8.12.10

Uncle Seekers Reply Email Akak

Hello u olls semua.  Hari itu akak telah membuat rajin dengan mengemail kepada Uncle Seekers.  Ini adalah kerana,  masa akak baca belog dia.  Dia ada mention yang - kepada sesiapa yang nak tanya perkara ini dengan lebih lanjut dia menjemput kita semua untuk terus tanya kat dia.  Dia ada bagi email dia sendiri.

Uncle Seekers dan Perempuan Cantek
So akak yang verver seorang diri di kala malam itu terus memanjangkan sebuah email kepada Uncle Seekers.

Email akak berbunyi sedemikian  :

Assalamualaikum Uncle,

Saya baca baca blog uncle dari part 1.  Sampai yang terbaru.  Lepas itu,  saya buat kesimpulan saya sendiri dalam laman blog saya. 

Please read here :  Konklusyen Cerita Cinta UncleSeekers and Permaisuri Aishah

Hari ini uncle tulis dalam belog uncle bahawa uncle mahu kepada sesiapa yang nak tahu kebenaran,  sila hubungi uncle.  Saya harap uncle dapat ruang sikit masa baca belog saya.  Dan kalau ada salah dan silap mohon betulkan saya.

Saya yang percaya (tak tau macam mana,  tapi dalam hati saya kuat berkata) you are innocent.

Yang ikhlas,
Jumizah Samsudin
Penang
Pastu selepas sehari,  Uncle Seekers membalas email akak itu.  Akak paste untuk bacaan u olls semua.  Terpulang kepada u olls semua nak mentafsirkannya.  Hanya Dia yang tau.

Salam,
terima kasih kerana sanggup luangkan masa untuk perkara sekecil ini.

Anda jujur.



Saya perbetulkan sedikit fakta ye

1. Ayah Aishah bukan Dato Syed tapi Dato Seri Abdul Rahman

2. Uncle bantu aisyah perkenalkan satu profesor untuk merawat kanser payudara yang ada pada aisyah. sel"sehari bersama uncleseekers" di saufiville janda baik. Selepas itu hubungan kami bertambah rapat dan saya tahu aisyah sudah mula menaruh hati tapi saya sudah mula gusar kerana kerap menerima panggilan telefon darinya..(maklumlah...tak kan nak tolak panggilan telefon dari mantan permaisuri agung). Mama sudah nampak kelainan dalam diri Aisyah pada saya

3. Aisyah meluahkan pada uncle yang ada seseuatu dalam dirinya ada sesuatu yang kerap berbisik ditelinganya dan mohon bantuan uncle supaya diselesaikan masalah itu

4. Selepas  "makhluk halus' dalam badannya berjaya dikeluarkan dan dimasukkan dalam botol seperti dalam blog tersebut, mama dan papa aisyah terpegun.

5. Pada malam trsebut mama minta bantuan pada saya agar saya dapat 'menangguhkan semua projek' buat sementara waktu saya dan beri perhatian pada Aisyah. (ceritanya panjang tapi saya pendekkan) Saya kata ok tapi hanya untuk seketika saja. Mama beri saya yuran perkhidmatan yang 'pada saya' amat 'ciput' tetapi kerana nak menolong saya terima juga.

6. Selepas 2 minggu saya mula bosan dan nampak cinta aisyah semakin kuat pada saya. Saya katakan pada mama saya tidak mahu lagi menjalankan misi 'cinta syyh' ini. Mama kata dia akan tambah lagi tapi saya tetap menolak. Mama merayu-rayu dan akhirnya saya akur.

7. Setiap kali saya menolak hadiah darinya, saya merasakan cintanya pada saya semakin kuat dan dia sudah mula menunjukkan cemburunya!

8. Kerana tidak tahu nak luahkan pada siapa, (disinilah bermulanya kesilapan saya) saya maklumkan semua perkara pada dato seri dan akhirmya dato seri buat 'pelbagai tindakan' pada saya..
Ceritanya sangat panjang...


Saya akan tetap mencari kebenaran selari dengan ayat
"berkata benarlah walaupun pahit"


terima kasih sekali lagi
salam

ps/ Artikel ini akal tulis pada 28 November 2010 dan autopublish pada 8 Disember 2010.  Pada ketika ini,  Uncle Seekers dah kena saman dengan Permaisuri Aishah.  Kita tunggulah kebenarannya macam mana nanti.

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com