Wah...Meriah POM POM la kan Ajeeb? Hang duk suka la kan aku kawen senyap-senyap. Aiyo. Akak tak buat macam tu k. Walaupun kalau termengandung pun u olls. Astagfirullah. Apa ni mulut choi sangat!
Muka kami sama ka dengan katon kat banner ni u olls?
Sebagai memeriahkan majlis pada hari ini, saya akan menjawab segala panton oleh Ajeeb :
- 5 orang pertama yang akan dikhabarkan tentang perkahwinan anda ?
1. Kak Tyra Banks, sebab nak mintak dia mai jadi pengapit.
2. Martha Stewart, nak mintak dia bagi quotation catering untuk nasik kenduri.
3. Lady Gaga, nak jemput dia nyanyi masa kenduri.
4. Lim Guan Eng, nak bincang pasai Cuti Peristiwa untuk state Penang.
5. Vivienne Westwood, nak mintak dia mai Penang amik ukuran badan i olls buat dress nikah.
- Majlis persandingan nak buat kat dewan ke hotel ke atau kat rumah?? Dan kenape?
Sebuah tempat terpencil yang tertutup dan takdak coverage telekomunikasi. Even Celcom pun takdak. I olls tak mau pihak media mai kacau.
- Lokasi bulan madu? Nak pergi berdua ke atau nak bawa kawan-kawan sekali? Sebab dan musabab.
HOI! Sejak bila honeymoon bawak kawan-kawan dan sahabat handai. Aku penampak ang memusing. Jangan ngaku anak ayam aku kalau pi tanya orang macam ni. Lokasi bulan madu ku? Erm...tak boleh bagitau. Nanti ramai pihak media yang akan mai curik-curik amik gambak aku dan suami bercanda di pasiran pantai.
- Nak berapa anak? Leh senaraikan pilihan nama-nama anak sekurangnya 4 (2 boy & 2 gurl).
Sukanya nak jawab soalan ini. Nak dua ja. Pastu kalau ada bajet lebih. Tambah lagi. Nama -nama anak yang kami suka ialah seperti berikut : Aishah, Ali, Salwa, Ismail. Akak memang minat nama-nama klasik ni. Senang sebut, slip peperiksaan pun muat satu kertas ja.
- Harapan kepada sang suami....(tidak lebih daripada 20 patah perkataan)
BASBIS. Awat 20 perkataan jah?
Suamiku, terima kasih kerana sudi menerima diriku yang hina ini seadanya. MUAH!!! (Selepas itu sensored. HAHAHAHAHAH)
ps/ Jenuh la pikiak pasai kawen ni....
aaaaaa? tempat terpencil yang tertutup dan takdak coverage telekomunikasi???
ReplyDeletehey...hey...hey...mana pi kata nak buat kat stadium????
:(
tengkiu sudi jawap soklan2 bonus aku...
ReplyDeletekeh keh keh