Salam akak,Boleh akak terang ape pros and cons kahwin serentak dengan adik beradik lain? Parents macam nak sekalikan kenduri kahwin saya and adik lelaki saya..saya tak kisah..cuma tak sure ok ke ko...any advise?
peace!
Yang benar
Kak Bedah
Dear Kak Bedah,
Apa habak? Dah lama akak tidak menjengah dan mengomen atau menanya soklan kat belog akak. Dan soklan hang kali ini sangatlah meletops dengan musim kenduri kendara sekarang ini ya di Melesia ni. Seperti yang akak selalu katakan, bulan Disember (yaitu musim cuti sekolah) adalah musim mengawan. Semua orang pakat nak kawen. Dan akak sebagai mekap artist berasa sangat bersyukur sebab dapat banyak job. :)
Soalan Kak Bedah ini sangat meletops. Sebenarnya ada banyak pros and cons (bayek dan buruk) untuk mengeshare kenduri kawen dengan adik beradik ni u olls. Tapi kita sebagai orang Melayu (dan maybe adat bangsa lain di Melesia) adik beradik adalah TIDAK BAIK kawen sekali pada tahun yang sama, apatah lagi pada hari yang sama.
Akak tak percaya la u olls. Pada pendapat akak, orang tua-tua kita ni semua, tak suka berterus terang. Nanti ada hati yang terasa, so depa suka berkias dengan pelbagai sebab dan alasan. Dan kita anak-anak cucu ni semua pun ikut saja. Sebenarnya, kita pun mempunyai alasan yang lebih kurang sama, tapi kita lebih suka gunakan 'adat' sebagai alasan utama.
Orang tua-tua kata, kalau adik beradik share kenduri nanti mesti jodoh tak lama. Salah satu pasangan itu mesti akan kena sumpahan tak kekal lama hubungan tu dan akan bercerai berai. Adakah ini betul? Ataupun secara kebetulan?
Berikut adalah kebaikan kebukuran kalau adik beradik share kenduri :
Kebaikan : Dapat sep bajet u olls! Jemputan yang sama, amik satu wedding planner, cuma sewa lebih untuk pelamin yang lebih besar dan sewa dua pasang pakaian pengantin. Yang paling sep ialah duit makan kenduri u olls! Sekarang ni kalau makan satu kepala dah RM8. Contohnya : Kali 2000 jemputan. Dah RM16 000.
Kebaikan : Senanglah adik beradik lain yang datang jauh-jauh nak datang untuk kenduri u olls. Tak perlu datang banyak kali. Dan kerja kenduri pun yang patutnya kena buat dua kali, they olls buat sekali saja. :) Tak susahkan adik beradik, mak bapak dan saudara mara kita especially saudara mara kita yang dah tua.
Keburukan : Nanti orang akan compare pengantin mana lebih cantek? Aiiyoooo ini yang paling sedih sekali. Akak tak suka kalau mak dan bapak akak suruh akak share kenduri dengan Cakcing sebab ini lah...nanti orang compare sapa pengantin lebih cantek dan tak cantek. Kesian kat Cakcing nanti. Sedeh tau.
Keburukan : Wedding u olls adalah sesuatu yang paling manis dalam kehidupan u olls itu. Bagi pendapat akak.....rasa macam tak syiok kalau hari yang bahagia itu di share dengan orang lain. Nak rai pun dua dua sekali. Masa hari persandingan kita, haruslah kita menjadi RAJA SEHARI. Apa kita nak pun orang ikut.......so bila ada dua RAJA, macam mana tu u olls? So kalau u olls tak kisah nak berkongsi hari bahagia u olls dengan adik u olls takpalah. Tapi kalau akak...akak tak mau!! Hari kawen kita buukan macam hepi birthday!!
Keburukan : Nanti kalaulah u olls buat kawen dengan adik u olls, dan adik u olls punya kawan-kawan ramai mai dengan hadiah semua, tapi kawan-kawan u olls tak bagi apa-apa hadiah pun. DENGKI WEHSSSSSSSSSSSSS!! AWAT DEPA DAPAT HADIAH LEBIH BANYAK!! SEDANGKAN.....duit kenduri semua share sama-sama!! Tak fairrrrrrrrrrrrrrrrrr!!
Sekian, itu saja yang akak sudi kongsikan di sini. Kalau salah sila maafkan akak. Dan kalau ada yang nak tambah idea. Sila komen ya. Tapi biarlah komen bertuan ya. Jangan seperti anjing menyalak bukit!! Tiba-tiba plaks akak feeling Jacob. :)
huhuhh... bab adiah tu pun even kalo sambut besdey sama2 pun kalo mcm adiah nama aku kurang dari kawan yang sama2 sambut besdey ngan aku tu pun aku hangin... ni kan plak adiah kawen... huhuhh...
ReplyDeletecuma part berjimat tue jer disokong 100%..zaman nie duit sangat penting..nak cari duit pun sangat susah..kalo ada peluang untuk berjimat mmg patot berjimat pun..
ReplyDelete