2.3.11

Jumie Samsudin | Jurusolek Blog (Ratu, KOSMO 27 Februari 2011)

RATU

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

Foto ZAKI SALLEH

INTRO: Perjalanan hidup Jumizah Samsudin penuh warna-warni dan disulami sedikit glamor.  Beliau yang mesra dipanggil Jumie,  pernah menduduki carta 70 terbaik dalam Malaysian Idol musim pertama.

Beliau juga menjadi juara pertandingan nyanyian Bintang Pesta Pulau Pinang 2007. 

Kini,  seorang setiausaha di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,  Universiti Sains Malaysia (USM) ini mula memasuki kerjaya yang tidak kurang glamornya jika kena gaya iaitu jurusolek. 

Bagi pemilik nama sebenar Jumizah Samsudin, 26, prinsip  andaman yang betul bisa mengubah rupa bertukar menjadi  bintang Hollywood dipegang sebelum memulakan seni ta tarias di wajah pelanggan.

“Semuanya berkisar tentang seni sentuhan warna, kuasa  adunan dan padanan yang tepat menjamin hasil yang  terbaik,” ujarnya yang mula berkecimpung dalam dunia  andaman pengantin selepas tamat persekolahan pada tahun  2003.

Gemar berkeletah, figura ini sempat berkongsi kisah minat  yang semakin dijinakkan menjadi sumber pendapatan sam pingan sehingga tidak menang tangan.

Minat yang mulanya berputik ketika bekerja sebagai  pembantu jurusolek di dua buah butik pengantin di Pulau  Pinang sehingga tahun 2008 akhirnya membuahkan hasil  apabila diundang oleh rakannya menjadi jurusolek ketika  resepsi pernikahan.

“Tidak sangka pula lambakan pujian diberikan oleh taulan  lain kepada saya dan menggalakkan supaya dilebarkan sayap  dengan mengiklankan perkhidmatan solekan lebih meluas,”  katanya yang membuka langkah sebagai jurusolek bebas.

Mungkin bagi kebanyakan pelanggan akan mempertim bangkan sejauh mana pencapaian seseorang jurusolek se belum menadah muka untuk dizahirkan ekspresi.

Sebaliknya bagi Jumie, tiada pencapaian mampu di banggakannya setakat ini melainkan keikhlasan untuk ber kongsi secalit kepakaran yang berputik dari minat untuk  melihat kecantikan dan kemurnian pada seri pengantin  menempuh hari bahagia.

Jumie lantas menamakan Zarina Abdul Rahman, Sheila  Mohamad, Nurul Shukor dan Ayangkamell antara barisan  jurusolek yang dikaguminya tatkala ditebak persoalan da ripada mana suntikan inspirasi diperolehnya.

Dalam pada itu, Jumie juga mengagumi sentuhan mekap  magis Sam Fine pada wajah artis kegemarannya, Vanessa  William.


Kelainan

Bukan bergantung pada produk atau teknik solekan Jumie  menegaskan keunikan tatariasnya lebih menumpukan aspek  keselesaan dan keyakinan.

“Dua perkara ini amat penting apabila ingin menata rias  wajah seseorang, kalau individu itu tidak selesa dengan  warna gincu yang saya oleskan misalnya pasti sekali dia  tidak akan yakin dengan penampilan yang dibawanya,”  katanya yang akan berbincang dengan pelanggan terlebih  dahulu setiap kali sebelum sesi solekan dimulakan.

Tambahnya yang menganggap keselesaan membuahkan  keyakinan dalam usaha mencari kecantikan sebenar, Jumie  juga berpegang pada prinsip less is more.


Selain itu, pelanggan yang yakin dan percaya kepada hasil  kerjanya akan membuakkan hasrat untuk memberikan hasil  sempurna sepanjang acara menatarias.

Terbukti apabila khidmat Jumie mendapat sambutan  hangat daripada pelanggan seluruh Malaysia dan luar negara  termasuklah dari Brunei dan Singapura.

“Semua urus niaga termasuk sebut harga dan pembayaran  dijalankan secara dalam talian kerana perkhidmatan an daman saya diiklankan dalam internet.

“Oleh sebab itulah setiap pelanggan perlu memaklumkan  tarikh dan lokasi untuk disolek sebaik-baiknya dua atau tiga  bulan sebelum,” singkapnya yang biasanya ditempah se tahun lebih awal oleh pelanggannya yang ingin mengadakan  upacara ketika musim cuti persekolahan.

Manakala, barang-barang solekan Jumie dibeli secara  berperingkat hasil daripada bayaran yang diterimanya.

Jumie akan meninjau kualiti setiap produk selain mem pertimbangkan cadangan daripada pengguna terdahulu sebelum membeli produk solekannya.

“Saya akan belajar dahulu cara untuk menggunakan  sesuatu produk itu, apabila serasi baharulah saya akan  memilih barangan tersebut.

“Barang yang berkualiti bukan sahaja penting untuk  mendapatkan hasil kerja yang terbaik malah perlu bersifat  lestari,” tambahnya bersulam wajah manis.

Permaisuri Agong


Sentiasa murah menguntum senyum Jumie meluahkan  hasrat hati untuk menatarias wajah Seri Paduka Baginda  Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

“Impian utama saya kini untuk menyolek dan mendandan  seri wajah baginda dan saban hari impian inilah yang  menjadi pembakar semangat saya untuk menjadikan bidang  solekan sebagai kerjaya sepenuh masa,” katanya yang masih  sedia memberikan khidmat sebagai seorang setiausaha di  Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains  Malaysia.

Jumie yang telah berjaya mengukir nama antara jurusolek  bumiputera terawal di Pulau Pinang juga tidak lokek ber kongsi minatnya dalam bidang penulisan blog.

“Kebanyakan hasil nukilan saya dalam blog bertujuan  berkongsi petua kecantikan, raja sehari, dunia wanita,  solekan, makanan dan pelbagai isu semasa untuk tatapan  pembaca,” katanya yang turut menjadikan ruang maya  tersebut wadah untuk mendidik generasi muda yang sering  mengajukan pertanyaan kepadanya.

Medium blog juga digunakan Jumie untuk mempro mosikan hasil kerjanya berlandaskan trend masyarakat  semasa yang lebih gemar menghabiskan masa melayari  internet.

“Saya percaya tunjang utama untuk mempromosikan  usaha kita adalah ketelusan ketika menyampaikan infor masi.

“Selain daripada gambar yang jelas, berkualiti dan kurang  suntingan, maklumat yang kita ingin sampaikan juga perlu  mesra pelanggan dan paparan blog juga perlu santai dan  ringan,” ujar pemilik blog jumiejumie.blogspot.com ini yang  tidak jemu dan lokek memberikan servis terbaik kepada  pelanggannya.

Berkongsi detik manis bersama kru Jurnal, Jumie men ceritakan pengalaman manisnya disunting pelanggan yang  secara kebetulan ditemui di sebuah pusat beli-belah.

“Tanpa diduga pelanggan tersebut menyerbu saya dan  sudi mempercayai khidmat saya walau kami tidak pernah  bersua.

“Malah, dia terus melangsaikan bayaran keseluruhan  kepada saya walau tiada buku resit sebagai bukti penerimaan  wang ketika itu,” katanya yang pernah melalui saat-saat  pahit tatkala bertarung dengan nasib tanpa sebarang tunjuk  ajar di kala awal penglibatannya.

Jumie bagaimanapun tidak menolak faktor kedudukan  Pulau Pinang yang agak jauh dari kota metropolitan Kuala  Lumpur merencatkan perjalanannya menjadi jurusolek ter kemuka di Malaysia.

“Peluang yang diperoleh di Pulau Pinang tidak semeriah  seperti di Kuala Lumpur sebab di sana lebih mudah untuk  mendapat tugasan dalam solekan produksi filem, drama dan  artis-artis,” getusnya yang mempunyai peminat tersendiri di  blog dan laman sosial Facebooknya.
 Selain mempunyai bakat dalam bidang solekan, nama  Jumie juga sering meniti di bibir penduduk Pulau Mutiara  dek kelunakan suaranya yang memukau pendengaran se hingga menobatkannya sebagai juara dalam beberapa per tandingan nyanyian yang dianjurkan di sekitar negeri ini.


EKSTRA
Nama:
Jumizah Samsudin
Tarikh lahir:
29 Mac 1985
Tempat tinggal:
Kebun Lama, Dato Kramat, Pulau Pi nang.
Adik beradik:
Anak keempat daripada lima beradik
Kerjaya:
Setiausaha Pusat Pengajian Sains Kemasya rakatan, Universiti Sains Malaysia
Warna kegemaran:
Coklat
Pendidikan:
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan  (2005), Sekolah Perempuan St. George’s, Pulau Pinang  (2002) dan Sekolah Kebangsaan Dato Kramat, Pulau Pinang  (1997)
Zodiak:
Aries

***************petikan dari artikel sebenar*********************

Kelessssssssssssssssssssssssss!! Inilah hadiah paling best akak pernah dapat setakat ini.  Hadiah best ni memang akak akan ingat sampai bila-bila.  Thank you to Nic Velderrama a.k.a Khairul Amri Hassan,  bekas student Komunikasi kat USM.  U olls memang the best!  Thanks sebab sudi promot akak yang tak seberapa ini.  Semurah-murah rezeki akak lepas ni sebab exposure yang diberikan,  semakin bergandalah rezeki awak juga.  Akak dan Kak Baby amat menyukai penulisan awak.  Kami doa awak akan terus maju dalam bidang ini.  Thank you so much.  ps/  Nanti buat review pasai wedding akak pulak bleh?

Kepada u olls semua.  Teruskan membaca belog i olls ini.  Semoga berkat menjadi sepopular Ini Belog Saya by Hanis Zalikha yang meleps itu!  Akak akui akak tiru dia punya ejaan la BELOG.  Dulu kala akak penah tulis artikel dalam blog akak pasai blogger wanita hebat di Melesia. Dan dia masok kat akak dan komen kat akak.  Thanks Hamis Jakila.

Thanks jugak untuk semua pengantin-pengantin akak yang dulu-dulu dan juga yang bakal mendapat sentuhan akak untuk tahun 2011 dan 2012 ni.  Hopefully,  walalupun lepas nikah tahun ni akak masih mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.  Doa-doa la akak mengandung cepat dan tak morning sickness teruk!!

Yang berangan terok,
Kak Merr a.k.a Jumie Samsudin
Ini gamak terbaru.  Amik dari angle ataih.  So tak nampak cabel chin.  :)

19 comments:

  1. kak Jumie..Kelesss kau Maria...woww eyz mcm x caya nehh baru 26 hemoihhhh....

    ReplyDelete
  2. melepss makyam!! smoga rezki ampa dalam bidang ni melimpah ruah..and namau sombong2 lps da fofular ni naa..kami nak jumie yg gila ini juga!! lov ya!!

    ReplyDelete
  3. Congratulations Jumie! So proud of u. Kami bangga orang Penang masuk paper :p Melepssss!

    Moga2 rezeki hampa bertambah murah lepas ni :D

    ReplyDelete
  4. wow... congratz jumie. pas ni kompem meletop2 mcm hanis zalikha...:)

    ReplyDelete
  5. congrate kak jumie.....akak ni senior saya time kat polisas dulu.....hehehe...

    ReplyDelete
  6. congratssssss jumie.. semoga hang sentiasa murah rezeki :)

    ReplyDelete
  7. congratzz...trus success jumie..:)

    ReplyDelete
  8. Thanks u olls semua for been supporting me from day one. :)

    ReplyDelete
  9. ai turut bangga~
    tambah2 last skali dia tulih senjojes..
    keep up d good work!!!
    rezeki org nak kawen.. (^_^)

    ReplyDelete
  10. haha... baru clear nak baca... haritu nk pi cari sokkabar kosmo kat sini pun bleh abeh... iskk... tak penah terjadi kat kedai runcit kegemaran tu...

    ape pun aku bangga la pasai membe aku masuk sokkabar penuh cerita satu page!!! bukan senang nak dapat cerita satu page ni :D

    ReplyDelete
  11. Not only you are a good singer and mua...you are a good blogger too..tahniah dik jumie

    ReplyDelete
  12. Di kocok-kocok....baru keluarrrrrrrrrrrrr!!

    Tiba-tiba nyanyi dangdut kat ampa. Apa pun i olls ingin mengucapkan terima kasih kepada u olls semua.

    Happy bukan men ampa jangan tak tau :)

    ReplyDelete
  13. tahniah jumie!
    ingat, lain kali jangan lupa mekap sebelum ditemubual. jangan hampakan kami!

    ReplyDelete
  14. thanks epul...baiklahhhh lepas ni i ollls akan mekap semekap mekapnya ya :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com