13.5.10

Himpunan Komen : Akak rasa suci u olls

U olls.  Pertama sekali I olls ingin memanjat syukur ke hadrat Ilahi sebab akak rasa macam ada suatu perubahan kat dalam hati akak ini.  Bak kata Dato Siti dalam hati ada taman.  Kelesss....

Akak akui dulu masa akak kena cerai dengan En.  Duda,  akak jadi Kak Janz yang sangat garang gila babi.  Agresif dan sensitif.  Negatif ada kalanya.  Sehingga perasaan itu membuatkan i olls menjadi anti kepada isu-isu kemasyarakatan yang seharusnya mendapat pandangan dari sudut yang pelbagai.

Contohnya,  dulu i olls kutuk gila Memey sebab dia rampas Norman Hakim dari Kak Abby.  tapi sekarang,  bila akak diaju dengan kes yang sama,  kes kes skendeles ni kan.  Akak terus jadi suci dan memberi pandangan dan pendapat berbentuk ilmiah gitu.

Dan akak pun mendapat pujian dari para pembaca.

Pujian 1 :
Asmaa' Aljuned
weewitt.... dah besaq panjang dah jumie ni.. pikiaq pon dah makin dewasa.... sejuk perot mak ang mengandong..

Pujian 2:


Name: SILENT READER
Email Address: SILENT@READER


Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :
i like the way u comment bout "Kesah Scandelss".. thts true kita tak boleh nak judge org yg ada relationship mcm ni.. maybe i'm 1 of them yg terlibat hubungan mcm ni.. i tak minta pun n sebelum ini i selalu kutuk juga mereka yg dianggap mcm perampas ini. but then when u sndiri jd mcm ni, ohh begini rasanya.. susah nak nafikannya.. n maybe org takkan faham unless u sendiri berada dlm kasut mereka.. sorry... just want to share my thinking n really appreciate when u also respect other people life... thanss...



--
Date/Time: 2010-05-12 10:16:02 PDT
Sender IP: 115.135.8.252 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Referrer: http://jumiejumie.blogspot.com/

Terima kasih all readers.  I olls masih lagi belajar.  Kehidupan ini sungguh besar.  Sebenarnya kita selalu salah anggap yang kehidupan ini berpusar disekeliling kita,  tapi hakikatnya,  ada banyak lagi pusaran yang ada orbitnya sendiri.  Dan ada kala,  orbit itu bertembung sesama sendiri.  Harap kita semua tidak kaget dan terus gabra dan tak tau buat apa-apa.

Again,  terima kasih u olls semua sebab bagi peluang akak untuk belajar.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com