14.1.11

Pengalaman 36 minit Kak Merr di Lorong Garu

Hello u olls semua.  Hari ini akak nak buat laporan penuh tentang pengalaman akak di Lorong Garu.  U olls kalau tak tau lorong Garu tu apa,  mai sini akak nak ceritakan.  Sapa orang Penang mesti tau apa itu Lorong Garu.  Kalau sebut Lorong Garu kat orang Penang mesti depa otomatik akan kata,  "Tempat cekcur!".  So kalau kat KL ,  Lorong Garu ni macam Lorong Haji Taib la.  Okay u olls faham kan? So tak perlulah akak buat penerangan dengan lebih details macam Mastika dan Harian Metro suka buat kan?



So,  Lorong Garu kat Penang ni dah lama wujud.  Actually dulu zaman akak baru belajar naik motor,  16 tahun dan baru dapat lesen saja.  Akak dan kawan-kawan perempuan akak akan naik motor dan ronda kat area Lorong Garu untuk tengok Kak Nam kita sedang 'berniaga'.  We olls bukan nak mengacau,  cuma nak ronda-ronda saja dan esok boleh cerita kat kawan-kawan.  Kesahnya.  Budak-budak u olls.  Umur 16 tahun. Apa yang akak tau?  Paling lawak,  cuba tanya Azira Meerasa kalau dia ingat.  Tengah we olls ronda kat tengah2 Lorong Garu,  motor akak habis minyak.  Terpaksa la we olls menolak motor.  Kalau ingat balik memang nak tergelak.

Akak tak sangka after 1 dekad akak kembali ke Lorong Garu ini.  Dengan misi yang lain iaitu untuk membantu Kak Baby,  mak ayam akak untuk pergi distribute nasik bungkus untuk all Kak Nam- Kak Nam yang 'berniaga' malam itu.  Kata Kak Baby,  tiap-tiap bulan bapak angkat dia akan bagi duit untuk beli nasik dan distribute kat Kak Nam kat area Lorong garu.  Dah banyak kali dia cerita kat akak,  akak nak join.  Tapi sebab sibuk,  so akak tak berkesempatan.  Tapi akhirnya,  malam Jumaat pertama untuk tahun 2011 akak telah berkesempatan untuk membantu Kak Baby.

Jam menunjukkan pukul 10:30 malam.  Akak dan Kak Baby telah meniba di area Lorong Garu.  Lepas parking,  we olls pun turun dari kereta.  Akak bawak satu beg pelastik,  Kak Baby bawak satu beg pelastik.  Semua duk ada 30 bungkus.  Kami pun masuk lorong pertama.  Kami disambut oleh seorang wanita Cina umur lebih kurang 50an.  Dia duduk atas kerusi rotan.  Muka dia putih dengan bedak yang orang guna buat cabut uban tu,  rambut dia sikit kemas dan memakai baju blouse yang lusuh.  Dia menyambut kami dengan senyuman.  Kami pun bagi nasik kat dia.  Kak Baby duk sembang dengan dia.....

Akak macam blur,  eksaited,  takut,  terrified dan macam-macam perasaan ada lagi.  Akak tak dengar apa Kak Baby sembang dengan wanita itu.  Akak duk tak sabar nak tengok lorong gelap di depan sana.  Apala ada kat depan tu.  Pastu akak terdengar Kak Baby kata kat wanita itu "Sorry kakak,  malam ni saya tak bawak kondom,"  kata Kak Baby.  Then dia introduce saya kat wanita itu.  "Ini kawan saya dari USM"  Keless....akak terus feeeling-feeling pensyarah Antropologi dan Sosiologi.

Actually Kak Baby dulu pernah kerja dengan satu badan NGO yang bantu untuk distribute condoms untuk sex workers secara percuma.  Ini adalah untuk mengajar sex worker ni semua kepentingan safe sex dalam kalangan mereka.  So Kak Baby dah biasa dengan they olls kat sini.  Depa ingat Kak Baby mai bawak nasik dan kondom.  Tapi malam ni dia mai dengan nasik sahaja.

Pastu kami teruskan berjalan ke dalam.  Akak mengikut langkak Kak Baby lebih laju ke depan.  Pastu Kak Baby dah keriau panggil nama kawan-kawan dia kat dalam sana.  "Baby.......................how are u!!!"  jerit Kak Baby.  Pastu we olls pun dekati seorang wanita India. Umur dalam 50an juga,  mungkin muda,  tapi sebab dia kurus dan nampak tak sihat.

Dia salam dengan Kak Baby dan Kak Baby pun duk bagi la nasik bungkus kat depa.  Pastu,  bila akak pandang kiri ramai yang mula mendekati akak dan Kak Baby.  Ada dalam 15 orang Kak Nam semuanya.  Depa kerumun we olls untuk dapatkan nasik bungkus.  Ada yang tua,  ada yang muda,  perempuan,  lelaki,  Melayu,  India,  Cina....semua ada. 

And to my suprise!!! Akak tak rasa takut pun.  Akak rasa macam biasa saja.  Dressing depa semua biasa saja.  Tak menggiurkan pun.  Pakai blouse dan skirt,  ada yang pakai seluar panjang,  ada yang berkain batik,  macam biasa jer u olls.  Mungkin ada la dua tiga orang yang berpakaian meletops u olls.  Tapi tak semua.  So macam jalan kat Queensbay la u ollls.  Ada yang seksi.  Ada yang dressing biasa ja.  Takder beza pun antara Queens and Lorong Garu.

And then  depa bukan lah macam budak-budak nak berebut ambik mainan sapa dapat dulu dia menang!  Depa dekati we olls,  sebelum amik nasik depa cakap-cakap dengan we olls.  Ada akak ni,  dia siap salam dengan akak okay!  Kelesss...."Assalamualaikum,"!! Akak pun salam dengan dia.  Dalam ati akak terdetik........SUNGGUH MULIA KAKAK INI.  AKU DUK KERJA DALAM USM BUKAN SELALU JUMPA ORANG TIBA-TIBA BAGI SALAM DAN BERJABAT TANGAN YA!!

Pastu they olls bersembang-sembang dengan Kak Baby.  Kak Baby duk tanya khabar depa semua.  And dalam ramai-ramai tu,  akak nampak satu Kak Nam ni.  Akak kenal dia ni!! Dulu dia satu kampung dengan akak.  Nama dia Sultan.  Dulu kami kecik-kecik akan main nyanyi-nyanyi. Dia akan jadi tabir!!  Kelesss..............hahahaha

"Aku kenai hang!!!..." kata akak sambil tunjuk jari kat dia!!

"Aku pun kenai hang.....!!" kata Sultan jugak.  Tapi Sultan berpakaian seperti Britney Spears ya malam itu.  Bukan macam sultan-sultan ya.  Meletops dengan rambut ala-ala bini Firaun lagi. 

"Kalau hang kenai aku...aku sapa?"  tanya akak memulakan konversasi.

"Hang anak pakcik Manap Milo!" meletopssssss dia kenal akak u olls.  Kami pun terus bersembang bagai.  So sementara Kak Baby sibuk duk distribute nasik kat orang-orang lain,  kami duk sembang la. Tanya duduk mana dan tukar nombor fon. Akak bagi name card akak kat dia.

Akak sempat mencaras dia "Meletops rambut hang noh..."  Dia pun memaki akak "Anak hariammmm" hahahah.  Pastu before akak dan Kak Baby meneruskan misi ke lorong lain.  We olls pun bye-bye dengan semua orang.  Sebelum memblahkan diri akak tanya kat Sultan "Nama perempuan hang apa nyah?"  Pastu Sultan menjawab "Panggil aku Iena"  Kelessssssss!

Then we olls berjalan ke lorong lagi satu.  Kat sini berlaku satu benda yang akak menyeramkan akak.  Tiba-tiba satu laki India naik motor dan mendekati akak dan Kak Baby yang sedang berlenggang ke kereta.  Dia duk tengok kat akak dan Kak Baby.  Pastu Kak Baby tanya "Tengok apa?"

"Mai sini sat...nak sembang-sembang"  aiyooooo!! Jantan itu tunjuk kat akak.  HAHAHAH.. Keless nyah!! Dia ingat akak cekcur jugak malam itu.  Dia panggil akak nak tanya harga la.  Akak buat tak pandang dia terus masuk dalam kereta dan kunci.  Kak Baby kata kat jantan tu "Tak buleh ikut...ni anak ustaz...tak buleh,"  Kelesss mak ayam akak ya!

We olls masuk dalam kereta dan pi lalu kat lorong lain punya.  This time Kak Baby kata akak tak payah turun dah.  Sebab tinggal 6 bungkus saja lagi.  Dia akan turun sendiri and bagi kat kawan-kawan lain.  So akak pun duk dalam kereta dan tengok Kak Baby mendekati beberapa kawan lain yang baru mula nak meniaga.  Kat lorong ni depa cantek-cantek dan lebih seksi sikit.  Akak bye-bye kat depa dari jauh.  Depa pun bye-bye balik.

Pastu Kak Baby dah siap bagi nasik dan salam-salam dengan depa semua.  Kak Baby pun masuk la dalam kereta.  Mission accomplished untuk malam itu.  Akak dan Kak Baby pun bergerak meninggalkan Lorong Garu.

"Ampa tau pondan tu semua kata apa tadi?"  kata Kak Baby.

"Apa dia Kak Baby?"

"Depa tanya kat kami.  Sapa pondan dalam kereta tu?  Awat dia kekwat sangat?  Tak mau turun jumpa kami ka?  Awat dia tu cantek sangat ka?" 

Kelesssssssssssssssssssss! Kami pun gelak gelak dua orang.  Its a compliment for me bila Kak Nam semua ingat akak ni pondan.  Yes,  akak adalah wanita yang dipondankan.  Dan akak amat bangga dengan statement itu.  Kesimpulannya di sini,  akak nak kongsi dengan u olls semua,  pengalaman 36 minit akak bersama Kak Baby untuk meng-distribute nasik-nasik bungkus itu adalah amat bermakna dalam hidup akak dan akak tak akan lupakan. 

Apa yang akak lihat dalam masa 36 minit ini amat memeranjatkan akak.  Antara kita dan mereka yang 'berniaga' di Lorong Garu itu tiada bezanya.  Mungkin kita pandang rendah kepada mereka sebab mereka melacurkan diri mereka untuk meneruskan kehidupan.  Kita pula 'melacurkan' kudrat kita seharian di pejabat ini juga untuk meneruskan kehidupan.  Macam akak?  Akak pun 'melacurkan' diri akak dalam belog ini untuk menarik perhatian u olls semua bergembira dan berketawa untuk membacanya.  Ada yang kata penulisan akak ini sangat sampah sebab akak sendiri pun tak cukup bagus tapi ada yang gelak sampai tak pi lunch bila membacanya.  At the end of the day,  kita semua dapat ganjaran kita.  Dosa pahala syuga neraka itu semua ALLAH yang tentukan.  U olls berkerja kat USM selamat 35 tahun pun tapi menjadi beban kepada jabatan dan kawan-kawan pejabat lain tak henti mencemuh u olls rasa kerja u olls cukup halal ke? 

Stop judging other people.  Mesej ini dibawakan oleh Kak Merr Braganza untuk Channel BBC versi Bahasa Pondan.

17 comments:

  1. kak mer,
    aku cadangkan hang buat entry mcm mana diorg ley terjebak mcm ni sume..
    ala2 mengupas kehidupan mereka...

    ReplyDelete
  2. Lorong Garu!!! Teringat dulu2 kami & kawan2 lelaki suka dok ronda kat sini saja nak 'cuci mata'. hehee..

    ReplyDelete
  3. Nyah....kalau diberi kesempatan untuk menemuramah depa. Aku tak mau tanya macam mana depa terjebak macam ni...macam mana bayaran depa dapat....aku lebih minat nak ajar depa macam mana nak tolong depa...if depa perlukan insurance ka.....tempat tinggal ka...

    Depa ni kebanyakan homeless wehs...sian kat depa. Kat lorong tu la tempat tinggal depa.

    ReplyDelete
  4. Lani jangan tau ...kalau lalu pun, kalau polis tahan u olls boleh kena tangkap. "sembang balai"

    ReplyDelete
  5. Nice story kak..
    Saya teringin nak join buat keje2 macam kawan akak ni.
    Sebab nak tengok mcamana keadaan sebenar penghuni "belakang mati" macam ni..
    Dulu Dr.Latif kamaluddin pernah cerita kat kami msa kelas falsafah politik psal golongan macam ni..
    Dia pun cite gak pasai dia pun buat keje macam bagi makanan kat golongan macam ni.

    ReplyDelete
  6. syukri : akak pi antak nasik ni Dr. Latif la punya 'kenduri'. Kak Baby tu anak angkat Dr. Latif. :)

    ReplyDelete
  7. jarang sungguh nak jumpa pompuan mcm jumie...so open minded,very educated n so sincere...I;m so proud as a human being n as a muslim to know ada jugak wujud manusia(wanita sejati)mcm jumie.Alhamdulillah..syukur pada tuhan.Untuk semua lelaki n wanita sekiranya nak menegakkan syiar keislaman seelok eloknya cuba cara yg lebih lembut dan secara penuh keikhlasan untuk membantu manusia2 yg memerlukan mcm yg di lorong Garu tu.Jgn kita berkasar tak tentu arah kononnya nak menegakkan syiar islam tapi hampeh mcm JABATAN AGAMA DALAM MALAYSIA yg hanya buat kerja untuk masuk poket sendiri n kasi anak bini makan...SEDIIH!!!Contohi Jumie...good job dear!!!so proud of u!!

    ReplyDelete
  8. jumie.... i love this story.... make s me laugh n wanna cry...touching nox... nak menitis ayaq mata ni.... huhuhu..great story

    ReplyDelete
  9. makyam!!!! so proud of u k..hope bnyk lagi maknusia yg contohi apa ampa dgn kak baby wat ni.jgn hanya tau nak mencela org ja.sbaik nya pahami dan cuba perbaiki keadaan..

    ReplyDelete
  10. saya tulih cita ni bukan untuk MENUNJUK dan harap u olls semua puji. saya buat ikhlas sebab nak tolong dan INGIN tahu...

    Ampa semua jangan la puji melambong. Ada banyak lagi orang yang duk tolong ...tapi depa takdak belog nak tulih....

    Benda baik yang kita nak buat tak semestinya kena yang besak besak saja...

    Kalau ampa semua baca belog ni rasa nak pi antak nasik kat pondan-pondan kat lorong....maybe terlalu bahaya....

    CUKUPLAH DENGAN MEMULAKAN DENGAN......STOP MENGUTUK PONDAN DAN PELACUR.......

    JANGANLA AJAK KAWAN KAWAN NAIK KERETA DAN MOTOR MALAM-MALAM UNTUK PI RONDA KAT AREA LORONG PELACUR UNTUK TENGOK DEPA....AWAT DEPA NI BINATANG KAT ZOO KA? AMPA NAK TENGOK MACAM PAMERAN...

    Show them respek...depa nak buat kerja depa...

    ReplyDelete
  11. wahhhh..jumie~~kagum..kagum~xsuma org ada keberanian cam ang wei!!keep it up!!
    depa pun xmo jadik camtuh..tapi depa xdak pilihan atas sbb2 yg tertentu depa terpaksa jadik camtuh..jgn la judge utk siapa diri mereka..kerana xsuma org itu sempurna!!

    ReplyDelete
  12. Akak tak berani u olls. Akak cuma minat sangat nak tolong.

    Yes, depa tak diterima dalam masyarakat kita yang sungguh kejam. So in the end depa akan patah balik dan duduk kat sini.

    ReplyDelete
  13. kami suka baca cta ni...this story change my mind about dis kind of people....kak jumie ampa bgtau kak baby mulia sunggoh ati dia...

    ReplyDelete
  14. Insya allah nanti akak akan khabarkan kat Kak baby.

    ReplyDelete
  15. paling suka statement kak jumie : ''SUNGGUH MULIA KAKAK INI. AKU DUK KERJA DALAM USM BUKAN SELALU JUMPA ORANG TIBA-TIBA BAGI SALAM DAN BERJABAT TANGAN YA!!''.. sentapp depa2 tu kalau baca.. hahahahahha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com