThanks akak 4 da info n tip2 yg sgt berguna.sy sgt2 brmbat dlm duna make up n bru nk brjinak2 nk jd MUA.bnyk tips yg akk bg sy da fikirkan b4 ni sbb mcm akk ckp bkn sng nk jd MUA.kb start dr bwah...Hope i can be success like u n other MUA yg dh berjaya kt luar sana.
ReplyDeletetq akak 4 da info rasa seronok sgt baca blog akak antara 10 ni adalah 2 3 kena kat saya hehhehehehheheh tq dear sis....tok info yg amatla bermakna tqsm
ReplyDeletethanks kak 4 the info inspired me a lot lg2 untuk new bie....
ReplyDeletethanks for inspiring me..
ReplyDeleteOmg dah habis baca baru perasan artikel ni dah 9 tahun yg lepas, tapi pesan yang diberi sangat membantu! Brutally honest but inspiring ❣️
ReplyDelete