6.4.10

Mengutuk Kawan Kak Merr

Surat untuk hari ini datangnya dari pembaca i olls yang bernama Jane Miyami.  Kelessss...nama u olls sangat dramatik.  Terkesima i olls membacanya.  Tak tau la betui ke tak.  I olls cuba carik email ini tetapi tidak mendapatkannya. 

Marilah kita bersama-sama mengupas soalan yang diajukan ini.

Name: Jane Miyami


Email Address: loud_biggybirdy@yahoo.co.uk


Sila tuliskan persoalaan / luahan / komen anda di sini :
Kak jumie, saya selalu membaca blog Kak Jumie. dan saya adalah orang Melayu walaupun nama saya macam itu.saya suka membaca blog kak jumie yang mempersendakan rakan rakan kak jumie.walaupun hairan, tapi saya geli hati membacanya. adakah mereka ok dan tidak marah dengan kak jumie kerana menulis sedemikian?atau sememangnya mereka sendiri pun berperangai sedikit keanak-anakan? sungguh comel kak jumie dan rakan rakan kak jumie yang berbagai saiz dan rupa. :)


Date/Time: 2010-04-01 01:50:08 PDT
Sender IP: 180.73.45.118 [] | i9a0tc8mjojagekn

Jawapan akak berbunyi begini  :

Hai Jane.  Kelesss nama hang.  Kita adalah serasi.  Nama akak pun macam lain dari nama Melayu lain iaitu Jumie tetapi nama betui akak memang teruih keluak keMelayuan iaitu Jumizah.  Takpa...i olls tetap berbangga sebab kalau Google nama itu,  hanya keluar i olls saja.


Terima kasih kerana sudi membaca belog akak yang tak seberapa ini.  Harap u olls telah mempromosikan belog akak ini kepada rakan-rakan sekelas,  sepejabat dan segang yang lain.  Sesungguhnya akak memang suka menulis kerana hati-hati u olls yang sudi membacanya.  Happy to hear that u olls terhibur.


Menjawab soalan yang diajukan itu,  i olls amat suka mengulasnya.  Sebenarnya memang kalau u olls bersama-sama i olls dan rakan-rakan kami memang suka mengutuk dan memperli sesama sendiri sebagai hiburan.  Kalau orang tidak memahaminya,  orang akan berasa janggal dan tidak suka.  Tetapi hakikat,  kami amat menyayangi antara satu sama lain. 


Namun begitu,  ada terkalanya,  cara kami ini telah dijadikan sebagai perangkap oleh bangsat-bangsat yang tidak senang dengan kebahagiaan akak dan rakan-rakan.  Mereka mengambil kata-kata 'penghinaan' ini yang merupakan jenaka biasa kepada bentuk provokative yang membuatkan we olls rasa macam nak bergadoh sesama sendiri.  I olls rasa,  dalam geng u olls pun mesti ada yang sebegitu.

Oleh itu,  berhati-hatilah memilih kawan.  Kerana tak semestinya kawan yang memuji u olls cantek setiap hari adalah kawan yang paling sejati di dunia ini.  Kerana pada dunia yang sungguh mencabar sekarang ini,  orang yang selalu kutuk u olls sampai u olls rasa macam nak menangis,  itulah kawan u olls yang akan membacking  u olls di kala susah.

PS/  Kim salam kat semua kawan-kawan hang.  Semoga u olls semua happy selalu.

2 comments:

  1. kak merrr... i sungguh terharu dgn jawapan itu.... i lap u la kak merrrr...

    ReplyDelete
  2. a'ah...
    betul3
    xsemestinya indah di luar indah juga di dalamnye rite??
    isi lg penting dari kulit luar okeyh!!!
    wlupn kak merr agaks kasar namun ikhlas okeyh ;)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com