Filem ini dilakonkan oleh ramai pelakon yang 'baru nak naik' tak fofular tapi tidak kurang hebat bakat they olls okay. Dan yang menarik perhatian akak ialah kemunculan Justin Timberlake, marka lama kepada kawan baik akak iaitu Haleesa Mustapha.
Tapi cerita ini sangat laju dan tidak begitu 'menghiburkan' sebab tidak banyak lawak-lawak dan benda yang boleh membuatkan u olls rasa ghairah dan berahi untuk tengok. Plot-plot dalam cita ini sangat laju. Pastu terloncat sana, terloncat sini. After 30 minit baru akak boleh faham plot filem ini mempunyai kronologi yang tidak tersusun. Sekejab dia flashback, sekejab dia cerita dulu-dulu.
Tapi yang penting : TIDAK ADA UNSUR ULANG SCENE DAN SCECE TEPI-TEPI KOLAM AIR SEPERTI CERITA BODO 2 ALAM ITU!! DR. ROZMEY PLEASE TAKE NOTE YA. NAK JADI PRODUCER YANG BAIK, AT LEAST U OLLS KENA MENJADI SEORANG PEMINAT INDUSTRI FILEM YANG TEGAR.
Berbalik kepada cerita Social Network, seperti yang akak kata, cerita ini sangat laju dan 'kurang hiburan' so sebab itulah walaupun sekarang dah . Facemash adalah satu website yang bodo-bodo yang di buat oleh Mark dimana dia hack sistem maklumat pelajar Harvard, pastu dia amik semua data dan gambar student perempuan, pastu budak laki boleh bukak dan main click "WHICH ONE IS HOTTER?"
Memang bangsat betui game ini. Budak-budak laki suka la nyah. Tapi budak-budak perempuan yang bukak dan main FACEMASH terus menjadi bengkek. Especially kalau orang klik muka u olls TAK HOT kan?
So malam itu, sistem internet kat HARVARD terus rosak. Pastu Mark Zuckerberg terus kena denda iaitu diberhentikan satu semester. Tapi yang meletopsnya 22 ribu orang log in kat FACEMASH malam itu.
Keterroran Mark Zuckerberg telah dikesan oleh dua orang adik beradik kembak dan kawan depa iaitu Cameron Winklevoss and Tyler Winklevoss dan Divya Narendra. Depa ni bercita-cita nak buat satu website social network iaitu HARVARD CONNECTION yang bertujuan menghubungkan student-student Harvard untuk senang nak dating dan sebagainya. So depa jumpa dengan Zuckerberg dengan harapan nak suruh Zuckerberg jadi orang yang akan cipta coding semua untuk website depa. The meeting was brief dan simple.
Tapi Zuckerberg si otak geliga dan sangat bijak ini walaupun muka macam blur, dia terus balik rumah dia dan jumpa dengan Eduardo dan dia pun menceritakan yang dia nak buat TheFacebook.com. Website social network yang connectkan pelajar-pelajar HARVARD. Maknanya dia tiru idea la u ollls!! Tapi sikit pun dia tak tiru coding ke apa.
Lepas itu Facebook dengan cepatnya menjadi sangat meletops sebab ciri-ciri yang terdapat dalam Facebook adalah sangat menarik perhatian orang untuk join. Akak tak mau cerita panjang-panjang. Tak larat! Siriess!! U olls pi baca sendiri kat sini : Social Network on Wiki
- Actually cerita ini menunjukkan Mark Zuckerberg jahat dan dia sangat pentingkan keuntungan Facebook.com sedangkan hakikatnya dia bukanlah macam tu. Cerita dalam filem Social Network ini menampakkan yang beliau jahat kerana cerita ini adalah based on sebuah novel bertajuk "The Accidental Billionaires" dari seorang penulis Ben Mezrich. Tau tak sapa penasihat utama Ben Mezrich untuk menulis cerita ini? Eduardo Saverin, kawan Mark yang nak saman dia u olls! Patutlah dia cerita macam Mark saja yang jahat!!!
- Akak google sana sini pasai Social Network, kawan-kawan Mark semua kata Mark bukanlah seorang yang interesting untuk dibuat drama/filem. Dia seorang yang penyenyap, suka duk depan PC dan main coding pastu order pizza banyak-banyak. So takkan benda itu saja nak cerita for 2 jam. So filem ini adalah sangat 'drama'. They olls buat bagi nampak macam meriah u olls.
Mark Zuckerberg bagitau kat kawan baik akak iaitu Kak Oprah Wifrey bahawasanya dia sangat malu untuk mentengok cerita tentang diri dia. Sedangkan selalunya orang dah mati baru kita akan buat cerita biography ni kan?
- Dua ekok kembak yang bernama Cameron dan kawan depa Divya dikatakan akhirnya berjaya menyaman Facebook dan mendapat bayaran ganti rugi sebanyak $65 million sebab depa kata Mark Zuckerberg tiru idea depa. Tapi seorang profesor dari Harvard Law School iaitu Lawrence Lessig berkata, dua kembak ini adalah tak patut mendapat ganti rugi $65 million semata-mata sebab "idea mereka dicuri!" Social network is not a paten untuk diclarify sebagai hak intelektual they olls kan? lagipun coding dan semua bidaah lain adalah ciptaan Mark Zuckerberg sendiri. Kan??
Akak sangat setuju dengan profesor ini. Akak rasa dua -dua kembak ini nak menyaman sebab they olls rasa tersentap sebab sebagai senior dan anak orang kaya yang popular dan hemsem, selalunya apa yang depa nak depa dapat!! So depa sentap pasaipa kali ni depa tak dapat! Kan?
Perangai anak orang kata sama noks!
The real Cameron and Tyler Winklevoss. Depa ni memang pasokan America ke Olympic untuk acara kayuh-kayuh perahu ni. |
ps/ Racun ditangan kanan mu......Madu ditangan kirimu. Aku tak tau mana yang akan kau berikan pada ku. TAK KISAH U OLLLS! Janji sebab Facebooklah akak fofular dan business make up akak BOOM! BOOM!! Thanks Mark Zuckerberg.
Let's share your Facebook stories kat sini! http://stories.facebook.com/
Masa akak g tgk cite ni, mmg tak ramai org melayu yg tgk..dok pndang keliling just Ca Ya Nun Alif jek ramai..adeh...tapi cite ni ok la..layanzz...cite pasal genius..
ReplyDeleteFor me The Social Network is one of the best movie made by Hollywood in 2010 pasal script dia sangat brilliant ok! haha, I read a lot af gossip saying that Eduardo Severin tinggal kat Singapore & he is one of the business tycoons over there, lepas tengok cerita ni rasa nak pergi Singapore & penampaq ja mamat ni! hahah, Since sekarang Narnia penuh & you are a movie fan, dah tengok Due Date? Ada Robert Downet Jr. & Zach Galifianakis, kalau belum tengok lagi, silalah tengok! kelakar gila u olls!
ReplyDeleteYeke u olls? I hope ada lagi. I will try to catch the movie with my frens.
ReplyDeleteyes, i olls sangat agree kalau cerita ini menang oscar!