19.3.10

Mengurat Bagi Pihak Beliau


U olls. Pernah tak ada kawan u olls mai kat u olls suruh u olls mengurat satu jantan ni? Hakikatnya dia yang berkenan kat jantan itu. Tetapi dia dah ada laki, so terpaksalah menyalurkan impian itu kepada kawan-kawan lain. U olls, inilah yang akak lalui baru-baru ini. Mementanglah akak sekarang walaupun dah ada laki, tapi tak ramai yang tau akak dah ada laki kan. So depa still duk buat macam akak seorang janda yang tak hotz.

Kisahnya, sejak Senayan yang lalu. Kak Dess (Desperet okay!!) telah menyuruh akak cekitout satu mamat dalam Facebook akak. Dia kata, dia terkejut sebab Jantan Elok dan Kaya itu ada dalam listing akak. Orang Penang pulak tu. Dia teruja sebab Jantan Elok dan Kaya itu merupakan kawan akak. Hakikatnya, dia terlupa kah akak ini adalah sangat gila glamour. Semua orang yang add akak, akak terus approve jah. Akak pun tak kenal dorang sapa kan?

Jantan Elok dan Kaya
Pastu akak takder masa la nak menengok page Jantan Elok dan Kaya itu sebab akak mengutamakan tugas akak di pejabat. Tapi u olls tau tak, sampai masuk hari Khamis, Kak Dess tetap hari-hari mengingatkan akak untuk mentengok page Jantan Elok dan Kaya itu.

Apa lagi, I olls terus mencaras tampa segan silu. Dialog akak berbunyi sedemikian.

Kak Merr : Hey u olls. Awat hang kalut sangat. Hari-hari nak suruh aku tengok page Jantan Elok dan Kaya tu. Hang luper ke I olls pun dah ada laki. Kak Dess pun dah ada laki kan.

Kak Dess : Hala…kami suruh ampa tengok la. Kot-kot ampa berkenan ka. Dia kaya wehs. Ada kereta 4 bijik. Ada private jet.

Apa akak nak buat dengan private jet ni u olls??? Terbang sana sini dalam USM.  Nanti lari burung helang tu ok. 
Kak Merr : Nak buat apa private jet. Nak pi mekap orang naik private jet. Kalau takdak padang nak landing, u olls nak suruh akak turun dari atas dengan tali macam zaman I olls prektis bomba sukarelawan? U olls yang berkenan kat dia kan? Awat suruh I olls yang ngurat.

Kak Dess : Ish!!! Mana ada kami minat kat dia. Kami saja la suruh ampa tengok. Sebab orang tu hemsem dan kaya. Humble. Tapi dia duda. Baru ja cerai. Ada anak baby, 4 bulan. Dapat custody kat dia.

Kak Merr : Aiyooo…anak kecik lagi dah cerai. Ni mesti ada something wrong dengan Jantan Elok dan Kaya ni. Sorry la Kak Dess. I olls carik jantan tak pandang rupa dan harta ok.

Tiba-tiba di kala akak tengah bersengkak lidah dengan Kak Dess, datanglah Mak Tok yang tidak memberikan salam sejahtera.

Hey u olls!!  Akak tak gila harta ok!! 

Mak Tok : Kalau tak gila harta, takdak la The House of Red Gincu.

Akak terus rasa macam panahan laser ke garis-garis halus di wajah akak ini.

Kak Merr : Mak Tok, harta kita carik sendiri adalah lebih bermakna dari harta menumpang.

Kak Dess : betui-betui betui.

Kak Merr : Sudahlah Kak Dess. Jangan verver lagi. Ingat u olls Kak Ellis in the Ververland ka? Sila pergi buat kerja yang berguna di pejabat ini. Jangan duk verver nak dapat laki kaya. Kaya bukan boleh beli kasih sayang. Hargailah laki Kak Desss yang duk mai antak pi dan balik kerja naik motor itu. Sedih kalau dia tau kisah ni.

Sekian, itulah cerita akak memaki staff I olls yang tiba-tiba suruh I olls mengurat Jantan Elok dan Kaya ada jet. I olls macam pelik jugak, akak ada Dorivia tak kecoh pun!!!!

1 comment:

  1. ada jugak org cenggini ek..
    apa daaa..
    sabau aje la klu kena cmni..
    huhuhu..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com