Ada dua benda yang pertama kali jadi kat akak malam itu. First of all, ini first time akak tengok wayang 3D. Kena pakai spek semua u olls. Dan secondly, inilah kali pertama akak pergi tengok wayang kat Island Plaza iaitu W. Cinemax. Kat sini ada 3 panggung jer u olls. Semua 3D. Meletops tak?
So bayaran 3D ticket for orang dewasa is RM19 and kanak-kanak RM14.
Kawan-kawan akak selalu kata, tak seronot tengok in 3D sebab they olls kata pening. Tapi for me, seronot la jugak. Gambar nampak lebih real. Tapi rasa terganggu sikit sebab kena pakai spek.
Bercakap pasai The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Seronot la jugak tengok cerita ni. U olls yang dah pernah tengok Narnia 1 dan Narnia 2, mesti dah familiar dengan watak-watak peneraju utama dalam cerita ini. So, kali ini cerita ini banyak mengisahkan tentang Lucy and Edmund dua beradik yang kecik. Pastu depa belayar bersapa Prince Caspian and Reepicheep, the tikus itu.
Tambahan cerita adalah apabila sepupu Lucy and Edmund iaitu Eustace telah TERikut they olls ke dunia Narnia. Eustace adalah seorang yang sangat angkuh dan sombong. So masa kat Narnia, dia secara tak sengaja telah disumpah jadi NAGA. So masa dia jadi NAGA tu la, si tikus tu banyak bagi pengajaran hidup kat dia. Dan bila dia dah bertukar dari maknusia semua. Dia telah berubah menjadi budak lelaki yang baik dan sopan.
Masa last baru si Azlan keluar menunjukkan dirinya.
So itulah akak boleh cerita sikit kat u olls semua tentang Narnia. Cerita ini penuh dengan keindahan bahasa Inggeris (BRITISH punya English okay!) dan nilai -nilai moral yang tinggi untuk budak-budak tengok. So untuk akak, boleh la. Akak tetap suka HARRY POTTER.
Akak nak kongsi kat sini, anak buah akak, si Sarra telah menidurkan diri dari awal movie sampai lah akhirnya cerita. Dia tak tengok apa pun. Si Hanna saja yang tengok sampai last. Kalau tak faham dia tanya kat akak. Tapi yang lawaknya, masa nak balik, si Hanna kata kat adik dia "Tulah hang tidok!! Tadi hang tak tengok Osman!!"
Akak pun tanya la, "Sapa Osman?"
"Yang singa tu la!" kata anak buah akak dengan confident.
Wearing denim -Hanna, baju Pink is Sarra and akak. :) |
Osman??! LOL. Lawak la anak menakan hang Jumie.
ReplyDeleteDepa ni memang lagu ni. Sedikit mangkak. Ampa kalau baca SMS depa kat kami hari-hari lagi serrr.
ReplyDelete