19.3.10

Dengki Dengan Kasut

U olls.  Banyak-banyak surat luahan hati yang i olls terima,  sorry k.  Tak semua i olls boleh share.  Kalau dah keluar surat arahan mahkamah baru akak boleh rivil.  GITUUUUUU!!  Tetapi kes ini macam menarik,  dan i olls nak share dengan u olls semua.

Dear Kak Mer,

Hari ini saya tensyen sangat.  Saya nak luah kat Kak Merr.  Saya harap Kak Merr sudi mendengar keluhan hati saya.  Baru-baru ini,  I olls mengepi shopping dengan En.  Suami.  Dah lama tidak mengepi shopping sejak sibuk bersama anak-anak.  Oleh itu,  i olls telah membeli sepasang kasut yang sungguh kot.  Inilah kasut itu Kak Merr.

Keesokan harinya,  saya pun mengepi ke office sambil menyarungkan kasut itu.  Dan saya rasa sungguh hot kerana ketika memakai kasut itu,  saya ketwok dengan sunnguh lemah lembut sekali. 

Tidak lama kemudian,  ada seorang kawan office saya pun tiba-tiba datang membuat komentar seni fesyen dan berkata "Awak tu tak sesuai pakai kasut cam ni.  Kasut ni tak sesuai untuk wanita anak dua macam awak," 

Saya sungguh geram dengan penyataan dia dan tidak berkata apa apa sebagai mempertahankan diri saya. 

Tolong Kak Merr.

Yang Benar,
Ibu Anak Dua Yang Ingin Berfesyen Seperti Heidi Klum

Ini pulak jawapan i olls kepada kawan i olls itu.  I hope dia sedang membacanya.

Dear Heidi Klum Wannabe,

Sebelum u olls jawab,  baik akak jawab dulu.  Yang komen tu perempuan kan?  Tak gemok sangat tapi dia dalam 40an?  Muka dia banyak jeragat sebab tak jaga kulit?  Dia suka pakai baju kurung besar dari susuk tubuh dia kan?  Dia suka pakai tudung pin kat depan kan?  Kasut dia semuanya jenama Bata ja kan?  Jenis yang ada kusyen kat pading kaki tu kan?  Kasut dia mesti pakai macam ni kan?

Haruslah dia cakap camtu kat hang.  Dia dengki tu,  dia tak mampu nak pakai heels ala-ala gladiator cam tuh!  Lutut dah sakit katanya! 

Anyway,  hang nak kira apa kalau orang nak kata.  Yang penting u olls suka.  Kan dulu i olls dah ajar,  kalau nak tunggu bila kita boleh pakai,  sampai bila kita nak boleh pakai kan?  Gituuuu!!!!   Nak ikut-ikut ramai jer wanita kat luar sana,  iron ladies yang berkerjaya,  ada suami,  ada anak,  dressing pun hebat!!!!  Mengapa sebab ada anak dua yang jadi natijahnya???

Akak takmau cakap apa,  kan akak dah ajar.  Kalau orang kata kat kita maksudnya......................................................................................................................................................................................... 
"KITA HOT U OLLSS!!!"

Sekian,  wasalam.

Yang benar,
Kak Merr Yang Selalu Sakit Kaki Jugak Kalau Pakai Kasut Tinggi Lama-lama,  Tapi Lepas Itu En.  Khafi Nanti Tolong Urut Kaki..  Okiupancer u olls!!!!:)

Sekian,  kepada u olls yang nak bagi surat luahan hati silakan.  U olls tau kan camna nak carik akak kan?

2 comments:

  1. aiyooo..
    kasot pon nak dengki ka..
    kesiannn dgn org yang camtu..
    setuju dgn jwpn kak merr..
    nway kasot tu mmg lawo..
    mcm nk p boli sepasang..
    ahahah..
    :D

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com