5.4.10

Lady Gaga bersama Kak Oprah

Pada suatu petang Sabtu yang membosankan,  i olls berada di rumah,  tiada idea,  tiada inspirasi,  so i olls menonton Oprah channel dalam Youtube dan tengok what's latest.  Dan i olls telah mentengok beberapa interview yang meletop antaranya Kak Oprah menginterview Lady Gaga.  I olls amat sukakannya.


 Untuk u olls yang membenci dan tidak suka Lady Gaga,  i olls tak kisahlah.  Sebab i olls pun tak suka u olls.  Yang penting i olls suka Lady Gaga.

Here are some of the information about Lady Gaga yang u olls harus tahu.
  • Lady Gaga dilahirkan adalah seorang budak yang baik dilahirkan pada 28 Mac 1986. U olls, akak tua dari dia satu tahun satu hari sahaja!! Besde I olls dengan dia nak dekat dah.

  • Nama betui dia ialah Stefani Joanne Angelina Germanotta. Depa panggil dia Lady Gaga sebab title lagu Queens iaitu Radio Gaga.

  • Dia belajar main piano sejak umur 4 tahun.
  • Lady Gaga dulu satu sekolah dengan Paris Hilton. 

Setelah selesai menonton interview antara dia dan Kak Oprah i olls sangat impress dengan wanita ting tong ini.  I olls terkesima kerana dia sunguh berani dalam menyuarakan pendapatnya yang bercorak provokative kepada masyarakat.  Dia kata,  dia buat semua ini bukan untuk tarik perhatian tetapi untuk membawa sebanyak-banyak mesej yang boleh melalui fesyen dan jugak lagunya.


Sebagai contoh,  dalam persembahan beliau yang sungguh kontroversi dalam Video Music Award 2009,  dia menyanyi lagu Paparazzi dengan bermain piano dengan kaki,  bunuh diri dan biarkan dia berdarah di atas stage.  Sebenarnya mesej yang di cuba bawakan ialah tentang kematian Lady Diana yang mati akibat dahaganya pihak media yang ingin mengtangkap setiap cebisan kehidupan beliau dan membuatkan Lady Diana mati dalam kesengsaraan.  Memang celaka,  sebab i olls pun tidak memikirkannya.

Kedua tatkala Kak Oprah bertanya tentang beberapa pakaian beliau yang gila itu,  i olls tertarik dengan ulasan tentang salah satu bajunya yang menunjukkan beliau memakaikan patung Kermit diseluruh badan.  Katanya  "I olls tak suka pakai bulu bulu binatang.  So,  kalau u olls pakai bulu binatang sebagai pakaian,  its like u olls memakai binatang mati macam ini!"  KELESSSSSSSss statement hang Gaga.  I olls suka.


Di akhir interview itu,  Lady Gaga ditanya apakah mesej paling besar yang u olls nak sampaikan kepada semua orang di luar sana.  Dia kata begini "I want them to free themselves,  be proud of who there are,  and i want them to celebrate all the things that they dont like  about themselve the way that i did,".

Tu dia.  terima kasih Lady Gaga kerana u olls membawa satu mesej yang sama macam i olls. Lady Gaga nak we olls semua bebaskan diri kita dari pikiran yang narrow dan shallow ini,  dan bangga dengan diri kita dan meraikan setiap benda yang we  olls tak suka tentang diri kita.  Inilah yang selalunya we oll lupakan.

Sekian,  hidup Lady gaga.

2 comments:

  1. yesssssss
    inilah org yang ada matlamat dalam apa yang dia nak buat...
    tak copy paste...

    ReplyDelete
  2. aku dah agak dah dari dulu lepas tgk video just dance and think that she's gonna be the next big thing! Sejak tu Lady Gaga merupakan Idol ke-4 ku! Hidup Gaga!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com