15.12.10

Etika Yang Betul bersama Wedding Planner - PART 2 (Semasa)

Hello u olls semua.  Kembali kita sekali lagi dalam ruangan yang meletops ini.  Kali ini bab dua pulak.  Kalau semalam we olls belajar cara-cara persediaan sebelum membuat temujanji dengan wedding planner.  Hari ini,  i olls nak share dengan u olls semua tentang etika yang betul semasa bersama dengan wedding planner. 

Kepada yang baru first time baca artikel ini.  Jangan lupa baca artikel akak yang semalam okay. 

  1. ALWAYS ON TIME First of all sekali,  u olls janganlah lambat ya u olls.  Kalau boleh mai la ontime.  Yang ini akak tak perlu nak cerita banyak-banyak la.  U olls pun mesti tau pasaipa kan?


  2. MAI LA BERTEMAN BUKAN BERPASOKAN U olls datang seorang dengan pasangan u olls.  Kalau pasangan u olls jauh,  u olls boleh datang dengan seorang lagi kawan atau kakak u olls.  Atau boleh datang dengan parents u olls.  Tapi yang penting,  janganlah lebih dari 3 orang. 

    Kat Penang ni,  sorry to say okay,  sejak akak bekerja dengan Puncal Impian,  then Jalinan Kasih,  then now akak bersama The House of Red Gincu dan Centrestage Vision Dynamic...........u olls orang Penang kalau nak mai 'tengok baju pengantin' bawak sampai 1 family berkembang.    Lengkap dengan sepupu,  anak-anak menakan,  tok perempuan,  adik perempuan,  abang kandung dan lain-lain lagi.  Memang meletopsss!

    Bukan tak buleh u olls tapi bare in mind,  nanti ramai sangat orang banyak sangat idea dan pendapat.  Pastu last sekali u olls celaru.  Pastu butik pengantin bukan zoo untuk masok ramai-ramai okay.  Butik pengantin adalah suatu tempat yang ekslusif dan menjadi tanda pertama yang akan menjadi sebahagian daripada kenangan perkahwinan u olls.  So.....lu pikirlah sendiri Joyah ya. 

  3. BUDI BAHASA BUDAYA KITA Mulakan dengan salam dan bahasa yang santun bukan menonjolkan sikap bangga diri dan anggkuh (Ini penting sebab Pak Abu pun memandang budi bahasa kalau lembut sedap hati melayan maka dapat le lebih sket diskaun tapi kalau nak tunjuk kaya atau bagusssss maka harganye pun sebagus perangai anda yg riak tu hehhe).


  4. JANGAN COMPARE DENGAN KL Untuk u olls yang berada di luar kawasan KL seperti Serawak,  Kedah,  Penang dan Ipoh...bila u olls berjumpa dengan wedding-wedding planner dari kawasan setempat ini janganla terlalu nak compare we olls dengan wedding-wedding planner dari Kuala Lumpur. 


    KAMI BULEH BUAT MACAM ARMA ABDUL RAHMAN TAPI SIAPLAH RM35k dan KE TAS  Sesungguhnya,  Kuala Lumpur adalah capital untuk segala-gala industri kat Melesia ini.  Tidak dinafikan,  orang-orang KL adalah lebih up to date dan menjadi kayu pengukur kita semua satu Melesia ini dari segala benda yang berlaku kat Melesia ini kecuali industri keropok lekor.  Actually,  wedding planner 'luar KL' pun buleh buat macam wedding planner Kuala Lumpur buat,  tapi siap la mai RM35 k ke atas.  Then we can talk business ya darling.  (:

    HORMATILAH  KEMAMPUAN MAKE UP ARTIST Begitu jugak dengan perkhidmatan make up.  Kalau boleh nak kita mekap kan depa, tengok dulu kita ni mekap style camna.  Contohnya,  Jumie make up style Jumie Samsudinlah.  Jangan la cakap "Jumie,  kami nak ampa make up kami macam Nurul Shukor make up!"  Memang tak best la kan.  Kalau u olls nak make up macam Nurul Shukor,  sila la tempah dengan Nurul Shukor.  No telefon dia +012-2862286.  Kan?


  5. PUJI PUJIAN MEMBAWA DISKAUN (maybe) Sebagai permulaan,  citerkan tentang pengamatan anda dan kepuasan hati anda tentang perkhidmatan terdahulu wedding planner tersebut seperti dari hasil research anda sebelum ini samada melalui internet, majalah, flyers, brochure atau majlis perkahwinan terdahulu yang penah anda hadiri yang dikendalikan oleh wedding planner pilihan anda.  Kata-kata pujian yang diberikan oleh u olls pastinya akan membuatkan we olls rasa teruja nak melayan u olls.  Kan?


  6. TARIKH DAN LOKASI Selain membuat senarai perkhidmatan,  u olls juga pada ketika hendak membuat temujanji ini sudah mempunyai tarikh yang tetap dan lokasi.  Akak tidak stresskan perkara ini dalam PART I sebab akak tak masukkan banyak sangat nota di sana.  Tapi actually tarikh dan lokasi majlis adalah sangat penting untuk makluman pihak wedding planner.  Actually ramai ya u olls yang datang kat kita,  tanya macam - macam ni semua u olls tapi bila tanya tarikh nak buat knduri u olls akan menjawab,   "Tak tau lagi cuma mai survey ja.". 


    Dan bila tanya nak buat knduri mana? "Tak tau lagi dapat dewan tu atau tak"  Seikhlasnya,  wedding planner adalah sangat pereng apabila mendengar jawapan ini.  Tapi sebab we olls nak amik hati u olls.  We olls terpaksa la buat senyum-senyum kambing.  Yes we olls faham u olls seksaited nak kawen dan dah tak sabak-sabak nak buat temujanji dengan weddin planner.  Tapi actually,  kalau we olls tak tau bila tarikhnya dan tempatnya macam mana we olls nak buat planning. 

  7. BAWAK GAMBAR CONTOH Bentangkan senarai yang anda kehendaki nanti dengan menjelaskan tema warna, konsep keseluruhan dan sebagainya.  Kalau ada gambar lebih membantu.  Akak cadangkan u olls bawaklah gambar-gambar itu dari keratan magazine dan buat satu folio.  Atau kalau u olls susah-susah sangat,  save jer dalam phone.  Senang kan?  Sekarang ni kan zaman Blackberry and Iphone. 

    SHARING INFO DAN IDEA Kalau anda blur minta pandangan wedding planner apa idea terbaik plak dari beliau.  Of coz dia pastinya akan bagitau apakah the latest trend,  apa yang dia mampu buat,  dan apa yang paling sesuai dengan u olls.    Kadang-kadang itu,  idea dan cadangan dari pengantin adalah pencetus inspirasi untuk kami membuat kerja tau!  So u olls haruslah membuat homework ya! Pastu share la dengan we olls.


  8. JANGAN BUANG MASA Jangan buang masa wedding planner dan diri u olls sendiri.  Kalau u olls tak ikut step-step yang akak ajar tadi kemungkinan besar bila bersama dengan wedding planner nanti u olls tak akan menjadi blur dan tak tau nak start discussion daripada mana.  Paling tensyen apabila U olls tak ready apa-apa soalan nak tanya kat kita and even worst apabila dah sampai kedai kita baru nak bincang sesama tunang/family U olls.  HAIIYOOOOOO!!! Dan we olls terpaksa buang masa kita dok dengaq U olls duk bincang depan kami. 


  9. PENGURANGAN HARGA ADALAH PENGURANGAN SERVIS Selepas bagitau tema dan tempat semua,  bagitaulah berapa anggaran budget anda? Tell them limitasi budget sebenar anda. Lebih baik berterus terang daripada menyembunyikan budget sebenar anda. Maksudnya (refer artikel sebelum ini*)  Jika anda rasa quotation yang diberikan melebihi budget sebenar anda, berbincang dengan Wedding Planner tersebut jika harga boleh diturunkan. Namun perlu diingat, pengurangan harga turut melibatkan pengurangan servis.


  10. EXTRA BAJET FOR EXTRAVAGANZA Sekiranya anda menyimpan impian untuk membuat majlis extravaganza seperti anak Tan Sri Nasa.  Silalah bersiap sedia menyediakan extra budget.  Its okay kalau u olls membuat survey dan selidik dulu harga market berapa baru minta lebih-lebih. Ini bagi mengelakkan perasaan jelek yang melampau.  Ya la u olls....we olls pun nak buat business.  Abih tu,  u olls bayar ciput tapi expect wedding ala-ala Pesta Pulau Pinang.  Cam ner? 

Mesej penting ini dibawakan kepada anda daripada wedding -wedding planner yang berpengalaman seperti berikut  :

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com