15.1.10

Ulasan Anugerah Juara Lagu 2010 | AJL 24

U olls.  Apa habak semua hari ini?  Sorry to u olls,  hari ini baru i olls dapat mencelahkan masa dan menulis artikel ini.  Selepas malam AJL itu,  i olls dilanda demam dan migrain dan pelbagai anasir sakit yang lain sampai hari Rabu ok.  Tapi takpalah.  Nak buat macam mana,  dah namanya sakit kan.  Terima ja la.  U olls janganlah risau okay.

Memang i olls ada buat catatan nota dan sebagainya,  tapi dah lepas 6 hari baru hang nak cerita balik apa nota yang hang nak sampaikan melalui olahan yang ver-ver kan?  Terus jadi tak best.  Sorry u olls.  Banyak details yang mungkin i olls tertinggal.  So i olls tulis ni sangatlah simple dan macam main-main ja.  Sorry okay.  Ditambah dengan TV kat rumah aku yang sangat meletop itu.  Nampak tu okay?  Sangat cantik dan meletop kan?  Pastu ASTRO aku rosak sebab ngoks punya kontractor yang pebesak dapok rumah kami.  Dia pi cabot semua wire and piring Astro.  Pastu tak tau pasang balik.  So kami kena la pakai sengsungut itu.  Audio semua jadi punah.  Sudahlah...sedih akak dibuatnya.









So macam mana?  Puas hati?  tak puas hati?  Suka?  Terkejut?  Sakit perut?  Terkesima?  Macam-macam perasaan kan?  Ya,  sama la dengan i olls.  Dengan menempah seat ticket AJL 24 paling mahal kat Melesia berkomsepkan wanita penari beli densing di padang pasir okay.  POM POM u olls. I olls harap u olls terima la apa yang i olls tulis ni.  Sorryla tak sedetails macam dulu.  :(


Baiklah tampa membuang lebih banyak masa.  Seperti biasa i olls akan membuat ulasan khas sempena event tahunan yang paling i olls tunggu-tunggu iaitu Anugerah Juara Lagu 2010 ke 24.


Persembahan Pembukaan Dato Siti Nurhaliza dan Lan

  1. Gabungan yang sangat mantap.  Siries!!  Suara dua -dua yang sangat berbeza namun punyai keunikan yang sungguh berbeza berjaya memukau i olls yang sedang pose wanita padang pasir itu. Syabas Tok Ti.
  2. Baju Tok Ti sangat POM POM!  Sangat Micheal Jackson.  Paling i berkenan ialah kasut Tok Ti tu.  Kalau dulu-dulu zaman jamban kat kampung,  belakang rumah jauh,  pakai kasut macam ni siries tak payah bawak torch light kan?
  3. Lan yang baru tahun lepas menang AJL 23 tampil dengan imej bapak-bapak.  Dia nampak gumuk sikit banding dulu.
Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)
  1. Simple jer.  Takdak mercun macam tahun lepas.  Mungkin depa dah ekspek depa bukan the feveret finalist.  
  2. Walau bagaimanapun Estranged tetap mantap dari segi vokal dan persembahan.  6/10 bintang.
Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)


  1. SANGAT IMPRESSED dengan perempuan ini kerana suara dia sangat mantap ok.  Siries. Sebab selalunya,  artist muda yang baru ni muka cantik yang typical ni,  kalau nak suruh nyanyi live HANCUS.  Dia feeling sangat.  Dan nyanyi penuh emosi.  Tapi Alyah telah membuatkan Kak Janz terkesima dan rasa macam nak ajak Taq dan Cakcing memergi karaoke selepas itu.  Syabas Alyah.
  2. Bak kata Taq "Alyah adalah pesaing Misha Omar,"
  3. U olls tau tak dia tu Bintang RTM tahun berapa tak ingat,  tapi masa awal 2000 la.  Pastu dia masuk Fabolous Cat. 
  4. Alyah potong rambut kah?  Atau dia set bagi ranggi sikit to compliment her red dress.  Kami di THO Red Gincu amat mensukakan penampilan pentas Alyah. Sofistikated dan kena dengan lagunya.  Dia nampak lagi cantik dari dalam video clip asal.  Tapi ramai orang kata,  performance dia sangat 90an.  Ya,  i olls setuju.  Sangat zaman kegemilangan balada kan?
Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
  1. Misha menunjukkan contoh yang baik sebagai 'senior' dalam AJL ini.  Of courselah dia nyanyi sangat best u olls.  
  2. I dont like penampilan dia.  Sebab Misha tak buleh nak buat skill kuda kepang dia.
Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)



  1. Lagu ini sangat sedap.  
  2. Suara Hafiz sangat smooth.  
  3. Muka Hafiz sangat suci dan comels.  Kalau i olls adalah pengusaha lampin pakai buang,  siries aku amik Hafiz jadi duta produk aku.
  4. Sangat suka setting pentas di mana dia buat macam ada lampu-lampu kecik warna putih.  Hafiz buat seolah-olah kita kat tempat yang ada banyak kunang-kunang.  Over kan imajinasi i olls?

Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)



  1. Sangat kecewa sebab depa ni nyanyi tak setenaga macam lagu asal ini kalau kita dengak kat radio punya.  
  2. Sebab depa tau depa nyanyi tak akan power macam recorded version,  so tiba-tiba depa featuredkan dua finalis Bintang Kecil untuk nyanyi dengan depa.  
  3. Tapi lagu ni sangat fun.  Dan aku suka maksud lagu ini.  Mengisahkan reputasi kita yang jatuh sebab kita dimalukan. 
  4. Nasihat i olls untuk Bunkface,  u olls next time jangan amik prop budak-budak kecik untuk nyanyi atau nari dengan u olls.  Siries,  u olls lebih kurang sama tinggi ja dengan budak budak tu okay.  So,  u olls amiklah baby yang baru merangkak ja kalau nak amik prop budak kecik ok.

Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)



  1. Penampilan dia meletop.  Sangat suka rambut beliau yang ala-ala Kak Pon.  
  2. Tapi lagu ini taklah sehebat lagu AKU STACY! 
  3. Tarian Stacy tetap POMPOM.  Vocal dia teta
  4. KRU memang pakar buat lagu dance rancak kat Melesia ni. I olls suka!  

Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)



  1. Suka sangat dengan intro nyanyian Indian lady tu.  Nyanyian tradisional India ni memang bukan calang-calang orang buleh nyanyi ok.  Kena berlatih dari kecik.  
  2. Clichenya kalau nak buat lagu ala-ala sedih emosi ni,  kan kita suka ikut style barat amik unsur-unsur soprano kat belakang.  Nyanyi ala-ala gereja punya koir kat belakang kan?  Tapi bila i olls tengok ni,  memang Pete Teo membuktikan kita orang Melesia ada ja unsur yang boleh buat background vocal yang lagi POM POM okay.
  3. Terkejut sebab yang gesek biola Cina tu adalah budak Melayu.
  4. Aizat nampak sungguh suci,  sungguh murni.  
  5. Lagu ni sangat relaks.  I olls selalu pasang kat office di kala marah dan tak suka bila diganggu oleh pengganggu. 
Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)



  1. Cute jugak vocalist tu.  First time aku macam tengok vocalist Hujan ni.  Patutlah dulu depa duk kata dia skendel dengan Nora Danish.  Sebab memang harus dia cumels okay.
  2. Lagu ni okay.  Santai.  Tapi tak rasa pun boleh menang.  
  3. Yang akak cuak,  tiba-tiba muncul dua ekok budak menari depan pentas.  Nari ala-ala budak underground ni.  Yang sangat ganas tu.  Akak takut u olls.  Ini dirancang ka atau spontan?  Aiyoo...pastu depa shot focus kat mata vocalist Hujan ni.  Dia buat muka cuak.  Aku pun macam takut sangat.  Tapi lama-lama..makin ramai pulak.  AHAHAHAH.  Pastu depa menari goyang kepala sama sama,  barulah aku tau semua itu propa semata-mata.  HAHAHAH
Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)



  1. Over tau Tomok sebab dia ada video clip.  Kan?  Tapi i olls suka la Diana Danielle dalam video tu.  Dia sangat cantek.
  2. Bagi aku,  aku sangat lah bangga sebab now Tomok bukan lagi si budak kecik yang bersuara sengau itu.  Suara dia sedap dan dia ada cara sendiri.  Akak suka ok.

Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)



  1. First of all,  Black meletop sebab buat buat DIVA siap lambat la kunon.  Show dah start,  tapi dia duk ada kat meja mekap lagi kan? Apa pun,  aku tetap mengkagumi cara dia nyanyi dan jalan dan terus naik stage dengan lantangnya.  
  2. Suara dia sangat tinggi okay!!!  Aku penat mendengarnya!  
  3. Baju dia awat sama macam Tomok?  Sapa buat baju depa ni?  Tukak la kaler sikit.....

Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)



  1. Kehadiran Yuna amatlah dinantikan. Lebih kuat jeritan untuk Stacy. Kan dia di ramalkan antara favourite finalist kan?
  2. Muka Yuna sangat cantek dengan mekap Loreal.  Dia kan selalu pakai make up macam tak abih ja aku rasa.  Tapi this time,  nampak fresh sangat.  Dia make up colour-colour perpel...suker lah!!
  3. Tapi i olls ekspek Yuna nak pakai dresss....tapi tak :( 
  4. Tapi amat suka vocal dia.  Unik.  She is herself.  Dia tak paksa untuk prove yang dia buleh nyanyi setinggi-tinggi menara kat Dubai tu.  Dia just sing the way she loves and enjoy it.  Best tau.  Harap pas ni,  lebih banyak producer lebih berani nak buat album untuk orang yang suara unik macam ni.
Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)



  1. I olls sangat suka lagu ini kerana liriknya.  Sebuah lagu yang berentak simple dan liriknya juga sangat simple.  Tapi,  bak kata Elly Iskandar,  kalau lagu ini dinyanyikan oleh budak-budak sekolah masa perhimpunan,  aku rasa sangat bagus! Sambil buat tarian pose-pose macam budak budak kecik yang perform dengan Aizat malam tu.  Cumels ok.  Sebabnya,  lirik lagu ini sangatlah memberikan semangat.  Aku suka lagi ini.  
  2. I olls tujukan lagu ini untuk En.  Khafi.  :)
Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)



  1. I olls sangat suka baju dia ala-ala Micheal Jackson itu.  
  2. Dia pakai tongkat sebab dia memang baru baik sakit tau.  Dia baru operate sebab ada jangkitan paru-paru.  Sian kat dia.  Aku rasa,  kalaulah dia sihat walafiat haruslah dia siap loncat-loncat semua.  Ini dia dapat merangkak pun jadilah. 
  3. Apa pun dia punya vocal tetap maintain FAIZAL TAHIR okay.  Aku respek beliau.
  4. Mesti semua orang tertanya-tanya,  kenapa tiba-tiba muncul Shila OIAM di akhir persembahan beliau itu?  Inilah kesimpulan yang i olls nak kongsikan bersama u olls semua. 




    "U olls tau kan?  Masa separuh akhir,  Shila OIAM dipilih personally oleh Audi Mok dan Faizal Tahir untuk menjadi pengganti Faizal Tahir untuk nyanyikan lagu ini.  Mulanya Shila macam tak mau,  sebab gila lagu ni susah kot.  Penuh dengan emosi.  Tapi sebab kawan-kawan Shila yang merupakan peminat fanatik Faizal Tahir,  depa paksa Shila amik cabaran ini!  HAHAHAHA.  Bagus kawan-kawan kau Shila!  Pastu,  tanpa dijangka Shila berjaya memartabatkan lagu Bencinta ini sampai masuk akhir ok!  POM POM u olls!

    So,  masa hari persembahan akhir tu.  Faizal Tahir nyanyi sendiri kan?  So dia pun nyanyilah dengan sedapnya macam biasa.  Dan tiba-tiba di akhir persembahan dia,  keluar asap banyak gila.  Pastu tiba-tiba muncul Shila OIAM dan Faizal Tahir hilang? Kan?  Kunonnya.....tadi tu yang kita tengok tu adalah Shila OIAM yang nyanyi.  Bukan Faizal Tahir.  Kira macam Shila nyanyi best gila,  sampai kita tertipu,  kita duk ingat tu Faizal Tahir.  U get it?  Got it? 


    Kalau tak dapat jugak dan tak faham jugak?  Please pi amik ayak semayang,  dan baca artikel ni lagi sekali.  Bagi terang hati sikit.  Benda simple pun tak faham.  Aiyoo..."





Nota Tambahan
  1. AJL sangat show dari remaja untuk remaja.  Banyak menari kat tengah-tengah crowd.  Banyak nari depan pentas.  Banyak elemen-elemen MTV Video Music Award.  Sebab mungkin,  most of the penyanyi peserta akhir ni adalah remaja kan?  I olls suka.

  2. Tahun ini takdak kategori lagi macam dulu sebab dulu,  bila ada kategeri jadi pemilihan lagu ke peringkat akhir jadi limited.  Contohnya,  dari segi lagu pop rock yang merupakan trend masa kini banyak sangat lagu yang berkualiti.  Tapi tak buleh nak masukkan semua,  sebab kategori pop rock boleh masuk hanya 4 lagu sahaja.  Pastu kategori etnik kreatif masuk la lagu entah apa-apa yang kita tak pernah dengar.  Macam tahun lepas,  tiba-tiba wujud Aiman yang berimej Firaun tu kan?  So,  aku amat sokong depa buat AJL tanpa kategori.  Kalau boleh maintain macam ni.  So tak kisah,  kategori apa pun,  kalau lagu itu layak.  Dia akan bertanding di peringkat akhir.

  3. I olls sangat suka sebab AJL telah mematangkan dirinya sematang usianya.  Samalah usia i olls.  Kalau u olls tengok AJL ke berapa,  so sama la dengan umur Kak Janz ini.  Tapi akak ni matangkah?  Tak tau la noks.  I olls masih lagi dalam proses mengenali dan belajar tentang diri sendiri.

  4. Dato' Siti jadi juri okay!  POM POM u olls.  Memang i olls bangga sangat.  Sharifah Aini pun tak pernah jadi juri AJL okay.  OOOpppsss...

  5. Kisah 'hantu' kat AJL tu.  U olls baca sendiri la kat blog kiddklub.com.  I olls tak mau cakap la.  Takut u olls.
Senarai Pemenang
  1. Persembahan Terbaik |  Kau Aku – Aizat
  2. Tempat Ketiga  |  Faizal Tahir - Bencinta
  3. Tempat Kedua | Yuna - Dan Sebenarnya
  4. Tempat Pertama |  Aizat - Pergi
And before I olls berhenti kat sini, I olls nak tanya u olls.  U olls tau tak kenapa ada siaran tertunda?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sebab,  Dato's Jefri Din tertendang wayar u olls.  Terus tutup semua screen.

Sekian sahaja.  Muah.

Read this article from my bro Rusdi Redxa.  Jeles sangat baca artikel dia : Kaki Tangan Seni - Ulasan Juara Lagu 24

Semua gambak ini dibawakan oleh laman web rasmi Gua.com.my!!

14 comments:

  1. aku suka!!!huhu
    beb,azmeer x puas hati doh!

    ReplyDelete
  2. haha! teruja dapat nyayi kat pentas AJL la tu sampai tertendang wayaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. waahh..meletop la ang punya report pasai AJL! sukaaaaaa :)

    ReplyDelete
  4. abg jepp memang camtu...lama tak naik stage...zaman dia dulu wayar simple2 jaa...tak serabut sangat mcm la nih...hahahaha

    ReplyDelete
  5. U ollss....ahahaha...betui tak i kata???? Betui kan>>>>

    ReplyDelete
  6. Congrats...
    report yang perfect..huhu...
    suke Faizal Tahir malam tu...walaupun sakit..semangat tetap berkobar2.

    ReplyDelete
  7. awat dia tak puas atiiii??? Dia nya lagu tak dapat kan?????

    ReplyDelete
  8. awat dia tak puas atiiii??? Dia nya lagu tak dapat kan?????

    ReplyDelete
  9. katanya bunkface layak..lagu Pergi x dinamik walaupun sedap..

    ReplyDelete
  10. uols...blog aku xde kaki....rusdiredza-tanganseni.blogspot.com jer

    ReplyDelete
  11. wei... Best...!!!
    hehe..bagi aku lagu aizat mmg patut dan boleh menang...
    tapi aku tak puas ati bab pengacaraz yang dok mengkomen lebey-lebey sebelum lagu tue dinyanyikan..
    for sure la kredit lebih untuk lagu...dok cerita lagu tue pi dok luar negara la, korea la, taiwan la dan dah masuk carta puluh-puluh minggu la(lagu versi bhs inggeris)...mesti la sedikit sebanyak pengaruhi juri..betoi dak..jumie??? tapi lagu tue mmg best..~!!(lagu wajib aku karaoke)

    Adam Hawa pasai pa tak menang? aku rasa pasai nyanyian Samihah Omar tak berapa menjadi mlm tue..kan..kan..? agak ver2 sket..bak kata jumie..baju dia ketat, kuda kepang tak kuaq..so sora jadi lebih ganaz and terover doss..dok senyum-senyum tue yg kaco sket...separuh akhir lebih baik... lagu nie perlukan sora dia berbisik lembut..itu kelebihan Samihah Omar... Baju..??? perlu ker ropol2 boria tue..??? baju separuh akhir lagi cantek kot..
    so, Abg Azmeer kena pi marah kat Samihah tau...jgn dok over teran sora...hehehe..!!!

    BunKface..aku suka statement hang jumie..depa tak dapat bagi energy mcm dalam CD yang depa nyanyi so semarak merdeka giteww..!! so agak kecewa...tapi berbanding persembahan2 sebelum nie, yang byk hancus dan off key hanya untuk bagi energy mcm dlm CD, persembahan akhir nie lebih terkawal dan stabil dari segi vokal(balance walaupun tak menggegarkan)...
    Ske giler kat vokalis dier Sam..!!!

    Persembahan terbaik yang dapat kat KAU AKU...hang rasa jumie, AJL nie kalo wak masuk budak ramai-ramai memang ada chance untuk menang tak..? kalo aku la, nak dapat persembahan terbaik kat AJL, bawak la budak2 byk-byk..mesti menang... dah terbukti dlm AJL yg lepas2...
    tp perkara yang best dlm KAU AKU, budak2 tue agak terkawal dan step diorang tak terabur...
    Lirik dia dapat A++..!!!


    Apasal hang tak komen pasal persembahan AKIM??? Bengang.??
    cian kat dier...hehehe..!!!
    meh cini aku komen kan ekk...

    bagi aku lagu BENGANG merupakan lagu feveret tetapi tak cukup kuat untuk menang...lagu tue agak pendek dan sora akim yang hanya setakat boleh makan jer...
    dengan sora yang macam tue, arrangement lagu yg dibuat oleh abg Ramli MS bagi aku terlalu RICH dan banyak sangat instrument yang nak di dengar..so sora akim tengelam timbul.

    aku suka statement Rusdi kat blog dia, yang sora Akim kali nie ada Klimaks....
    Tapi bagi aku, itu penuh dengan jeritan lepas geram.. sebab sora dia sebenarnya sedang berlawan dengan lagu tue..bukan beriringan dengan lagu tue...but he improve alot in vocal...

    Props pentas yang pelik tu memang tak berapa paham...video klip dah ada, wat pa nak ulang tayang lagi.. betui dak..???
    lagu dah la pendek, so nak kena cover semua props dalam masa 3 minit lebey, mana sempat..
    nampak Akim macam counting lyrics untuk berubah tempat dari tengah, depan, kiri pentas dan kanan pentas untuk scene keta kena bakaq tue...dan kerusi ala OGAWA..???

    baju??? Adam Lambert sgt..?? aku setuju..Imej berjaket memang akan dibawa oleh Akim sebagai salah satu pakej persembahan dia sampai bila-bila(sebab dia kuat berpeluh)jaket dpt lindung dari nampak peluh...
    button kecik kat atas kedua-dua bahu tue memang imitasi Adam Lambert tapi tidak keterlaluan dari segi kemachoan sebab ia tak berkilat..(adam nyer kilat sket)
    Bagi aku, Akim memang kena dan sesuai dengan imej Pemarah, tak senyum dan ganaz (sgt taste)...
    rambut dia lebih sesuai begitu(tutop sebelah mata) daripada tepacak dlm separuh akhir sebelom nie... kerana rambut itu la dia pemes masa kat AF dulu, kalo idak, jgn harap org nak notice dia masa mula2 kat AF kan...??

    Ok jumie..??? hehehe..
    jgn mare ekk..amik side sket..
    tumpang lalu...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com