Name: suziana baharuddin
Email Address: Di sembunyikan oleh Jumie Samsudin
Sila tuliskan persoalaan / luahan / komen anda di sini :
saya suka jengok jumie punya fb n blog..so tegerak ati saya nak kongsi benda ni ngan orang ramai..arini 01 mei 2010 akan jadi kenangan yang pahit buat family saya..mak sedara yang paling bongsu meninggal dunia pagi tadi kul 6.45pg.tu mungkin da ajal dia..tapi yang saya nak citer ni adalah sebab kematian maksu saya tu..dia meninggal kena BUATAN ORANG..bayang kan 5 bulan maksu menderita dengan sume ni..makan tak boleh, tido tak boleh...sume serba perit sangat dia tanggung.lagi menyedihkan maksu mengandung..bayangkan baby dalam perut tu tak dapat apa2 makanan lebih dari sebulan.subhanallah....tergamak orang yang buat tu..saat maksu nak meninggal mata maksu da kabur..nampak pun samar2 je..kaki da tak boleh jalan..sape yang datang tengok mesti nangis..tapi mungkin allah tak mau maksu n baby tanggung derita lagi..allah ambil nyawa maksu dengan tenang skali..innalillah...maksu pegi tanpa tanggung derita lagi..maksu tinggalkan 2 orang putera sebagai zuriat untuk suami tersayang..sedih tengok anak2 yang tak tau pape...tanggung la dosa orang yang buat maksu macam tu..hanya allah yang akan dapat balas sumenya....saya doakan maksu tenang kat sana n ditempatkan bersama orang2 yang beriman.......amin........
--
Date/Time: 2010-05-01 08:38:48 PDT
Sender IP: 121.121.155.148 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Referrer: http://jumiejumie.blogspot.com/
Jawapan akak :
Wasalam. Kesahnyaaa......noks! Meremang bulu roma akak tatkala baca emel hang yang masuk dalam Blekberi akak itu. Akak pun membacanya dengan tekun, dan hari ini akak nak ulas dalam belog akak ini.
Thanks sebab u olls sudi menjadikan Belog dan FB akak sebagai salah satu bahan hiburan harian u olls. Semoga u olls tidak kutuk akak dibelakang dan mencerca akak sebagai perempuan gemok tak sedar ini. Hakikatnya, akak ngaku akak gemok dan perut akak berlapis dengan penuh comelwati sekali.
Noks. Kisah hang ini sadis. Alfatihah akak sedekah untuk arwah. Oleh itu akak cadang nak rahsiakan nama hang untuk keselamatan pihak yang tidak berkenaan. Kita orang Melesia ini memang tidak boleh lari dengan kisah-kisah mistik ini. Akak tak mau ulas banyak, sebab pada pendapat akak, kalau Allah tak izinkan benda ini semua tidak akan jadi.
Oleh itu, kita semua kena lah belajar dan amik positive apa yang berlaku. Janganlah kita semua down sampai tak buleh nak teruskan kehidupan ini dan terus berdendam dengan orang yang buat itu. NO NO NO!! Itu bukan cara Kak Merr ok!!! Kalau kita hidup dalam dendam dan ketamakkan, sampai bila pun kita tidak akan bahagia dan berjaya. Siapa saja yang buat itu, bukan tugas kita yang menghukumnya.
So adik ku, Suziana Baharuddin jaga lah diri adik baik-baik ok. Kim salam kat family semua. Banyakkan berdoa untuk arwah yang telah pergi semoga Allah cucuri rohnya dengan penuh kerahmatan.
Love u olls.
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com